omniture

Acara Separuh Maraton Dongpo Meishan 2021 tarik 15,000 pelari

The Meishan city government
2021-04-27 00:11 177

MEISHAN, China, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Acara Separuh Maraton Dongpo 2021 telahpun diadakan di Meishan, wilayah Sichuan pada 24 April. Lebih daripada 15,000 pelari dari 30 wilayah, perbandaran dan wilayah autonomi di seluruh negara ini mengambil bahagian dalam perlumbaan tersebut.

Acara Separuh Maraton Dongpo Meishan 2021 diadakan di Meishan, wilayah Sichuan pada 24 April, menggamit lebih daripada 15,000 pelari dari seluruh China.
Acara Separuh Maraton Dongpo Meishan 2021 diadakan di Meishan, wilayah Sichuan pada 24 April, menggamit lebih daripada 15,000 pelari dari seluruh China.

Ditaja oleh China Athletics Association, Biro Sukan Wilayah Sichuan dan kerajaan bandar Meishan, acara berkenaan melibatkan separuh maraton, perlumbaan 10 kilometer dan perlumbaan 5 km. Ia juga merupakan sebahagian daripada Kejohanan Separuh Maraton Kebangsaan.

Antara peserta-pesertanya ialah juara gimnastik Olimpik Feng Zhe, juara dunia hoki dan tempatan Meishan Zhang Yimeng serta para pelari dari 40 universiti terkemuka termasuk Tsinghua University dan Fudan University. Antara kesemua pelari, pelari tertua berusia 83 tahun manakala pelari termuda berusia hanya 1 tahun.

Pelari Wang Tao memenangi acara separuh maraton kategori lelaki dengan catatan masa 1 jam, 7 minit dan 16 saat manakala Liu Meng memenangi kategori perempuan dengan catatan masa 1 jam, 18 minit dan 41 saat

Acara Separuh Maraton Dongpo tahunan, yang dilancarkan pada tahun 2018 secara beransur-ansur telah menjadi peluang penting untuk Meishan menonjolkan warisan budayanya, persekitaran yang boleh didiami dan suasana bandar yang terbuka serta inklusif.

Meishan ialah kampung halaman Su Dongpo, seorang penyair hebat dalam Dinasti Song (960-1279). Bagi memberi penghormatan kepada warisan ini, perlumbaan tersebut juga bertindak sebagai acara kebudayaan. Unsur-unsur budaya yang berkaitan dengan Su Dongpo diintegrasikan ke dalam promosi, pingat dan pakaian perlumbaan serta dalam laluan perlumbaan itu sendiri.

Semasa berlangsungnya acara berkenaan, beberapa aktiviti lain diadakan untuk memperkayakan pengalaman peserta seperti aktiviti kecergasan, persembahan seni dan banyak lagi.

Pihak penganjur acara tersebut turut melancarkan beberapa laluan pelancongan bagi menggalakkan pelumba dan peserta untuk melawat tempat tarikan pelancong popular Meishan. Sebuah pameran makanan yang digelar sebagai "Flavor in Meishan" ("Citarasa Meishan") mempunyai 300 jenis makanan istimewa yang dijual.

 

Source: The Meishan city government
Keywords: Sporting Events Sports