omniture

Hari Bapa: Xi jadikan bapa sebagai suri teladan dalam kehidupan, kerja dan pemerintahan

CCTV+
2021-06-22 02:44 107

BEIJING, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Contoh yang baik ialah tunjuk ajar yang terbaik. Bagi Presiden Cina Presiden Xi Jinping, kata-kata dan perbuatan bapa beliau Xi Zhongxun merupakan pusaka turun temurun keluarga yang hebat yang banyak mempengaruhi pandangan Xi mengenai kehidupan, kerja dan pemerintahan, memberi inspirasi kepada beliau untuk menghormati kewajipan beliau terhadap negara dan rakyat dengan bersungguh-sungguh.

Selama bertahun-tahun, Xi Zhongxun mendidik tiga orang anak lelaki beliau mengenai pengajaran penting: mengekalkan hubungan erat bersama rakyat; meletakkan kepentingan terhadap kajian dan penyelidikan; dan mengamalkan sikap berjimat cermat dan bekerja keras.

File photo of Xi Zhongxun (R) with his sons Xi Jinping and Xi Yuanping.
File photo of Xi Zhongxun (R) with his sons Xi Jinping and Xi Yuanping.

Xi Jinping mentafsirkan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan mengekalkan hubungan erat bersama rakyat.

Dalam satu musim panas, Xi Zhongxun melawat 21 wilayah dalam keadaan panas terik untuk membiasakan diri beliau dengan keadaan setempat. Xi Jinping, ketika itu merupakan seorang mahasiswa di Tsinghua University, melawat wilayah berkenaan bersama bapa beliau untuk mengambil bahagian dalam aktiviti amalan sosial. Beliau dipengaruhi oleh pendekatan kerja bapa beliau yang bersifat realistik.

Xi Zhongxun (C) visits rural Huiyang, south China's Guangdong Province, August 1978.
Xi Zhongxun (C) visits rural Huiyang, south China's Guangdong Province, August 1978.

 

File photo of Xi Zhongxun (R) talking to people in Guangdong Province, China.
File photo of Xi Zhongxun (R) talking to people in Guangdong Province, China.

Pada 3 November 2020, cadangan untuk merangka Rancangan Lima-Tahun ke-14 diterbitkan. Bagi tujuan ini, Xi Jinping berkunjung ke Jilin dan tempat-tempat lain secara berturut-turut untuk melakukan penyiasatan dan mempengerusikan lebih tujuh simposium. Beliau berkata "tanpa penyiasatan, tidak akan ada hak untuk bersuara, apatah lagi membuat keputusan."

Perkara lain yang dipelajari oleh Xi Jinping daripada bapa beliau ialah sikap berjimat cermat dan bekerja keras.

Xi Jinping pernah mengimbau kembali zaman kanak-kanak beliau dan berkata pakaian lama beliau ditampal dan bukannya dibuang dan beliau serta adik lelaki beliau pernah memakai pakaian dan kasut yang diturunkan daripada kakak-kakak mereka.

File photo of Xi Jinping (R, rear) with his father Xi Zhongxun (R, front), his wife Peng Liyuan (L, front) and his daughter (C, front).
File photo of Xi Jinping (R, rear) with his father Xi Zhongxun (R, front), his wife Peng Liyuan (L, front) and his daughter (C, front).

Semasa melakukan lawatan pemeriksaan, Xi memilih untuk bermalam dalam kereta api beberapa kali bagi mengurangkan beban perbelanjaan untuk pihak berkuasa tempatan. Bagi perjalanan ke luar negara pula, beliau berkata tempat menginap tidak seharusnya mewah.

Xi berkata semangat bekerja keras harus dipertahankan walaukan keadaan hidup telah bertambah baik dengan banyaknya pada masa kini. Beliau menyeru semua rakyat Cina untuk mewariskan harta iaitu sikap agar tetap berjimat cermat dan menjauhkan diri daripada sifat boros.

 

Source: CCTV+
Keywords: Publishing/Information Service