omniture

CellCarta Memperkukuh Francais Biopenanda Histologinya dengan Mengambil Alih Reveal Biosciences, Peneraju Patologi Kuantitatif Berasaskan Kecerdasan Buatan

CellCarta
2021-05-11 22:00

MONTREAL, 11 Mei 2021 /PRNewswire/- - CellCarta, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan perubatan kepersisan global, hari ini mengumumkan pengambilalihan Reveal Biosciences ("Reveal"), sebuah syarikat patologi pengkomputeran yang berpangkalan di San Diego, California yang menawarkan perkhidmatan patologi kuantitatif berasaskan kecerdasan buatan (AI) canggih dan imunohistokimia untuk industri biofarmaseutikal. Pengambilalihan ini mengukuhkan lagi kedudukan CellCarta sebagai penyedia perkhidmatan biopenanda histopatologi terkemuka dan akan membolehkan syarikat memperluas penawarannya dalam aplikasi dan perkhidmatan analisis data multi omik didayakan AI.


Reveal Biosciences telah mewujudkan sebuah Pathology Intelligence™ (Kecerdasan Patologi) generasi baharu untuk mempertingkat penyelidikan, ujian klinikal dan memperbaiki keputusan pesakit di seluruh dunia.  Platform patologi imageDx™ Reveal menggabungkan pembelajaran mesin (ML) dengan AI yang canggih menggunakan histopatologi tradisional untuk mengubah biologi tisu kepada data yang boleh digunakan.  Seni bina saluran proprietari Reveal yang unik dan kaedah latihan berasaskan biopenanda juga mendayakan pembangunan model AI tersuai yang boleh diskala untuk titik akhir patologi khusus, diagnostik seiring dan model ramalan yang mengintegrasikan data multi omik. 

"Keupayaan pembelajaran mesin dan AI Reveal yang luar biasa akan menyokong lebih banyak objektif kuantitasi biopenanda tisu dan akan mendayakan penggunaan perkhidmatan histologi kami dengan lebih meluas dan lebih pantas," kata Martin LeBlanc, Ketua Pegawai Eksekutif CellCarta. "Pengambilalihan perniagaan terkemuka ini ialah sebahagian daripada strategi perubahan untuk memperluas perkhidmatan kami bagi menyokong pelanggan global kami yang mencari kaedah yang lebih objektif, boleh dihasilkan semula dan boleh diskala untuk penilaian biopenanda tisu yang digunakan dalam sebuah platform berkualiti yang mantap dan dikawal selia."

"Kami teruja dapat bergabung tenaga dengan CellCarta," kata Claire Weston, PhD, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Reveal. "Portfolio Reveal yang luas dalam asai digital automatik menyasarkan Onkologi, NASH, Neurosains, Fibrosis, Keradangan dan bidang terapeutik yang lain. Kami melihat peluang yang besar dalam penggabungan keupayaan AI dengan CellCarta yang mendorong ke arah diagnosis yang lebih baik dan ujian klinikal yang lebih bermakna pada skala global."

Tentang CellCarta         
CellCarta ialah penyedia perkhidmatan makmal perubatan kepersisan khusus untuk industri biofarmaseutikal. Dengan memanfaatkan platform analis bersepadunya dalam imunologi, histopatologi, proteomik dan genomik serta perkhidmatan pengumpulan spesimen dan logistik yang berkaitan, CellCarta menyokong keseluruhan kitaran pembangunan ubat-ubatan daripada penyelidikan hingga kepada ujian klinikal peringkat akhir. Syarikat ini beroperasi di seluruh dunia dengan 10 kemudahan yang terletak di Kanada, AS, Belgium, Australia dan China.

Untuk maklumat lanjut: cellcarta.com

Tentang Reveal Biosciences     
Reveal Biosciences telah mewujudkan sebuah Pathology Intelligence™ (Kecerdasan Patologi) generasi baharu untuk mempertingkat penyelidikan, ujian klinikal dan memperbaiki keputusan pesakit di seluruh dunia.  Platform patologi imageDx™ Reveal menyediakan analisis data AI dan pengurusan imej keseluruhan slaid berasaskan awan kepada sektor Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan.  Dengan pasukan saintis data dan penyelidikan bertaraf dunia yang fokus untuk menangani beberapa masalah terbesar dalam penjagaan kesihatan, Reveal telah membangunkan perancangan asai digital berasaskan AI dalam masa terdekat untuk penyelidikan praklinikal, ujian klinikal dan diagnostik. 

Untuk maklumat lanjut: revealbio.com 


Hubungan Media untuk CellCarta: Prosek Partners, Brian Schaffer / Kristen Duarte, bschaffer@prosek.com / kduarte@prosek.com; Pemasaran & Komunikasi: Guylaine Galipeau, Pengarah Pemasaran Global, CellCarta, ggalipeau@caprion.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1507305/cellcarta_cellcarta_strengthens_its_histological_biomarker_franc.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1507125/cellcarta_cellcarta_strengthens_its_histological_biomarker_franc.jpg?p=medium600

Source: CellCarta
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers