omniture

E-Residency lihat Pengembangan Pesat di Asia Tenggara, Lancar Titik Kutipan ID Baharu untuk Penuhi Permintaan yang Semakin Meningkat daripada Usahawan

e-Resident bercita-cita tinggi kini dapat mengambil kad identiti digital mereka dari pejabat-pejabat di Singapura, Thailand, Brazil dan Afrika Selatan.
Estonia e-Residency
2021-05-05 11:00 2220

SINGAPURA, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Program e-Residency kerajaan Estonia, pelopor bagi inisiatif residensi digital pertama di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran empat 'titik kutipan' antarabangsa baharu termasuk Singapura, Bangkok, São Paulo dan Johannesburg. Dengan dua lokasi baharu di Asia Tenggara, pengembangan ini dibuat bilamana terdapatnya peningkatan permintaan daripada usahawan dan bakat teknologi di rantau ini untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Singapura khususnya, sebagai lubuk untuk inovasi dan bakat, mendapat daya tarikan yang tinggi terhadap nomad digital yang mengambil peluang daripada model kerja jarak jauh hari ini untuk memulakan perniagaan di mana-mana.

"Kami amat teruja mengenai pengembangan kami di seluruh Asia Tenggara memandangkan masih terdapat begitu banyak bakat dan peluang yang belum dicungkil di rantau ini. Pengukuhan rangkaian digital dan fizikal kami akan mempunyai masa depan yang cerah untuk memperkasa usahawan dan pemilik perniagaan berbakat ini dan kami teruja dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dan dapat menghubungkan mereka dengan audiens global," kata Lauri Haav, Pengarah Pengurusan di e-Residency.

Program e-Residency mula dilancarkan pada tahun 2014 dan telah menjadi terkenal di peringkat antarabangsa kerana merevolusikan bagaimana kerajaan memandang dan berinteraksi dengan usahawan asing. Terdapat kira-kira 5-10 juta nomad digital dan dengan angka ini yang hanya akan meningkat, keperluan terhadap inovasi dalam bidang ini menjadi semakin mendesak. Melalui program e-Residency, anggota masyarakat mendapat faedah daripada kaedah pengenalpastian digital selamat yang memberi akses kepada e-perkhidmatan Estonia, bagi membolehkan mereka menandatangani dokumen secara digital dan memperkasa mereka untuk melancarkan dan menjalankan perniagaan mereka 100% dalam talian daripada Kesatuan Eropah.

Jacob Puthenparambil, Ketua Pegawai Eksekutif Redhill, agensi komunikasi global dengan ibu pejabatnya terletak di Singapura, menjadi e-Resident lima tahun yang lalu. "Program e-Residency memungkinkan syarikat kami untuk berkembang ke dalam pasaran EU melalui persediaan yang cepat dan berpatutan. Sebagai entiti Eropah, kemungkinan baharu dibuka untuk mengembangkan perniagaan kami di peringkat antarabangsa dan kini, kami mencapai peningkatan pelanggan stabil yang datangnya daripada pelanggan dari EU. Pengembangan program e-Residency di Asia Tenggara menjadikannya lebih mudah diakses oleh penduduk tempatan mahupun penduduk sementara seperti nomad digital untuk merealisasikan aspirasi global mereka," kata Jacob.

Singapura ialah salah satu daripada 50 negara dengan permohonan tertinggi di dunia, bersama-sama bandar-bandar seperti Bangkok, São Paulo dan Johannesburg, dianggap sebagai tempat tumpuan bekerja dari jauh: tempat berlindung untuk pengasas syarikat pemula dan ahli profesional tanpa sempadan yang muncul dengan kadar kepantasan yang semakin meningkat sejak berlakunya pandemik ini.

Kersti Kaljulaid, Presiden Estonia, berkata: "Walaupun pandemik global ini telah mengehadkan keupayaan kami untuk melakukan perjalanan, bertugas dan menjalankan perniagaan merentas sempadan, ia juga telah mempercepatkan transformasi digital antara kerajaan, perniagaan mahupun pekerja bebas. Memandangkan semakin ramai orang memilih untuk menetap dan bekerja tanpa kekal terikat pada satu tempat, terdapat keperluan yang semakin meningkat terhadap kotak alat digital bebas lokasi untuk menyokong mereka. Sebagai negara pertama yang ditransformasikan secara digital di dunia, Estonia dengan sukacitanya mengalu-alukan lebih ramai pekerja bebas, usahawan, pemilik perniagaan dan pekerja bebas lokasi dari seluruh dunia untuk menyertai program e-Residency kami."

Ketika ini terdapat hampir 80,000 e-Resident di seluruh dunia dengan kad e-Residency disediakan untuk diambil hampir di 50 lokasi. Sebagai sebahagian daripada proses pengembangan ini, Kerajaan Estonia bekerjasama dengan BLS International, rakan perkhidmatan didayakan teknologi global yang dipercayai untuk kerajaan dan penduduk di seluruh dunia. Ia merupakan syarikat yang disenaraikan di India dan memiliki reputasi yang sangat cemerlang kerana menetapkan penanda aras dalam domain visa, pasport, konsular, warganegara, e-tadbir urus dan banyak lagi dengan lebih 46 kerajaan.

Latar Belakang e-Residency:

Program e-Residency ditubuhkan pada tahun 2014 dan sejak itu telah mendekati lebih 80,000 usahawan digital. Progam ini dibangunkan dengan pengalaman Estonia selama lebih 20 tahun menyediakan perkhidmatan awam digital kepada penduduk Estonia.

Semua orang boleh memohon identiti digital transnasional yang dikeluarkan oleh kerajaan ini dan mendapat manfaat daripada platform e-Residency yang dibina berasaskan keterangkuman, kesahan dan ketelusan. E-Residency memberi akses kepada e-perkhidmatan awam Estonia dan pelbagai e-perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan antarabangsa, semua bahagian X-Road berasaskan rantaian blok Estonia yang menghubungkan semua perkhidmatan awam bersama dan membolehkan setiap perkhidmatan berfungsi dengan baik. Semua data keluar ditandatangani dan disulitkan secara digital manakala semua data masuk disahkan dan dicatatkan, bererti bahawa data e-Resident dan pengguna lain bagi X-Road ini benar-benar selamat. Ini memberi kebebasan untuk memulakan dan mengendalikan sebuah syarikat EU global dengan mudah yang beroperasi sepenuhnya dari mana-mana sahaja di dunia.

E-resident boleh: membuka sebuah syarikat dalam masa sehari dan mengendalikan syarikat tersebut secara jarak jauh, memohon akaun perbankan perniagaan dan kad kredit, menjalankan e-perbankan, menggunakan penyedia perkhidmatan pembayaran antarabangsa, mengisytiharkan cukai dan menandatangani dokumen secara digital. E-Residency tidak memberi taraf kewarganegaraan, residensi cukai, residensi fizikal atau hak untuk melakukan perjalanan ke Estonia atau EU.

Kunjungi: https://e-resident.gov.ee/

Mohon e-Residency dalam talian di: https://eresident.politsei.ee/

Catatan untuk editor:

Ketika ini terdapat lebih 80,000 e-Resident dari 170 negara yang berbeza. E-Resident telah menubuhkan 17 000 syarikat Estonia dan hampir 2,000 orang individu telah diambil bekerja oleh syarikat-syarikat yang diasaskan oleh e-Resident. Secara kumulatif, syarikat-syarikat ini memiliki pusing ganti sebanyak €3.68Bn setakat Februari 2021. Di samping itu, €54 juta pendapatan masuk ke kerajaan Estonia telah dicatatkan sejak program e-Residency ditubuhkan pada tahun 2014.

Titik kutipan baharu terletak di:

  • Singapura:
    10 Anson Road Unit 30-08 International Plaza, 079903
  • Bangkok (Thailand):
    399 Interchange Building, B2 Floor, Unit A/1, Sukhumvit Road. Klongtoey-Nua, wattana, Bangkok 10110 Thailand
  • Johannesburg (Afrika Selatan):
    The Station, 191 Bekker Road, The Station, Vorna Valley, Midrand, 1682
  • São Paulo (Brazil):
    ED. Vilma Sônia, Av. São Luís, 112 Cj. 404, República São Paulo SP, 01046-001 BRAZIL

 

Source: Estonia e-Residency
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services