omniture

IMA Keluarkan Laporan Baharu mengenai Peranan Ketangkasan dalam Fungsi Kewangan

Institute of Management Accountants (IMA)
2021-06-22 02:24 155

"Pendekatan Tangkas terhadap Transformasi Kewangan" menunjukkan bagaimana pasukan kewangan boleh mendapat manfaat daripada aplikasi tangkas dan skrum

SINGAPURA, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants) hari ini mengeluarkan Kenyataan mengenai Perakaunan Pengurusan (SMA) baharu, "An Agile Approach to Finance Transformation," ("Pendekatan Tangkas terhadap Transformasi Kewangan") yang meninjau bagaimana fungsi kewangan boleh mendapat manfaat dengan menerima pakai pendekatan tangkas menuju transformasi.

IMA (Institute of Management Accountants)
IMA (Institute of Management Accountants)

 

Pasukan kewangan di seluruh dunia memajukan perjalanan transformasi mereka daripada penyelengaraan data hinggalah penciptaan nilai dan sokongan keputusan, lalu mewujudkan keperluan terhadap fungsi kewangan yang tangkas. Ketangkasan menawarkan laluan kepada pasukan kewangan menuju transformasi mampan, penambahbaikan berterusan dan penyelesaian disesuaikan.

"Petunjuk fungsi kewangan akan mendapat manfaat daripada membenamkan dan memanfaatkan ketangkasan tatkala mereka mengalami transfromasi, dengan matlamat utama untuk menjadi fungsi kewangan yang tangkas," kata Loreal Jiles, pengarah penyelidikan – teknologi digital dan transformasi kewangan di IMA dan penulis laporan tersebut. "Kebolehjayaan jangka panjang fungsi kewangan bergantung pada sejauh mana ketangkasan diterapkan dalam budayanya."

SMA meneroka peranan ketangkasan dalam fungsi kewangan hari ini dan menunjukkan bagaimana jabatan dan organisasi kewangan boleh mendapat manfaat dengan menerima ciri-ciri tangkas. Ini termasuk keadaan penggunaan kewangan dan perakaunan bagi menunjukkan penyampaian nilai melalui aplikasi tangkas (kitaran hayat pembangunan perisian) dan skrum (kerangka penyerahan projek yang rumit).

"Memanfaatkan fungsi tangkas dan skrum untuk menakrifkan semula pendekatan terhadap aktiviti-aktiviti teras seperti perancangan dan analisis kewangan, audit dalaman dan penutupan kewangan dapat meletakkan akauntan pengurusan di kedudukan yang dapat menyokong jumlah inisiatif transformasi yang unggul yang dimulakan oleh organisasi-organisasi hari ini dengan lebih baik," tambah Jiles.

Laporan tersebut merupakan salah satu daripada banyak sumber yang dimiliki oleh IMA berhubung fungsi tangkas dan skrum, termasuk "Agile and Scrum 101," kursus dalam talian yang menjelaskan mengenai metodologi dan dua kursus dalam talian tambahan yang akan dilancarkan lewat bulan ini.

Untuk membaca laporan penuh, kunjungi https://www.imanet.org/insights-and-trends/the-future-of-management-accounting/an-agile-approach-to-finance-transformation?ssopc=1.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA® ialah salah sebuah persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan sebagai Badan Profesional Tahunan sebanyak dua kali oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan kira-kira 140,000 ahli dalam 150 negara dan 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut mengenai IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

HUBUNGI:

Sunantha Huang
IMA Asia Tenggara & Australasia
(65) 64933113
sunantha.huang@imanet.org 

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Accounting news, issues Survey, Polls & Research