omniture

Absen anjur Webinar Global yang berjaya di Penyelesaian Virtual Studio

Absen.com
2021-05-03 13:29 222

SHENZHEN, China, 3 May 2021 /PRNewswire/ -- Absen telah menganjurkan satu webinar global pada hari Khamis yang menonjolkan penyelesaian Virtual Studios miliknya. Diacarakan oleh Christina Czimny dari Absen Jerman dan disertai oleh Totti Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Digital Fun, Wayne Romanowski, Produksi Video di 4 Wall Entertainment, Rene Amador, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AR Wall, dan Feifan Lu, Pakar Produk Absen. Kumpulan ini meneroka teknologi baharu yang telah banyak digunakan oleh profesional AV untuk membuat lebih banyak kandungan yang menarik secara visual. 

Studio Filem - TransQuebec inc, Kanada, oleh Absen
Studio Filem - TransQuebec inc, Kanada, oleh Absen

Virtual Studio bukan lagi misteri berbanding "LED on Camera"

Terdapat sorotan pada permulaan apabila Romanowski menerangkan Virtual Studio dengan "LED on Camera", yang disokong oleh Czimny. Oleh kerana ramai orang yang takut akan studio maya kerana ia kedengaran seperti sesuatu yang baharu. Romanowski, pakar industri kanan yang mula menggunakan produk LED Absen sejak tahun 2005, mendedahkan ia tidak begitu bermisteri dan tidak perlu takut dengan teknologi baharu.

Cari profesional yang tepat untuk menjadikan Virtual Studio menguntungkan 

Webinar ini juga memberikan cadangan terhadap pelaksanaan platform maya LED buat pertama kalinya. Mencari pasukan profesional, penyepadu, atau syarikat untuk penyelesaian studio maya ialah keutamaan menurut Amador. "Memiliki orang tersebut yang memahami keseluruhan proses walaupun kita hanya berjarak jauh dan hanya membantu anda dari jauh, ia bakal menjadi kunci untuk membuat studio maya yang menguntungkan." Adalah penting buat profesional AV mengetahui bagaimana untuk menerapkan teknologi LED kepada projek mereka.

Pengimejan rancangan, AS, oleh Absen
Pengimejan rancangan, AS, oleh Absen

Keupayaan Absen dalam menyediakan Penyelesaian Studio Maya

Feifan Lu membentangkan produk dan penyelesaian Absen untuk studio maya, merangkumi PL2.5 Pro, AX1.5, MR4.8, dan JP4.8. Kesemua penyelesaian Absen datang dengan kadar bingkai dan kadar penyegaran semula ultra tinggi yang membantu mengurangkan masalah visual dan memenuhi standard industri yang maju. Setiap produk dipilih dengan teliti oleh pengurus produk Absen dan kami percaya studio maya merupakan cara untuk maju ke hadapan.

Keseluruhannya, webinar ini berjaya dengan jumlah keseluruhan 848 tontonan. Ini merupakan permulaan untuk siri global ke atas penyelesaian studio oleh Absen yang diikuti oleh meja bulat yang bertajuk "LED on Camera" pada 19 Mei 2021. Juga akan ada acara-acara masa hadapan yang juga sedang dirancang. Absen berharap dapat berbual dengan penyepadu dan pakar industri di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai studio maya, sila kunjungi www.absen.com.

 

 

 

Source: Absen.com
Related Links:
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Electronic Components Household/Consumer/Cosmetics Semiconductors