omniture

CGTN: China ulangi komitmen perubahan iklim, nyatakan usaha sedang dijalankan

CGTN
2021-04-23 21:59 107

BEIJING, 23 April 2021 /PRNewswire/ -- China, negara sedang membangun yang terbesar di dunia, menegaskan semula bahawa emisi CO2nya akan memuncak sebelum tahun 2030 dan keneutralan karbon akan dapat dicapai sebelum tahun 2060.

Janji berkenaan diulangi oleh Presiden Xi Jinping di Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin mengenai Iklim pada hari Khamis, satu titik pertemuan penting dalam proses politik iklim global sebelum Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-26 Pihak-pihak di Glasglow UK pada bulan November.

"China telah menjadikan kerjasama dalam tamadun ekonomi satu keutamaan dalam pembinaan bersama Jalur dan Jalan serta menggalakkan beberapa inisiatif mesra alam," ujar presiden tersebut, menambah bahawa China akan mengadakan mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak untuk Konvensyen mengenai Kepelbagaian Biologi pada bulan Oktober.

Mengawal dan membendung penggunaan arang batu 

Xi memaklumkan kepada pemimpin-pemimpin dunia lain yang menghadiri sidang kemuncak tersebut bahawa tindakan tegas telahpun diambil. "China telah menyepadukan matlamat berkenaan dalam pembinaan tamadun ekonomi dan satu rangka tindakan untuk mencapai puncak emisi karbon menjelang tahun 2030 sedang diusahakan."

"Semasa tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025), kami akan mengawal dengan ketat peningkatan penggunaan arang batu dan membendung penggunaannya secara beransur-ansur semasa tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-15," tambah beliau.

Kuasa arang batu kekal sebagai sumber tenaga utama di China dan negara ini berikrar untuk menjadikan bahagian arang batu dalam penggunaan tenaga keseluruhan di bawah 56 peratus pada tahun 2021.

Rancangan Lima-Tahun ke-14, dokumen dasar utama yang akan banyak mempengaruhi pembangunan ekonomi negara ini dalam dekad akan datang dan selanjutnya, menggariskan bahawa penggunaan tenaga bagi setiap unit keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan emisi karbon dioksida bagi setiap unit KDNK akan dikurangkan masing-masing sebanyak 13.5 peratus dan 18 peratus sepanjang tempoh berkenaan.

Semasa Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahunan China yang diadakan pada penghujung tahun 2020, pengurangan emisi karbon disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan tugas utama China untuk difokuskan pada tahun 2021.

Sementara itu, Xi menyatakan bahawa ini bukanlah tugas mudah. "Komitmen China adalah lebih pendek berbanding komitmen negara-negara maju."

Dianggarkan bahawa komitmen rendah karbon, memerlukan China untuk membuat peralihan daripada mencapai puncak karbonnya untuk merealisasikan keneutralan karbon dalam tempoh 30 tahun, berbanding dengan 60 tahun yang diambil oleh kebanyakan negara maju.

Beliau menegaskan bahawa negara-negara harus menepati janji untuk menangani perubahan iklim.

Sidang Kemuncak Copenhagen pada tahun 2009 menetapkan sasaran 2020 China bagi penggunaan tenaga bukan fosil pada 15 peratus dan melibatkan pengurangan intensiti karbon sebanyak 40 hingga 45 peratus berbanding pada tahun 2005. Statistik China bagi tahun 2019 masing-masing ialah 15.3 peratus dan 48.1 peratus, bererti negara ini telah melebihi dan memenuhi sasaran lebih awal daripada yang dijadualkan.

Berbanding dengan tahun 2005, emisi rumah hijau bagi setiap unit KDNK menurun 48 peratus pada tahun 2019 di China, menurut Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, mencapai komitmen China lebih awal daripada yang dijadualkan terhadap sasaran 2020.

Kerjasama global penting 

Xi turut menegaskan kepentingan kerjasama global, menyeru komuniti antarabangsa untuk saling bekerjasama dan bukannya mengambil jalan keluar dengan saling membuat tuduhan; untuk menepati janji dan bukannya memungkiri janji.

Presiden memberikan amaran terhadap pendekatan berpecah-pecah dan semata-mata untuk meringankan masalah dalam memulihara persekitaran ekologi.

Mengalu-alukan kembalinya Amerika Syarikat terhadap tadbir urus pelbagai hala berhubung perubahan iklim, Xi berkata bahawa China berharap dapat bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa termasuk A.S. bagi memajukan tadbir urus alam sekitar global.

Negara-negara maju harus menggembleng usaha yang padu bagi membantu negara-negara sedang membangun meningkatkan keupayaan mereka untuk mengatasi perubahan iklim, tambah beliau, menegaskan prinsip tanggungjawab bersama namun berbeza dalam proses ini.

Xi berulang kali menegaskan kepentingan mendukung multilateralisme, perpaduan dan kerjasama untuk menangani perubahan iklim.

China dan negara-negara Eropah telah bekerjasama erat dalam perjuangan global memerangi perubahan iklim selepas pentadbiran bekas Presiden A.S. Donald Trump meninggalkan Perjanjian Paris.

https://news.cgtn.com/news/2021-04-22/President-Xi-attends-Leaders-Summit-on-Climate-via-video-link-ZFKPiQ9yCc/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Broadcast feed announcements Economic news, trends, analysis Environmental Issues