omniture

Kurang Gusar, Lebih Yakin: "OPPO Support" Ada Di Sini untuk Anda

oppo
2021-06-10 19:56 180

SHENZHEN, China, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Sejak 19 Mei, OPPO melancarkan Kempen Boleh Dipercayai di lebih daripada 20 negara termasuk Indonesia, Malaysia, Pakistan, Bangladesh, Mesir, Algeria dan sebagainya. Ia bukan sahaja akan mengeluarkan set data mengenai perkhidmatan OPPO tetapi turut mengadakan beberapa aktiviti dengan hadiah istimewa buat pengguna di beberapa wilayah. Kempen tersebut bertujuan untuk menunjukkan bentuk usaha yang telahpun dilakukan oleh OPPO untuk memberi keandalan dan jaminan kepada pengguna dengan perkhidmatan yang boleh dipercayai yang disenaraikan di bawah.

Kurang Gusar, Lebih Yakin: OPPO Support Ada Di Sini untuk Anda
Kurang Gusar, Lebih Yakin: OPPO Support Ada Di Sini untuk Anda

Untuk pengembara

Perkhidmatan Jaminan Antarabangsa: OPPO telah menjadi peneraju untuk melancarkan IWS; dan bagi peranti yang ditetapkan, anda boleh menikmati perkhidmatan jaminan, pembaikan dan penaiktarafan perisian di pusat perkhidmatan yang disahkan di lebih 59 negara/wilayah.

Untuk khidmat layan diri dalam jangkauan anda

1) Sembang Langsung/Talian Utama Perkhidmatan: Pengguna OPPO kini boleh berbual bersama pakar perkhidmatan di laman sesawang rasmi apabila anda mengalami isu-isu bermula daripada persediaan hinggalah pertanyaan mengenai produk baharu. Mereka yang kurang gemar untuk berbual secara langsung juga boleh mendapatkan jawapan melalui talian utama perkhidmatan.

2)  Soalan Lazim (FAQ) Laman Sesawang: Bagi pertanyaan umum, anda boleh menyemak FAQ di laman sesawang rasmi.  

3) E-mel Perkhidmatan: Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau pertanyaan, sila hantarkan e-mel ke peti mel OPPO.

Untuk perkara yang paling penting semasa pembaikan

1) Alat Ganti Asli: Hanya alat ganti asli digunakan untuk membaiki di pusat perkhidmatan OPPO.

2) Ketelusan harga: Harga bagi alat ganti dipaparkan dengan jelas di laman sesawang rasmi dan pusat perkhidmatan.

3) Pembaikan Secara Bersemuka: Bagi meredakan kebimbangan anda, terdapat pilihan untuk anda duduk bersama jurutera pembaikan dan melihat seluruh proses pembaikan di mana-mana pusat perkhidmatan yang telah dinaik taraf.

4) Keselamatan Maklumat: Yakinlah sememangnya tegas mematuhi Peraturan Perlindungan Data Umum (General Data Protection Regulation) bagi melindungi privasi pengguna.

Peringatan mesra bahawa kesemua perkhidmatan yang tersedia berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain, sila rujuk pusat perkhidmatan setempat untuk perkhidmatan tertentu.

"OPPO Support" adalah lebih daripada sekadar menyelesaikan masalah pembaikan dan pertanyaan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin pelbagai. Pada masa akan datang, OPPO Support akan menegakkan kepercayaan utamanya iaitu "Prihatin & Jangkau" ("Care & Reach") serta akan sentiasa menaik taraf perkhidmatan bagi menyediakan pengalaman yang lebih baik buat semua.

Ketahui lebih lanjut: https://support.oppo.com/

 

Source: oppo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications