omniture

Pengagregat E-dagang, Una Brands, kumpul USD40 juta dalam Pusingan Benih daripada syarikat-syarikat ternama untuk peroleh dan perluas jenama-jenama di APAC

Una Brands
2021-05-06 09:00 138

SINGAPURA, Mei 6, 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat pemula e-dagang yang berpangkalan di Singapura, Una Brands hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak USD40 juta dalam Pusingan Benih ekuiti dan pembiayaan hutang dalam salah satu pusingan pendanaan benih terbesar yang dilihat secara serantau. Una Brands akan menggunakan modal tersebut untuk membeli dan memperluaskan jenama-jenama e-dagang yang berpangkalan di APAC.

 

Una Brands Singapore-based Co-Founders (from left to right): Tobias Heusch, Kiren Tanna and Kushal Patel
Una Brands Singapore-based Co-Founders (from left to right): Tobias Heusch, Kiren Tanna and Kushal Patel

Kiren Tanna, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rocket Internet Asia dan Pengasas foodpanda serta ZEN Rooms, menubuhkan Una Brands pada tahun 2020. Kiren disokong oleh empat Pengasas Bersama lain yang tersebar di seluruh APAC iaitu Adrian Johnston, Kushal Patel, Tobias Heusch dan Srinivasan Shridharan.

Kiren Tanna, Ketua Pegawai Eksekutif Una Brands melihat potensi pertumbuhan serantau yang amat besar. "Kami menganggarkan bahawa terdapat lebih daripada 10 juta penjual pihak ketiga di platform-platform serantau di seluruh APAC. Sekatan pergerakan COVID mewujudkan lonjakan yang besar dari segi permintaan e-dagang, dengan peningkatan permintaan yang tinggi sebanyak lebih 100 peratus dalam banyak keadaan. Sekatan perjalanan mendorong ramai orang untuk mencuba membeli belah secara dalam talian buat pertama kali dan ini telah mewujudkan perubahan tingkah laku dari segi tabiat pengguna."

Pusingan pendanaan berkenaan disokong oleh pelabur-pelabur global yang terkemuka termasuk 500 Startups, Kingsway Capital, 468 Capital, Presight Capital, Global Founders Capital antara lain. Una Brands juga memperoleh pelaburan daripada Maximilian Bittner, kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Vestiaire Collective dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lazada.

Khailee Ng, Rakan Pengurusan di 500 Startups, percaya bahawa Kiren dan pasukannya mempunyai pengalaman teknikal dan pengalaman peribadi bagi menjadikan Una Brand sebagai peneraju global dalam e-dagang. "Mereka merupakan Pengasas Bersama yang berpengalaman dan matang yang memegang rekod prestasi terbukti dalam mencipta kepantasan, keluasan dan kejayaan," jelas Khailee. Beliau menambah, "Apa yang membuatkan kami melabur dalam Una Brands adalah lebih daripada sekadar faktor berkenaan. Kiren dan pasukan beliau memiliki pendekatan yang tepat, terdapat pasaran e-dagang yang amat besar dan semakin berkembang di APAC dan terdapat peluang yang sangat besar untuk penggabungan dan pengoptimuman."

Latar Belakang Una Brands 

Una Brands ditubuhkan oleh pakar-pakar e-dagang bagi menyediakan cara yang pantas dan adil untuk pemilik perniagaan e-dagang menjual syarikat-syarikat mereka. Una Brands membeli perniagaan yang memiliki kelebihan daya saing jangka panjang serta jenama-jenama yang mantap dan mengembangkannya dalam pasaran baharu dan juga pada platform baharu. Una Brands bersifat platform agnostik, mengambil alih perniagaan merentas platform-platform e-dagang yang terkemuka termasuk Amazon, Lazada, Shopee, Shopify dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai Una Brands, kunjungi https://www.una-brands.com.

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi:

Asia PR Werkz
Kimberley Pereira
+65 9226 0061
kimberley@asiaprwerkz.com 

Source: Una Brands
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion