omniture

Pengeluar PPE Bullard Sampaikan Pengiktirafan Respons Pandemik Luar Biasa kepada Rakan Kongsi Saluran

Sijil Penghargaan diberikan untuk dedikasi dan kerja berpasukan dalam menyampaikan PPE semasa pandemik
Bullard Asia Pacific Pte. Ltd.
2021-06-09 17:03 167

SINGAPURA, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar peralatan perlindungan diri Bullard telah menyampaikan Pengiktirafan Respons Pandemik Luar Biasa kepada rakan kongsi salurannya yang berharga di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika atas dedikasi dan kecekapan mereka dalam menyampaikan PPE Bullard semasa pandemik.

Semasa membuat penyampaian, Vincent Lee, pengurus besar Bullard Asia Pacific Pte. Ltd., berterima kasih kepada rakan kongsi syarikat untuk kerja berpasukan dan tenaga mereka dalam menyampaikan PPE, yang termasuk alat pernafasan pembersih udara berkuasa, pelindung muka penjagaan kesihatan, kaca mata dan gogal keselamatan yang melindungi doktor penjagaan kesihatan baris hadapan, pegawai kastam, doktor gigi, penyedia perkhidmatan pesakit luar dan penggerak balas kecemasan.

Pengiktirafan Respons Pandemik Luar Biasa telah disampaikan secara maya.

"Bullard telah dan akan terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerja kami, rakan kongsi saluran, pengguna akhir dan semua orang di seluruh dunia," kata Lee.

Bullard telah diiktiraf untuk perkongsiannya dengan Toyota semasa peringkat awal pandemik.

Dengan permintaan untuk produk yang berkaitan dengan penjagaan kesihatannya yang melonjak, Bullard berganding bahu dengan Toyota untuk meningkatkan pengeluaran dalam kelajuan terpantas. Kekurangan pelindung muka, alat pernafasan dan penutup kepala – semuanya penting untuk menjaga pesakit dengan COVID-19 – membawa kepada peningkatan dalam permintaan untuk produk Bullard yang mencapai sebanyak 30 kali pesanan biasa.

"Kami sangat berterima kasih atas perkongsian dengan Toyota ini dan berbangga dengan apa yang telah kami capai bersama," Wells Bullard, Ketua Pegawai Eksekutif Bullard, berkata pada masa itu. "Setiap hari kami didorong untuk memajukan keselamatan manusia dan ia luar biasa dapat menyaksikan Toyota berkongsi misi yang sama. Melindungi orang ramai dan menyelamatkan nyawa berada dalam DNA Bullard – kami telah melakukannya selama lebih daripada 120 tahun, bermula dengan rekaan topi keselamatan."

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian penjagaan kesihatan Bullard, kunjungi apac.bullard.com/healthcare.

Latar Belakang Bullard

Ditubuhkan dalam tahun 1898, Bullard ialah pengeluar terkemuka bagi peralatan dan sistem perlindungan diri berkualiti tinggi yang dipasarkan di seluruh dunia. Bullard tertanam dalam PPE merentas pelbagai industri yang merangkumi Sains Hayat, Penggerak Balas Kecemasan dan Kesihatan dan Keselamatan Perindustrian. Barisan produk termasuk alat pernafasan udara, alat pernafasan pembersih udara berkuasa dan peralatan kualiti udara, pengimej haba, topi keledar industri, dan topi keledar bomba dan penyelamat. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web Bullard di www.bullard.com.

Bullard Asia Pacific Pte. Ltd.
51 Changi Business Park Central 2
#03-04 The Signature
Singapura 486066
Tel: +65.6745.0556
Faks: +65.6797.0299

Source: Bullard Asia Pacific Pte. Ltd.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Awards