omniture

SKYWORTH Umum Perkongsian Jenama dengan Kelab Bola Sepak Terkemuka di Dunia Juventus untuk Sokong Rancangan Pengembangan Globalnya

SKYWORTH TV
2021-06-10 03:27 152
  • Tawaran eksklusif serba baharu untuk meraikan perkongsian bersama peminat SKYWORTH termasuk peluang untuk memenangi pengalaman hari perlawanan sekali seumur hidup
  • SKYWORTH berganding bahu dengan Juventus untuk menyokong rancangan pengembangan globalnya bagi membawa pengalaman hiburan imersif utamanya kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia

SHENZHEN, China, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, jenama televisyen global yang terkemuka, hari ini mengumumkan satu perkongsian jenama yang baharu bersama Juventus, kelab bola sepak Serie A Itali yang terkemuka di dunia. Selaras dengan tema "Saling Bekerjasama, Pimpin Masa Depan," SKYWORTH dan Juventus akan memperkenalkan pelbagai aktiviti bagi meraikan perlawanan bola sepak mereka yang akan datang bersama peminat global. Kelab ini merakam pesanan video yang eksklusif untuk perkongsian ini, menampilkan David Trézéguet, pemain legenda Juventus dan salah seorang daripada penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab bola sepak ini serta pemain-pemain Pasukan Pertama Juventus iaitu Federico Chiesa, Leonardo Bonucci, Dejan Kulusevski dan Matthijs de Ligt.

Leo Tang, Ketua Pegawai Jenama SKYWORTH TV di Sidang Akhbar
Leo Tang, Ketua Pegawai Jenama SKYWORTH TV di Sidang Akhbar

Perkongsian pada skala ini merupakan yang pertama untuk SKYWORTH, mendorong cita-cita jenama ini untuk memperluas jejak globalnya. SKYWORTH terus menyaksikan pertumbuhan yang konsisten di arena antarabangsa dan ketika ini mempunyai 10 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global, tiga daripadanya bertapak di Eropah serta sembilan tapak pembuatan di seluruh dunia dengan rancangan yang berterusan terhadap pengembangan yang bakal terjadi dalam masa terdekat. Perkongsian ini akan membolehkan SKYWORTH untuk membawa rangkaian pengalaman hiburan imersif utamanya ke stadium global.

Leo Tang, Ketua Pegawai Jenama SKYWORTH TV, berkata: "SKYWORTH percaya dengan kepentingan kebersamaan dan kami telah memperjuangkan aspek berkenaan dengan menyampaikan pengalaman TV yang berkualiti tinggi. Bola sepak ialah sukan yang menyatukan pemain dan peminat bersama-sama dari seluruh dunia. Kami teruja untuk menyokong Juventus ketika ini, tatkala bola sepak pulih daripada pandemik. Perkongsian ini turut menonjolkan pencapaian penting untuk SKYWORTH dalam rancangan pengembangan perniagaan global kami dan kami gembira untuk mewujudkan era hiburan yang baharu dan berhubung bersama khalayak yang berkongsi semangat yang sama terhadap hiburan dan sukan seperti kami."

Saling Bekerjasama untuk Terokai Peluang dan Pimpin Masa Depan

Kolaborasi yang sempurna berpunca daripada kesesuaian yang menyeluruh antara kedua-dua jenama. Sebagai pengusaha yang terkemuka dalam bidang masing-masing – SKYWORTH, dengan semangat jenama "Jadilah Inovatif, Jadilah Berani", dan Juventus, dengan kepercayaan "Ketabahan Selama-lamanya, Cita-cita Di Mana-mana Sahaja", kedua-duanya ditubuhkan dengan komitmen untuk menerobos sempadan, mencapai keunggulan dan memimpin masa depan. Perkongsian ini akan mendorong SKYWORTH dan Juventus untuk mara ke hadapan, menerokai peluang dan meraih pencapaian baharu.

SKYWORTH ialah rakan kongsi rasmi Juventus bagi TV dan produk kediaman pintar berkaitan untuk kategori TV, mengiktiraf sumbangan berterusan SKYWORTH dalam memimpin inovasi teknologi dalam industri ini.

Federico Palomba, Pengarah Urusan Juventus APAC, berkata: "Kami teruja untuk mengalu-alukan SKYWORTH sebagai Rakan Kongsi Rasmi Juventus. Bersama-sama SKYWORTH, kami tidak sabar-sabar untuk membawa lebih banyak aksi kepada peminat di seluruh dunia dan mencipta pengalaman bermakna yang akan membolehkan peminat merasakan dan berkongsi keterujaan bersama kami."

Menangi Pengalaman Sekali Seumur Hidup bersama Juventus

Perkongsian jenama ini akan dilancarkan mulai hari ini hingga akhir Lega Serie A 2022, dan akan menyaksikan pelbagai kandungan jenama bersama dilancarkan di seluruh platform global dan semasa perlawanan Juventus di gelanggang sendiri. Bagi meraikannya, empat peminat SKYWORTH yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi tiket VIP bagi jelajah perlawanan Juventus, menawarkan pemenang dengan pengalaman sekali seumur hidup pada hari perlawanan bersama kelab legenda ini. SKYWORTH akan turut memperkenalkan banyak tawaran eksklusif dan juga tawaran istimewa. Butiran lanjut akan diumumkan di saluran rasmi FacebookTwitterWeibo dan WeChat SKYWORTH. Nantikan dan sertai kami untuk menikmati pengembaraan dan hadiah istimewa.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian antara SKYWORTH dan Juventus, kunjungi https://www.skyworth.net/global/allcampaigns/SKYWORTHxJUVENTUS.html.

Latar Belakang SKYWORTH TV

SKYWORTH TV ialah pengeluar televisyen global yang terkemuka dan perintis bagi Kecerdasan Buatan Internet Pelbagai Benda (AIoT) skrin besar. Ditubuhkan pada tahun 1988, SKYWORTH TV mempunyai pengalaman selama lebih daripada 30 tahun menyediakan penyelesaian hiburan rumah yang canggih dan merupakan salah satu daripada tiga penyedia global terunggul TV Android. Di bawah gagasan jenamanya "Memimpin masa depan", SKYWORTH TV terus melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penyelesaian teknologi yang inovatif serta berdedikasi untuk memimpin transformasi dalam industri TV bagi merevolusikan pengalaman kediaman pintar. SKYWORTH TV mempunyai lima siri TV yang terkenal (WSQGA) untuk menggembirakan kesemua kumpulan pengguna dan teknologi Swaiot™ proprietarinya berhubung lancar dengan seluruh ekosistem AIoT dan peranti IoT yang serasi, lalu membolehkan pengguna untuk menonton, mengawal dan mengurus semua peranti kediaman pintar mereka daripada TV mereka. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.skyworth.net/global

 

Source: SKYWORTH TV
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics Sports Corporate Expansion Licensing/marketing agreements