omniture

Tinjauan FICO: 81% Rakyat Malaysia Tidak Berpuas Hati dengan Tawaran Kredit Generik Bank Mereka

FICO
2021-06-17 08:00 27

34 peratus daripadanya bersedia menawarkan lebih banyak maklumat kewangan untuk kadar faedah yang lebih baik atau yuran yang lebih rendah

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Jun 2021 /PRNewswire/ --

APAC banking customers are very receptive to personalized credit offers.
APAC banking customers are very receptive to personalized credit offers.

Sorotan:

  • 81 peratus pengguna Malaysia tidak berpuas hati dengan tawaran kredit generik daripada bank mereka
  • 68 peratus rakyat Malaysia menunjukkan reaksi positif terhadap tawaran yang mengambil kira keadaan mereka
  • 34 peratus rakyat Malaysia sangat bersedia untuk menawarkan lebih banyak maklumat kewangan bagi kadar faedah yang lebih baik atau yuran yang lebih rendah

Tinjauan baru-baru ini oleh firma perisian analitik global FICO, telah mendedahkan bahawa 81 peratus pengguna Malaysia tidak berpuas hati dengan tawaran kredit generik daripada bank mereka. Tinjauan ini menunjukkan keperluan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian pembiayaan generik, dengan responden di seluruh rantau ini tidak menunjukkan minat terhadap tawaran standard.

Maklumat lanjut di: https://www.fico.com/en/latest-thinking/market-research/advancing-new-experiences-digital-banking

Terdapat ketidakpuasan hati oleh para pengguna di Asia Pasifik tentang pengalaman mendapatkan produk baharu. 34 peratus mengatakan bahawa mereka tidak ditawarkan dengan sebarang insentif menarik (kadar yang lebih baik, hadiah), 31 peratus mengatakan bahawa bank gagal menawarkan kepada mereka produk yang lebih baik dengan apa yang mereka pohon, manakala 28 peratus mengatakan bahawa bank gagal menawarkan sebarang produk tambahan yang mereka gemari. (rajah 33)

Sebaliknya, apabila bank membuat tawaran yang diperibadikan, terdapat reaksi yang positif dan menggalakkan. 68 peratus pengguna Malaysia menunjukkan reaksi positif terhadap tawaran yang mengambil kira situasi mereka.

"Memanfaatkan sebahagian besar daripada faktor kewangan pelanggan memerlukan pembaharuan terhadap keseluruhan proses peminjaman digital, terutamanya dalam konteks personalisasi," kata Aashish Sharma, Pengarah Kanan FICO dalam penyelesaian pengurusan keputusan di Asia Pasifik. "Responden yang ditinjau tetap tidak berminat dengan bank yang tidak mengenali mereka atau bank yang tidak dapat meramalkan apa yang mungkin mereka perlukan. Syarikat-syarikat media sosial telah mengusahakan cara meletakkan iklan di hadapan penonton sasaran yang menghasilkan penglibatan dan penyertaan yang hebat. Bank perlu belajar untuk melakukan perkara yang sama supaya pelanggan mereka lebih terdedah kepada produk dan perkhidmatan tambahan."

Pengguna bersedia dengan inovasi harga

Bank boleh meningkatkan hubungan mereka bersama pelanggan dan membina kesetiaan melalui penawaran kadar faedah yang lebih baik atau menurunkan yuran sebagai balasan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat kewangan. Kebanyakan bank di Malaysia tidak mempunyai strategi penetapan harga yang komprehensif yang selaras dengan seluruh strategi perniagaan organisasi, namun pelanggan sangat berminat terhadap bank yang memberikan tawaran yang mempertimbangkan hubungan pelanggan secara menyeluruh.

Tinjauan ini menunjukkan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia sangat bersedia untuk menawarkan lebih banyak maklumat kewangan bagi mendapatkan harga yang diingini, manakala satu daripada dua rakyat Malaysia agak bersedia untuk berbuat demikian.

"Pengguna telah terbiasa dengan strategi harga inovatif daripada syarikat penerbangan, perkhidmatan pengangkutan berkongsi dan syarikat insurans, namun bank masih ketinggalan," kata Sharma. "Terdapat peluang yang nyata bagi sektor perbankan untuk melangkaui penetapan harga produk tunggal dan terlibat dalam peningkatan jualan silang serta penembusan produk. Bank mungkin mengelakkan ini berikutan kos tinggi yang ditanggung oleh pelanggan untuk beralih kepada pesaing, tetapi dengan peningkatan persaingan dan trend kawal selia perbankan terbuka, kami berpendapat bahawa ini akan berubah dengan pantas dalam tempoh tiga tahun akan datang."

Harapan masa nyata yang sedang berkembang

Selain tawaran yang diperibadikan dan inovasi harga, tinjauan FICO turut menunjukkan bahawa terdapat desakan untuk menjadikan dana tersedia dengan pantas. Pengalaman transaksi masa nyata pada platform lain telah mendorong harapan untuk memperoleh komitmen yang sama daripada para pemberi pinjaman.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang ditinjau (48%) mengharapkan akses kepada dana pinjaman dalam masa seminggu, manakala 25 peratus inginkan akses dalam masa sehari dan 20 peratus dalam masa sejam.

"Dapatan ini semakin bertepatan dengan paradigma personalisasi yang sedang berkembang yang memerlukan bank untuk memikirkan tentang perjalanan pelanggan secara menyeluruh," tambah Sharma. "Platform FICO membantu bank mencapai projek transformasi digital yang berjaya dengan menghapuskan silo dan menyediakan penyelesaian tepat yang hebat seperti FICO Strategy Director, FICO Xpress Optimization dan FICO Origination Manager.

"Pemberi pinjaman menyedari bahawa untuk bersaing dengan berkesan dalam persekitaran pembiayaan runcit hari ini, kepantasan ke pasaran dan ciri-ciri harga semata-mata mungkin tidak mencukupi dan nilai tambah terbesar tertumpu pada produk yang khusus dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan tertentu pelanggan."

Tinjauan Advancing New Experiences in Digital Banking (Kemajuan Pengalaman Baharu dalam Perbankan Digital) FICO telah dijalankan pada bulan Disember 2020 yang lalu menggunakan tinjauan dalam talian, secara kuantitatif terhadap 5,000 orang pengguna di seluruh sepuluh buah negara dan wilayah yang dilaksanakan bagi pihak FICO oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas. Negara-negara dan wilayah yang ditinjau ialah Australia, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Tentang FICO

FICO (NYSE: FICO) memperkasakan keputusan yang membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia menjadi maju. Ditubuhkan pada tahun 1956 dan berpangkalan di Silicon Valley, syarikat ini merupakan pelopor dalam penggunaan analisis ramalan dan sains data bagi meningkatkan keputusan operasi. FICO memegang lebih 195 paten AS dan antarabangsa dalam teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan dalam perkhidmatan kewangan, pembuatan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, peruncitan dan banyak industri lain. Dengan menggunakan penyelesaian FICO, perniagaan di lebih 120 buah negara melakukan segalanya bermula daripada melindungi 2.6 bilion kad pembayaran daripada penipuan, kepada membantu orang ramai mendapatkan kredit hingga memastikan jutaan kapal terbang dan kereta sewa berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Ketahui lebih lanjut di www.fico.com.

Sertai perbualan di Twitter di @FICOnews_APAC.

FICO ialah tanda dagangan berdaftar Fair Isaac Corporation di AS dan negara-negara lain

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1533515/fico_infographic_personalised_credit_final.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/450763/FICO_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: FICO
Related Stocks:
NYSE:FICO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research Financial Technology