omniture

XCMG Hantar Pesanan Super 100 Unit Jentera Angkut Beroda LW500FN ke Negara-negara BRI di Asia Tenggara

XCMG
2021-05-26 22:01 108

XUZHOU, China, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka XCMG (SHE:000425) menghantar lebih daripada 100 unit jentera angkut beroda LW500FN menjelang lewat April ini ke Asia Tenggara bagi membantu pembinaan silo bijirin dalam pelbagai pasaran tempatan di wilayah ini.

XCMG Hantar Pesanan Super 100 Unit Jentera Angkut Beroda LW500FN ke Negara-negara BRI di Asia Tenggara.
XCMG Hantar Pesanan Super 100 Unit Jentera Angkut Beroda LW500FN ke Negara-negara BRI di Asia Tenggara.

Jentera angkut beroda LW500FN merupakan model 5-tan yang cemerlang dengan prestasinya yang tinggi, lanjutan perkhidmatan yang panjang dan ketahanan struktur. Ia beroperasi dengan daya menggali 15.8-tan dan daya tarikan 15.6-tan untuk keadaan operasi yang berbeza. Model ini mempunyai jangkauan buang sejauh 1,274mm untuk ruang yang cekap dan jarak roda 2,900mm yang menjamin keandalan.

Dibina dengan reka bentuk beban tugas berat dengan kerangka depan dan belakang dalam susun atur jenis kotak, LW500FN beroperasi pada kelajuan operasi 11.5 km/jam yang digabungkan dengan fungsi penyodokan pantas. Stereng boleh laras yang dapat mengesan beban dengan jejari pusing yang kecil memberikan kefleksibelan serta kecekapan.

Pelanggannya ialah sebuah syarikat Cina dengan operasi perniagaan luar negara dan XCMG telah menjadi pilihan utama dari awal lagi. Sebelum ini, syarikat itu juga pernah membeli lebih 20 unit jentera angkut XCMG dan memberi pujian tinggi terhadap kualiti, prestasi dan kecekapan kosnya.

"Dari perspektif perniagaan, keuntungan merupakan matlamat utama pelanggan kami iaitu apabila lebih banyak yang dapat dilakukan dengan sedikit wang yang dibelanjakan, namun ini pastinya bukan bererti bahawa pelanggan akan bertolak ansur terhadap kualiti peralatan. Sebaliknya, projek-projek pembinaan luar negara mempunyai syarat-syarat yang lebih ketat bagi fungsi dan prestasi jentera," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Pengiktirafan terhadap jenama XCMG oleh pelanggan adalah hasil daripada kualiti 'Termaju dan Tahan Lama' serta perkhidmatannya yang komprehensif, sokongan 24-jam, sokongan alat ganti yang cekap dan jurutera lapangan yang menawarkan latihan di kawasan tempatan.

Bagi mengatasi persekitaran pembinaan yang sukar dan masalah haus yang serius pada bahagian alat, XCMG menyesuaikan dan memperkukuh lebih daripada 100 unit jentera angkut LW500FN dengan fungsi perlindungan cesi yang lebih baik, menyediakan penyelesaian komprehensif dalam seluruh kitar hayat jentera angkut.

"Sebagai pengeksport jentera angkut Cina nombor satu, XCMG akan terus menerajui pasaran antarabangsa, mengukuhkan produk dan kelebihan teknologi kami tanpa henti sekali gus mematuhi falsafah bertumpukan pengguna bagi mencipta nilai untuk pelanggan," kata Wang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

 

 

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Sales reports