omniture

Hari Ibu: Xi Dapat Inspirasi daripada Ibu Beliau dalam Membentuk Pandangan mengenai Kehidupan, Pemerintahan

CCTV+
2021-05-11 00:02 193

BEIJING, 11 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Bagi Presiden Cina Xi Jinping, "keluarga merupakan bilik darjah pertama insan dan ibu bapa merupakan guru-guru pertama kepada anak-anak." Kata-kata yang tidak mungkin dilupakan daripada ibu beliau Qi Xin dan contoh yang baik daripada anggota Parti wanita hebat itu sangat mempengaruhi pandangan Xi mengenai kehidupan dan falsafah pemerintahan, mendorong beliau untuk melaksanakan tugas beliau terhadap negara dan rakyat dengan bersungguh-sungguh.

Menjelang sambutan Hari Ibu yang jatuh tanggap 9 Mei tahun ini, pada hari Sabtu China Media Group (CMG) menerbitkan sebuah kisah yang menceritakan semula bagaimana Qi menetapkan model teladan untuk presiden Cina itu, dalam perayaan umum untuk memberi penghormatan kepada alam keibuan, ikatan pertalian ibu dan pengaruh ibu dalam masyarakat.

Selama bertahun-tahun, Qi mengajar tiga pengajaran penting mengenai kehidupan kepada anak lelaki beliau: kesetiaan yang sejati dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap negara; kejujuran dan disiplin diri; serta komitmen berterusan untuk mengetepikan kesejahteraan peribadi demi kepentingan rakyat.

Qi, yang lahir pada tahun 1924, menyertai Parti Komunis China (CPC) pada tahun 1939 ketika berusia 15 tahun, lalu menjadi penyokong setia terhadap nilai-nilai dan kepercayaan Parti.

Wanita tersebut mengimbau kembali dua pengalaman khusus dalam usia berikut: beliau menghabiskan masa selama dua tahun berada berhampiran barisan hadapan semasa Perang Penentangan Rakyat Cina Terhadap Pencerobohan Jepun. Lapan tahun lagi berpeluang bekerjasama bersama-sama petani di barat laut China membantu beliau membina ikatan yang istimewa bersama rakyat.

Pengalaman si ibu memberi makna yang besar dalam diri anak lelakinya. Demikian juga halnya dengan Xi, beliau menyandang beg galas dan meninggalkan rumah ketika berusia 15 tahun untuk tinggal dan bekerja bersama petani di Kampung Liangjiahe di Wilayah Shaanxi, barat laut China.

Selama bertahun-tahun berada di kawasan desa, Xi ditemani oleh beg jahitan bersulam "hati ibu" yang dibuat oleh Qi. Kata-kata tersebut bertujuan untuk mengingatkan Xi agar tetap setia kepada aspirasi asal dirinya terhadap negara dan perjuangan revolusioner, satu semangat yang dikongsi bersama-sama ibu dan anak lelakinya.

Sepanjang tempoh Xi dibesarkan, ibu beliau sering menggesa beliau untuk bertegas dengan diri sendiri, terutamanya apabila beliau menyandang jawatan kepimpinan.

Qi menghayati sepenuhnya moto untuk "bekerja dengan baik, belajar dengan baik dan mengurus kesemuanya dengan baik" dalam kehidupan dan turut menggalakkan anak lelaki beliau untuk mengikuti garis panduan yang sama.

Kata-kata sokongan beliau telah banyak memberi inspirasi kepada anak lelaki beliau untuk berkhidmat kepada orang ramai dengan matlamat untuk mencapai kehidupan yang baik buat keluarga Cina.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=0xj6Q69Re-8

 

Source: CCTV+
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television Women-related news