omniture

CGTN: Apakah di sebalik cita-cita tinggi rakyat muda Cina?

CGTN
2021-06-16 07:52 1293

BEIJING, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Rakyat Cina telah lama menghargai kepentingan menetapkan matlamat yang tinggi dan berusaha mencapainya dengan gigih. "Tiada cita-cita, tiada pencapaian" kata Wang Yangming (1472-1529), seorang pemikir Cina dalam Dinasti Ming.

Presiden Cina Xi Jinping memetik kata-kata Wang pada Mei 2018 bagi menggalakkan orang muda untuk meneruskan tradisi tersebut.

"Belia Cina harus memupuk semangat yang gigih, bersikap tegas demi mencapai cita-cita, berpegang teguh pada kepercayaan, berani menghadapi kesukaran dan mara ke hadapan serta bekerja keras tanpa rasa goyah," kata Xi semasa lawatan pemeriksaan di Peking University di ibu negara Cina.

Beliau menyeru orang muda untuk mengaitkan dengan erat cita-cita mereka terhadap masa depan negara dan berusaha memberi nafas baharu untuk negara.

Bermula daripada tangki metana kepada impian Cina

Xi menemui cita-cita kerjaya beliau ketika usia muda apabila bekerja di sebuah kampung kecil di Wilayah Shaanxi barat laut China.

Pada tahun 1969, Xi yang berusia 15 tahun tiba di Kampung Liangjiahe sebagai sebahagian daripada kempen yang menyaksikan puluhan juta belia bandar yang berpendidikan menetap dan bekerja di luar bandar. Beliau menghabiskan masa selama hampir tujuh tahun di sana dan menemui misi sepanjang hayat beliau tatkala menempuhi hidup di situ – untuk membawa perubahan dengan berkhidmat kepada rakyat.

Xi menyertai Parti Komunis China (CPC) pada tahun 1974. Kemudian, beliau menjadi setiausaha Parti Liangjiahe dan mendorong penduduk kampung untuk menyelesaikan beberapa projek demi manfaat penduduk tempatan termasuk membina empangan, tangki metana, bengkel menjahit, kedai konsainan dan kilang pengisar.

Bagi membina tangki metana yang dapat menyediakan gas kepada penduduk kampung untuk dapur dan lampu mereka, Xi melakukan perjalanan ke Wilayah Sichuan yang terletak bersebelahan untuk mempelajari teknik-tekniknya. Sekembalinya beliau ke Liangjiahe, beliau mendapati bahawa amali adalah lebih sukar daripada teori.

"Menggali tangki metana pertama adalah sukar," beliau mengimbau kembali dalam satu wawancara pada tahun 2004. "Paras air di sekeliling tangki terus meningkat, namun tiada sebarang tanda-tanda gas. Rupa-rupanya ada paip tersumbat. Apabila kami akhirnya dapat mengosongkan halangan, paip memercikkan najis ke seluruh muka saya. Gas serta merta menyembur keluar dengan pantas, maka kami dengan cepat menyambungkan paip ke dapur. Api setinggi lebih 30-cm menjulang di atas dapur metana kami."

Semasa satu lagi wawancara pada tahun in 2003, Xi merumuskan sejauh mana pengalaman di Liangjiahe telah mempengaruhi beliau: "Saya dapat melihat kekuatan rakyat dan asas kehidupan mereka. Ketika itulah saya benar-benar mula memahami rakyat dan masyarakat."

Sepanjang tempoh kerjaya politik beliau di kawasan yang berbeza di China, Xi mengekalkan dan mengukuhkan hubungan beliau bersama rakyat dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka. Setelah menjadi pemimpin di peringkat negara, beliau menyeru seluruh Parti dan negara untuk berusaha bersama-sama demi China yang lebih baik.

"Memenuhi keinginan rakyat untuk mencapai kehidupan yang bahagia menjadi misi kami," kata Xi apabila bertemu rakan media selepas dipilih sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC pada November 2012.

Beliau memperkenalkan konsep impian Cina dua minggu kemudian apabila menghadiri sebuah pameran yang bertema "The Road Toward Renewal" ("Jalan Menuju Pembaharuan"). Beliau berkata bahawa mencapai nafas baharu yang hebat bagi negara China merupakan impian terbesar negara ini dalam era moden.

Pada Jun 2019, kepimpinan Parti melancarkan kempen pendidikan seluruh negara dalam kalangan 90 juta ahli CPC, menggesa mereka agar tetap berpegang pada aspirasi asal dan misi asas Parti berkenaan iaitu bagi meraih kebahagian buat rakyat Cina dan memberi nafas baharu untuk bangsa Cina.

Generasi-generasi baharu menyertai misi ini

Hari ini, semakin ramai anak muda Cina menyertai misi ini untuk mencipta masa depan yang lebih baik buat negara dan rakyatnya.

Pengulas hal ehwal semasa Einar Tangen berkata golongan muda Cina sudah bangkit dan ingin memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan negara ini.

"Saya rasa ramai orang muda telahpun bangkit dan berkata, 'Dengar sini, sekiranya China ingin mara ke hadapan, China akan memerlukan yang terbaik daripada generasi kita dan saya ingin menjadi sebahagian daripadanya,'" ujar Tangen kepada CGTN dalam satu temu bual baru-baru ini.

"Begitu banyak kejayaan ekonomi telah dicapai sejak 40 tahun yang lalu. Mereka berbangga dengan sejauh mana kemajuan yang dicapai oleh China," tambah beliau.

"Kami sebagai generasi muda memegang tanggungjawab terhadap peredaran zaman," kata Zhu Yuhuilan, seorang mahasiswa di Peking University. "Kami akan menerima tanggungjawab kami dan meraih pencapaian."

Ketika generasi muda menumpukan perhatian mereka terhadap matlamat yang bercita-cita tinggi, China boleh menyahut pelbagai cabaran sepanjang perjalanannya dengan lebih yakin – sama ada berkaitan pembasmian kemiskinan, perjuangan memerangi COVID-19 atau transformasi model pertumbuhannya.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-12/What-is-behind-young-Chinese-people-s-lofty-ambitions--110NIEcv2ow/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service