omniture

CGTN: Pendidikan dalam perjuangan China basmi kemiskinan: Tanpa meninggalkan siapapun di belakang

CGTN
2021-06-12 05:26 2069

BEIJING, 12 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pepatah lama Cina berbunyi "bagi menggali sumur, mulakan dengan menggali lubang yang cetek dan akhirnya kamu akan memperoleh sumur yang dalam." Pepatah ini bermaksud perjalanan yang panjang bermula dengan satu langkah. Ia didapati daripada "Liu Zi · Chong Xue," sebuah buku yang ditulis sekitar 1,500 tahun yang lalu.

Presiden Cina Xi Jinping melihat pendidikan sebagai langkah asas yang pertama untuk "menggali sumur" dalam membasmi kemiskinan mutlak di China yang telahpun dicapai pada tahun 2020.

Mengelakkan pewarisan kemiskinan antara generasi 

Yangjialing Fuzhou Hope Primary School di Yan'an, Wilayah Shaanxi, barat laut China, telah diubah suai dengan sumbangan daripada Bandar Fuzhou, ibu kota Wilayah Fujian tenggara pada tahun 1995 selepas Xi Jinping, ketika itu merupakan ketua Parti Fuzhou, menggalakkan usahawan tempatan untuk membantu membina sekolah-sekolah di kawasan-kawasan mundur negara berkenaan.

"Jangan biarkan kanak-kanak ketinggalan di garis permulaan," kata Xi apabila melawat sekolah tersebut pada tahun 2015, menekankan pendidikan sebagai faktor penting dalam pembangunan kawasan-kawasan miskin.

Sekolah berkenaan, yang pada suatu masa pernah mempunyai hanya seorang guru dan sebuah bilik darjah di dalam gua, telah menjalani perubahan pesat dengan sokongan daripada pihak kerajaan dan masyarakat. Kini, ia memiliki sebuah bangunan empat tingkat yang dilengkapi dengan bilik darjah multimedia moden dan pelajar-pelajar juga berpeluang menikmati makan tengah hari percuma di sekolah.

Statistik daripada Kementerian Pendidikan (MOE) yang diterbitkan pada tahun 2020 menunjukkan bahawa jumlah pelaburan oleh China dalam bidang pendidikan, termasuk makanan percuma dan penambahbaikan kemudahan sekolah, meningkat sebanyak lebih daripada lapan peratus setiap tahun sejak tiga tahun sebelum ini.

Menurut kertas putih mengenai pembasmian kemiskinan China yang dikeluarkan pada April 2021, negara berkenaan telah mengubah suai 108,000 buah sekolah bagi mengukuhkan penyediaan pendidikan wajib selama sembilan tahun di kawasan-kawasan miskin sejak tahun 2013.

"Mengurangkan masalah kemiskinan harus bermula dengan mengurangkan kejahilan. Justeru itu, memberikan pendidikan yang baik kepada kanak-kanak luar bandar merupakan satu tugas penting dalam membasmi kemiskinan dan juga kaedah yang penting untuk menghentikan kemiskinan daripada diwariskan antara generasi," kata Xi.

Merapatkan jurang pendidikan 

Berhubung kesaksamaan pendidikan sebagai asas kesaksamaan sosial, Xi Jinping banyak kali telah menegaskan kepentingan untuk merapatkan jurang dari segi sumber dan kualiti pendidikan antara kawasan luar bandar dan bandar.

Dalam tempoh Rancangan Lima-Tahun (2016-2020) ke-13, belanjawan pusat China memperuntukkan sekitar 749.5 bilion yuan ($114.6 billion) nilai subsidi untuk menyokong pendidikan wajib dan 90 peratus daripada dana tersebut dilabur di kawasan-kawasan luar bandar, menurut MOE. Sebagai contoh, pelajar-pelajar daripada isi rumah luar bandar miskin diberikan elaun sara hidup daripada kerajaan untuk menyokong pengajian mereka.

Kertas putih 2021 mengenai pembasmian kemiskinan China menyatakan bahawa tidak ada sebarang keciciran di kawasan luar bandar ekoran kesukaran dari segi kewangan. Pendidikan wajib selama sembilan tahun kini disediakan kepada semua kanak-kanak daripada isi rumah miskin luar bandar dan kadar pelengkapan bagi tahun 2020 ialah 94.8 peratus.

Memandangkan China beralih kepada digital dalam bidang pendidikan, infrastruktur internet turut merapatkan jurang antara pendidikan bandar dan luar bandar – sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara kesemuanya mempunyai sambungan internet.

Pelajar-pelajar di Yangjialing Fuzhou Hope Primary School kini berpeluang untuk mengalami "bilik darjah internet" dengan penggunaan internetnya digunakan oleh sekolah untuk berkongsi pengajaran masa sebenar dengan sekolah-sekolah rakan kongsi di bandar-bandar besar.

Dasar-dasar yang baik juga dimanfaatkan untuk mendaftarkan lebih ramai pelajar miskin, memperluas peluang pekerjaan untuk siswazah dan membantu pelajar keluar daripada belenggu kemiskinan melalui pendidikan vokasional.

Lebih daripada 8 juta pelajar lulusan sekolah menengah dan sekolah tinggi daripada keluarga miskin menerima latihan vokasional, 5.14 juta orang pelajar miskin mendapat pendidikan lebih tinggi dan institusi pengajian tinggi utama telah menerima kira-kira 700,000 orang pelajar dari kawasan-kawasan luar bandar dan miskin yang ditetapkan.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-10/Education-in-China-s-fight-against-poverty-Leaving-no-one-behind-10XpqIElk1q/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television Children-related news Economic news, trends, analysis