omniture

Psikobiotik PS128 perbaiki mood dan kualiti tidur dalam kajian klinikal pertama terhadap keresahan dan tekanan

Bened Biomedical Co., Ltd.
2021-04-13 10:00 135

TAIPEI, 13 April 2021 /PRNewswire/ -- Psikobiotik PS128 Bened Biomedical dapat memperbaiki masalah insomnia, tekanan dan keresahan dengan ketara dalam satu ujian klinikal yang dijalankan baru-baru ini. Peserta-peserta kajian terdiri daripada golongan profesional IT yang mengalami tahap tekanan kerja-hidup yang tinggi.

Psikobiotik ialah probiotik yang memberi faedah-faedah kesihatan mental tertentu. PS128, strain Lactobacillus plantarum, sebelum ini menunjukkan peningkatan dalam model praklinikal, dan kajian ini menunjukkan faedah-faedah kesihatannya ke atas manusia dalam aspek keresahan, tekanan dan tidur.

"Melihatkan PS128 dapat membantu orang ramai tidur dengan lebih baik pada waktu malam dan memberi mood yang lebih baik kepada mereka setiap hari membuatkan kami berasa gembira kerana mampu menyediakan produk seperti ini," kata Dr. Alain Delpy, ketua pembangunan global di Bened.

Faedah-faedah kesihatan mental dan fizikal yang dilihat 

Kajian ini, yang diterbitkan dalam Frontiers in Nutrition pada bulan Mac, melibatkan seramai 36 individu yang mengambil PS128 setiap hari selama lapan minggu. Sepanjang tempoh ini, banyak ukuran yang berubah dengan ketara. Peserta-peserta melaporkan tahap tenaga yang lebih tinggi dan emosi yang positif selain kualiti hidup dan kesihatan psikologi yang lebih baik. Penambahbaikan dapat dilihat dari segi keterukan masalah insomnia, keresahan, tekanan kerja, emosi negatif dan gejala-gejala gastrousus.

"Kami sangat gembira dapat melihat keputusan ini dalam kalangan individu, bagi mengesahkan apa yang telahpun dilihat secara praklinikal. PS128 benar-benar dapat memberi faedah kepada dunia yang kita diami dan mencari penghidupan yang penuh dengan tekanan tinggi, stres tinggi dan keresahan tinggi ini," kata Delpy

Probiotik dapat memberi kesan ke atas kesihatan melalui laluan yang dikenali sebagai paksi otak-usus. Satu teori mengatakan bahawa apabila PS128 berinteraksi dalam usus, molekul dibebaskan yang kemudiannya bergerak melalui saluran darah atau saraf terus ke otak. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa tikus yang diberikan PS128 mempunyai paras serotonin dan dopamin yang lebih tinggi, yang mana keputusannya boleh dikaitkan dengan faedah-faedah yang dilihat dalam ujian percubaan ini.

Pengurangan hormon tekanan  

Kajian ini turut menguji penanda bio tekanan utama dalam air liur peserta. Salah satu penanda bio ini, kortisol menurun dengan ketara semasa tempoh ujian percubaan.

"Melihatkan pengurangan paras kortisol barangkali merupakan maklumat paling penting yang diperoleh daripada ujikaji ini," kata Dr. Allen Wu, yang mengetuai makmal penyelidikan Bened. "Ia membuktikan bahawa PS128 menyebabkan perubahan sebenar dalam tubuh iaitu perubahan yang selanjutnya dapat dialami dan dirasai oleh minda."

PS128 vegan dan semula jadi sepenuhnya diberi status GRAS yang disahkan sendiri. Ujian klinikal terdahulu menunjukkan bahawa dos psikobiotik yang lebih tinggi mengurangkan simptom-simptom neurologi seperti penyakit Parkinson, autisme dan kemurungan.

Memajukan kajian paksi otak-usus dengan aktif, Bened ialah ODM seluruh dunia yang mencari rakan kongsi baharu bagi memperluaskan ketersediaan PS128 dalam pasaran antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.benedbiomed.com/.

 

Source: Bened Biomedical Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries