omniture

CGTN: Peng Liyuan seru usaha global bagi pencegahan dan rawatan AIDS dan TB

CGTN
2021-06-08 20:21 1261

BEIJING, 8 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, menyeru orang ramai daripada semua lapisan masyarakat di kesemua negara untuk berganding bahu dan mengambil tindakan bagi mengukuhkan usaha pencegahan dan rawatan AIDS serta tuberkulosis (TB), demi membawa manfaat kepada semua umat manusia dan membina sebuah komuniti kesihatan global buat semua.

Peng, juga merupakan Duta Muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Tuberkulosis dan HIV/AIDS, membuat kenyataan berkenaan melalui pautan video pada hari Isnin di upacara perasmian sebuah acara peringkat tinggi khas di samping Mesyuarat Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai AIDS.

Acara tersebut bertujuan untuk menyediakan platform kepada negara-negara anggota WHO bagi menegaskan kembali komitmen mereka untuk menamatkan kematian akibat TB dalam kalangan individu yang menghidap HIV dan membincangkan bagaimana mereka akan meningkatkan tindak balas ke atas TB berkaitan HIV dalam konteks COVID-19.

Peng berkata bahawa perjuangan global dalam memerangi AIDS dan TB telah mencapai hasil yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil daripada usaha bersepadu yang dibuat oleh komuniti antarabangsa.

China mewujudkan mekanisme kerjasama secara berperingkat-peringkat antara institusi-institusi pencegahan dan kawalan AIDS dan TB, kata beliau. Negara berkenaan telah memastikan agar prevalens AIDS berada pada tahap yang rendah dan sejak 20 tahun yang lalu, insiden TB telah menurun sebanyak lebih daripada 40 peratus manakala kadar kematian sebanyak lebih daripada 70 peratus.

Pencapaian ini telah diraih lantaran perhatian yang diberikan oleh kerajaan Cina, usaha daripada kakitangan perubatan dan sumbangan senyap-senyap oleh para sukarelawan, kata beliau.

Peng turut berkongsi beberapa kisah yang menyentuh perasaan dan menyatakan rasa hormat beliau ke atas orang ramai dan sukarelawan di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada usaha pencegahan dan rawatan penyakit berkenaan.

Penyakit boleh berjangkit utama merupakan antara cabaran biasa yang dihadapi oleh umat manusia dan menjadi keinginan umum dalam kalangan orang ramai untuk menamatkan ancaman AIDS dan TB, kata Peng.

Beliau menambah bahawa pandemik COVID-19 yang masih berterusan telah membawa lebih banyak cabaran terhadap pembendungan penyakit tersebut, lantas menyeru usaha global untuk melindungi nyawa dan mara ke hadapan.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-07/Peng-Liyuan-calls-for-global-efforts-in-AIDS-TB-prevention-treatment-10UhJDOcrWE/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service