omniture

XCMG Bersiaran Langsung dari Indonesia, Pamer Kecekapan Operasi Luar Biasa Jenteranya yang Disesuaikan

Disesuaikan untuk suhu tahap khatulistiwa, XCMG tambah sistem pendingin hawa berkuasa ultra tinggi pada peralatan pembinaannya
XCMG
2021-04-30 02:42 121

JAKARTA, Indonesia, 30 April 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan terkemuka dunia, XCMG (SHE:000425), beserta dengan penjual tempatan dari Jakarta baru-baru ini mengadakan pameran maya pengorek XCMG selama 3 jam untuk menunjukkan kebolehan bergerak yang kompleks, kestabilan pengendalian yang hebat, kefleksibelan dan keupayaan mencengkam.

Acara maya ini bukan hanya meningkatkan kesedaran jenama dan produk dengan ketara tetapi juga berjaya dalam mendapat beberapa pesanan tempatan dan niat membeli daripada pelanggan tempatan.

 

XCMG menjemput pelanggan untuk mengalami sendiri pengendalian pengorek di tapak sambil menunjukkan prestasi kepada penonton yang menonton dalam talian. Pengorek XCMG mendapat pujian untuk kuasa tingginya, pengalaman pengendalian yang mudah dan selesa.

En. Ali, seorang pelanggan yang menyelesaikan pandu uji pengorek XCMG mengulas: "Kefleksibelan dan kecekapan bekerja pengorek XCMG adalah luar biasa dan ruang pandu amat selesa. Saya gembira mendapat peluang untuk mencuba pengorek XCMG sendiri. Saya boleh mengatakan ia sangat mengagumkan."

Indonesia sangat kaya dengan sumber mineral dan merupakan pengeluar terbesar bijih nikel dunia. Pulau Sulawesi, yang terletak di sepanjang ekuator, ialah kawasan perlombongan paling penting di Indonesia tetapi cuaca yang panas dan lembab, musim hujan yang panjang dan persekitaran yang teruk sepanjang tahun, memberikan cabaran besar untuk pembinaan.

Memenuhi permintaan tinggi pembinaan dalam persekitaran istimewa ini, XCMG menyesuaikan produk jenteranya untuk pasaran Indonesia. Pengorek bermuatan besar XE550DK, sebagai contoh, menerapkan enjin eksklusif XCMG dengan lengkung tork yang disesuaikan, sistem hidraulik yang dipertingkat, dan mekanisme penggerak rangkak yang diperkuat, menjadikannya berkuasa, dengan kecekapan operasi, ketahanan dan mobiliti yang lebih tinggi. Persekitaran pemanduan yang selamat dan reka bentuk yang mesra pengguna telah memikat pelanggan.

Di samping itu, XCMG membuat penambahbaikan yang disesuaikan dan membangunkan pengorek tahan suhu tinggi, XE370CA, sebagai respons kepada permintaan pelanggan berkenaan dengan rawatan sisa peleburan besi. Kaca dan cat yang tahan suhu tinggi khas dengan sistem penghawa dingin berkuasa ultra tinggi membolehkan pelanggan menikmati pengalaman pengendalian yang selesa, dan sejuk walaupun dalam persekitaran pembinaan bersuhu tinggi.

Untuk memastikan kelancaran pembangunan projek tempatan, jurutera perkhidmatan XCMG menyediakan pembaikan profesional, penyelenggaraan dan latihan pengendalian pengorek kepada pengendali, bertujuan untuk memaksimumkan prestasi setiap jenis jentera. Lebih lagi, maklum balas alat gantian yang pantas dan perkhidmatan siap sedia 24/7 khusus, memberikan jaminan berkesan untuk operasi mantap semua peralatan XCMG.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://xcmg.com/.

XCMG Livestreams from Indonesia, Showcasing the Outstanding Operating Efficiency of its Customized Machinery.
XCMG Livestreams from Indonesia, Showcasing the Outstanding Operating Efficiency of its Customized Machinery.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Transportation