omniture

Kopi Julius Meinl Menggantikan 'Detik Paling Dirindui' Tahun Ini Dengan Kempen 'Say Hello'

Julius Meinl
2021-05-12 21:43 113

VIENNA, 12 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Aktiviti meminum kopi dengan rakan atau ahli keluarga adalah detik yang paling dirindui ketika sekatan pergerakan dengan anggaran 13 bilion detik yang dirindui dalam tempoh 12 bulan yang lalu di seluruh bandar di Eropah, menurut jenama kopi premium, Julius Meinl.

‘Say Hello’ with Julius Meinl Coffee
‘Say Hello’ with Julius Meinl Coffee

Satu tinjauan ke atas seramai 4,000 orang dewasa yang tinggal di bandar-bandar di Eropah telah mendedahkan bahawa ketika pandemik, lebih dua pertiga daripada mereka merindui keseronokan bersantai setiap hari dengan pertemuan di kafe untuk minum kopi dan berbual-bual.

Kebanyakan daripada mereka yang ditinjau merindui hubungan sosial ini dan 81% mengatakan bahawa berbual-bual dengan rakan atau orang asing mempunyai kesan yang positif ke atas kesejahteraan mereka.

Kajian ini dijalankan oleh pemanggang kopi Vienna, Julius Meinl dan OnePoll di seluruh London, Vienna, Milan dan Bucharest pada bulan April 2021 yang menunjukkan bahawa, antara bulan Mac 2020 dan Mac 2021, purata penduduk bandar di Eropah kehilangan satu perempat daripada perbualan yang biasa mereka lakukan dengan orang asing.

Warga London merupakan mereka paling banyak kehilangan peluang bertemu dengan orang baharu iaitu sejumlah 6.3 juta detik, manakala warga Vienna kehilangan 2.5 juta detik dan penduduk Milan kehilangan 2.1 juta detik.

Julius Meinl bertanya kepada warga bandar sama ada sikap mereka terhadap orang asing telah berubah semasa pandemik. 36% daripada mereka mengatakan bahawa mereka kini lebih cenderung untuk mengucapkan 'helo' kepada orang asing berbanding ketika pra-Covid-19.

Satu daripada 10 orang mengatakan bahawa mereka lebih cenderung untuk mengatakan 'helo' dan mendakwa bahawa mereka kini berasa 'lebih terhubung' dengan orang lain berikutan krisis global yang terjadi. Hanya 20% mengatakan mereka kurang cenderung untuk mengucapkan 'helo' kerana wujudnya halangan untuk memulakan perbualan baharu termasuk rasa kurang berkeyakinan, keberanian untuk bercakap dengan orang ramai dan ketakutan terhadap penyebaran virus.

Warga London adalah yang paling mudah bersosial dengan hampir separuh (48%) mengatakan bahawa mereka akan lebih cenderung untuk mengucapkan 'helo' dan satu daripada lima (20%) adalah sangat cenderung. Hanya 12% berkata mereka kurang cenderung berbanding satu perempat daripada mereka yang tinggal di Bucharest dan Milan.

Satu daripada lima yang ditinjau mengatakan bahawa tempat yang paling cenderung untuk dilawati bagi memulakan perbualan baharu ialah di kafe.

Untuk menyokong kafe, hotel dan restoran di seluruh dunia ketika mereka mula membuka semula dan untuk menggantikan beribu-ribu detik yang dirindui ini, Meinl Julius akan meningkatkan hubungan melalui aktiviti minum kopi dengan kempen "Say Hello" ("Ucapkan Helo") mereka. Dilancarkan di seluruh dunia bermula dari 1 Jun 2021, peminum kopi Julius Meinl digalakkan untuk "Say Hello" (mengucapkan helo) kepada rakan atau orang asing dengan memberi mereka secawan kopi Julius Meinl percuma dan berkongsi detik tersebut bersama-sama. www.juliusmeinl.com/Say-Hello

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1507658/julius_meinl_say_hello.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1507657/Julius_Meinl_Logo.jpg?p=medium600

Source: Julius Meinl
Related Links:
Keywords: Advertising Beverages Non-Alcoholic Beverages Restaurants Retail New products/services Survey, Polls & Research