omniture

Cardhu Mengibarkan Bendera bagi Meraikan Pembaharuan

Diageo
2021-06-17 18:29 105

Rumah Johnnie Walker di Speyside dibuka lebih awal daripada pelancaran Johnnie Walker di Jalan Princes di Edinburgh sebagai sebahagian daripada pelaburan Diageo yang bernilai £185 juta

LONDON, 17 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Diageo meneruskan komitmennya terhadap pelancongan wiski di Scotland dengan pembukaan Kilang Arak Cardhu yang diberikan nafas baharu di Speyside. Sekarang semua usaha adalah tertumpu kepada pengalaman wiski Johnnie Walker di Jalan Princes di Edinburgh - iaitu pusat tarikan yang merupakan wawasan syarikat bagi pelancongan wiski di Scotland - yang akan dilancarkan pada musim panas ini.

 

Cardhu Distillery, the Speyside home of Johnnie Walker.
Cardhu Distillery, the Speyside home of Johnnie Walker.

 

Bendera khas yang digunakan oleh Helen Cumming dari keluarga pengasas Cardhu – salah seorang perintis wanita terkenal dalam minuman wiski - untuk memberi amaran kepada kilang arak haram tentang kedatangan 'pengutip cukai' pada tahun 1800an kini berkibar dengan bangganya di atas kilang arak tersebut sekali lagi.

Ini merupakan langkah terkini bagi seluruh kilang arak 'empat wilayah' Johnnie Walker di Tanah Rendah di Glenkinchie dan Tanah Tinggi di Clynelish yang membuka pintu mereka kepada orang ramai setelah diubah menjadi destinasi pelancongan terkemuka di dunia.

Pengalaman pelawat yang baharu ini meraikan sejarah dan legasi 200 tahun kilang arak ini sebagai bahagian penting dalam kisah Johnnie Walker yang telah dijual oleh keluarga Cummings kepada Johnnie Walker and Sons pada tahun 1893 dan menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan Johnnie Walker untuk dekad-dekad yang akan datang. Ruang yang canggih ini merangkumi pengalaman penceritaan yang mendalam dan direka semula dengan bilik cerita penayangan, dapur untuk merasa wiski dan lawatan pengalaman wiski yang telah dikemas kini.

Cristina Diezhandino, Ketua Pegawai Pemasaran Diageo berkata: "Kami gembira kerana dapat mengibarkan bendera di Cardhu sebagai menandakan pembukaan pengalaman kepada pengunjung baharu seperti yang dilakukan oleh perintis kilang arak kami, Helen Cumming pada dua abad yang lalu. Apabila Helen menaikkan bendera beliau, ia adalah sebagai amaran kepada jiran-jiran dan komuniti tempatan beliau tetapi hari ini kami menaikkan bendera sebagai simbol keyakinan dan cita-cita untuk masa depan wiski Scotch serta pelancongan di Speyside dan seluruh Scotland.

"Cardhu merupakan wiski yang istimewa, sebuah kilang arak istimewa dengan sejarah dan warisan istimewa serta pelaburan yang kami buat ini mencipta pengalaman yang menarik dan menyeronokkan yang akan mengejutkan dan menggembirakan para pengunjung sama ada mereka dari kalangan pelancong tempatan di UK atau pelancong dari seluruh dunia apabila mereka boleh melancong semula nanti."

Cardhu ialah pengalaman kilang arak 'Empat Wilayah' Johnnie Walker yang ketiga - yang merupakan kilang arak malt tunggal mewakili empat wilayah pembuatan wiski di Scotland dan menyumbang kepada pembuatan wiski Scotch nombor satu di dunia - untuk ditransformasikan sebagai sebahagian daripada pelaburan Diageo dalam wiski Scotch. Setelah pelancaran Johnnie Walker di Jalan Princes pada musim panas ini, Kilang Arak Caol di Islay pula akan dibuka semula pada tahun 2022 selepas diberikan nafas baharu bagi melengkapkan kisah 'empat wilayah'. Yang terkini, kilang arak "berhantu" yang ikonik di Brora juga telah dibangunkan semula selepas 38 tahun dan mengeluarkan wiski sekali lagi sebagai sebahagian daripada pelaburan Diageo. 

Ewan Andrew, Presiden Rangkaian Bekalan dan Perolehan Global berkata: "Cardhu merupakan usaha terbaru dalam perjalanan pelaburan kami berjumlah £185 juta untuk mengubah pelancongan wiski Scotch dan mewujudkan pengalaman pengunjung bertaraf dunia di kilang arak kami dan di Johnnie Walker Jalan Princes apabila dibuka kelak pada musim panas ini.

"Semua orang yang terlibat dalam projek ini amat berbangga dengan tarikan pengunjung yang kami cipta dan  sumbangan yang akan ia berikan kepada pemulihan ekonomi Scotland. Ini bukan hanya merupakan pelaburan dalam pelancongan wiski Scotch tetapi juga pelaburan dalam pertumbuhan masa depan wiski Scotch dengan melibatkan generasi baharu peminum wiski di rumah dan di seluruh dunia."

Di Cardhu, para pengunjung akan dijemput untuk meneroka kisah Cardhu yang menakjubkan di bilik cerita baharu di kilang jenama itu di mana para tetamu boleh menonton animasi mengasyikkan yang diterbitkan oleh studio produksi Scotland, Eyebolls yang menceritakan semula tentang asal usul wiski. Filem yang ditayangkan itu menceritakan kisah permulaan kilang arak itu dan kisah Helen mengibarkan bendera merah yang kini menjadi ikonik, untuk memberi amaran kepada rakan pekilang arak tentang kedatangan pengutip cukai yang menjadi salah satu cerita paling terkenal dalam sejarah minuman wiski.

Para tetamu juga akan dapat meneroka proses penyulingan dan pematangan wiski Cardhu yang istimewa, dilimpahi dengan rasa buah-buahan dusun dan aroma rumput yang baru dipotong sebagai sebahagian daripada pilihan lawatan dan pengalaman interaktif yang dikemas kini serta menikmati minuman 'dram' atau 'highball' yang lazat di Dapur Merasa moden yang baharu di kilang itu.

Pada peringkat awalnya Kilang Arak Cardhu akan menyambut kedatangan para pengunjung UK mengikut garis panduan keselamatan terkini dan berharap untuk menjadi tuan rumah kepada pelancong antarabangsa apabila pelancongan dianggap selamat untuk dilakukan oleh kerajaan Scotland.

Diageo telah bekerjasama erat dengan Euan's Guide, sebuah Badan Amal Scotland yang berusaha untuk meningkatkan akses di semua tarikan pengunjung untuk menjadikan jenama ini lebih mudah diakses oleh para pengunjung. Diageo juga telah memperkenalkan langkah-langkah kelestarian baharu sebagai sebahagian daripada pembangunan semulanya untuk membantu mendorong pelan tindakan Masyarakat 2030: Semangat Kemajuan yang bercita-cita besar seperti mengurangkan pencemaran cahaya secara keseluruhan, memulihara air dengan sistem pelaksanaan landskap dan tapak serta melindungi debunga dan hidupan liar tempatan melalui program perlindungan biodiversiti yang baharu.

Baru-baru ini kilang Johnnie Walker di Tanah Rendah dan Tanah Tinggi di Glenkinchie dan Clynelish telah menerima anugerah Emas Pelancongan Hijau yang paling berprestij di Scotland dan Cardhu akan dibuka sebagai tapak Emas Pelancongan Hijau yang diiktiraf. Program pensijilan Pelancongan Hijau menyediakan rangka kerja untuk mencapai perniagaan pelancongan yang lestari dan mengiktiraf komitmen perniagaan yang berusaha secara aktif untuk menjadi lebih lestari. Anugerah ini mengiktiraf kelayakan operasi hijau setiap kilang arak secara menyeluruh - daripada penghantaran sifar sisa ke tanah timbus hinggalah kepada kelestarian proses penyulingannya serta standard kecekapan air dan pengawasan yang tinggi.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menempah lawatan di Cardhu Distillery, sila layari https://www.malts.com/en-row/distilleries

Butiran lengkap tentang kilang arak dan pembangunan semula Johnnie Walker di Jalan Princes boleh didapati di dalam pek akhbar yang boleh dimuat turun ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1534862/cardhu_distillery.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1534863/cardhu_distillery.jpg?p=medium600

 

Cardhu Distillery, the Speyside home of Johnnie Walker.
Cardhu Distillery, the Speyside home of Johnnie Walker.

 

 

Source: Diageo
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Travel New products/services