omniture

Pameran Canton ke-129 Anjur Promosi Dalam Talian, Hubungkan Pertukaran Perniagaan Maya

Pameran Canton
2021-04-01 23:14 89

GUANGZHOU, China, 1 April 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Canton kali ke-129 yang akan diadakan secara dalam talian pada 15-25 April 2021 menganjurkan acara "Promosi di Awan" pertamanya untuk perniagaan New Zealand pada 30 Mac. Perhimpunan dalam talian tersebut dihadiri oleh Huang Yuefeng, Kaunselor Komersial Kedutaan Cina di New Zealand, Chu Shijia, Ketua Setiausaha dan Naib Presiden Pameran Canton, Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre dan Martin Thomson, Kursi New Zealand China Trade Association.

Acara ini memperkenalkan pameran dalam talian dengan tumpuan pada kategori-kategori popular seperti produk elektronik, perkakas rumah dan produk pengguna.

Pameran Canton ke-129 menganjurkan acara "Promosi di Awan" pertamanya untuk perniagaan New Zealand pada 30 Mac
Pameran Canton ke-129 menganjurkan acara "Promosi di Awan" pertamanya untuk perniagaan New Zealand pada 30 Mac

Pameran Canton mencipta saluran digital untuk New Zealand berurus niaga dengan China 

Dengan lebih daripada 80 pembeli daripada hab perdagangan New Zealand seperti Auckland dan Wellington yang turut serta dalam talian, acara ini, dibina berdasarkan dua sesi Pameran Canton digital terdahulu yang diadakan dengan jayanya pada tahun 2020, mewujudkan rangkaian maya untuk pembeli Pameran Canton bagi meneroka peluang perniagaan bersama China.

China ialah rakan dagangan terbesar New Zealand, pasaran eksport dan sumber import terbesar dan Pameran Canton biasanya mengalu-alukan lebih daripada 800 pembeli New Zealand ke setiap sesi. Acara promosi ini bertujuan untuk membantu pembeli ini membiasakan diri dengan perubahan format pameran dalam talian.

Martin Thomson menyatakan bahawa Pameran Canton ke-129 ialah platform berharga yang akan membolehkan pembeli membuat rundingan perniagaan semasa berada di rumah bersama pempamer meskipun dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik ini terhadap perdagangan antarabangsa. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat tempatan di New Zealand untuk merebut peluang di Pameran ini bagi membangunkan perniagaan mereka dan mempromosikan produk berkualiti mereka.

Perniagaan rentas sempadan Sino-New Zealand melangkah ke era baharu

Disokong oleh kedutaan dan konsulat Cina di serata dunia. acara "Promosi di Awan" Pameran Canton menggalakkan hubungan perniagaan-ke-perniagaan pelbagai hala dengan cara yang kreatif.

Chu Shijia berkata lantaran usaha bersama oleh orang ramai dari kedua-dua negara ini pembangunan ekonomi dan perdagangan dua hala yang berterusan dapat digalakkan. Susulan penandatanganan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), New Zealand dan China telah mengambil tindakan untuk menaik taraf FTA dua hala dan memperdalam lagi hubungan ini.

Pada tahun 2020, perdagangan dua hala mengekalkan momentum yang stabil kata Huang Yuefeng. Beliau percaya bahawa Pameran Canton maya kali ke-129 akan membantu melancarkan rantaian bekalan dan industri antarabangsa yang stabil. Beliau menjemput syarikat-syarikat New Zealand untuk menghadiri acara perdagangan ini, meningkatkan kerjasama perdagangan dan memanfaatkan lagi potensi perdagangan China-New Zealand.

Lebih banyak acara promosi dalam talian akan diadakan untuk negara dan wilayah yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, Amerika Selatan dan Eropah. Untuk butiran lanjut dan mendaftar acara ini, sila kunjungi https://www.cantonfair.org.cn/en/news/article/5ece1f25fad2cb6087348122

Daftar untuk menyertai Pameran Canton di https://buyer.cantonfair.org.cn/en/register/selectiveId untuk lebih banyak peluang!

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade policy Trade show news