omniture

Ryan Ding Huawei: Inovasi Berterusan Menerangi Masa Depan Setiap Industri

Huawei
2021-07-01 03:14 137

SHENZHEN, China1 July 2021 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya MWC Barcelona 2021, Pengarah Eksekutif Huawei dan Presiden Carrier BG Ryan Ding menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk Innovation: Lighting up the Future (Inovasi: Menerangi Masa Depan). Dalam ucapan dasar beliau, Ding berkata bahawa inovasi dalam ICT menjadi pemacu utama ekonomi global dan nilainya melangkaui lebih daripada sekadar industri telekomunikasi. Inovasi berterusan dalam 5G khususnya, akan membawa lebih nilai kepada pengendali, industri ICT dan ekonomi global serta akan menerangi masa depan setiap industri.

Ryan Ding menyampaikan ucapan dasar
Ryan Ding menyampaikan ucapan dasar

Lebih daripada telekomunikasi: Inovasi dalam industri ICT menjadi pemacu ekonomi utama 

Pandemik ini, menurut Ding, telah mewujudkan kebiasaan baharu yang mana ekonomi digital menjadi daya penggerak untuk ekonomi global. Infrastruktur ICT, sebagai asas bagi ekonomi digital memainkan peranan yang semakin penting. Ding menyebut bahawa nilai ICT kini melangkaui industri telekomunikasi dan mempunyai implikasi transformatif untuk ekonomi global secara keseluruhan.

Di negara-negara dengan 5G yang membangun dengan lebih pantas, operator menyaksikan pertumbuhan pendapatan yang lebih cepat dan negara-negara ini juga cenderung mempunyai infrastruktur digital yang lebih baik secara keseluruhan. Mengambil China sebagai contoh, dalam tempoh kurang daripada 18 bulan, lebih daripada 820,000 stesen utama 5G telah diaturkan dan operator Cina mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 6.5% dan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 5.6% dalam suku pertama tahun ini. Pembangunan pesat infrastruktur digital yang dipacu oleh 5G akan menambah EUR1.9 trilion kepada ekonomi Cina dalam tempoh lima tahun akan datang. Kisah yang sama turut berlaku di Korea Selatan dan Eropah.

Lebih daripada ketersambungan: inovasi 5G mendayakan kejayaan perniagaan pengendali

Memandangkan infrastruktur ICT merupakan asas bagi ekonomi digital dalam era 5G, pengendali memainkan peranan yang lebih penting berbanding apa yang mereka lakukan sebelum ini.

Ding berkata, "Ketika ini, matlamat utama pengendali dalam 5G adalah untuk mencapai kejayaan perniagaan dalam tiga pasaran utama iaitu pengguna, kediaman dan industri melalui inovasi dalam penggunaan rangkaian, pembangunan pasaran dan pengoptimuman operasi."

"Dalam pasaran pengguna, 5G bukan sekadar bererti kelajuan yang lebih pantas; ia juga membawa pengalaman baharu serta nilai yang baharu. Sesetengah pengendali telahpun mencapai kejayaan perniagaan awal."

Menurut Ding, terdapat tiga langkah yang boleh diambil oleh pengendali untuk berjaya dalam pasaran 5GtoC. Langkah pertama adalah untuk mempercepatkan penggunaan 5G dengan perancangan serta pelaburan rangkaian yang disasarkan berdasarkan pandangan yang tepat mengenai kawasan bernilai tinggi, senario utama dan pengguna berpotensi. Langkah kedua adalah untuk mempercepatkan penghijrahan pengguna 5G dan langkah ketiga adalah untuk mencipta model harga berpandukan nilai dan fleksibel.

Hari ini, 5G telah diaplikasikan dalam lebih 1,000 projek dalam lebih daripada 20 industri termasuk keluli dan perlombongan, yang mendayakan pengeluaran yang lebih selamat dan lebih cekap. Pengendali Cina telah mencapai kemajuan besar dan memasuki fasa untuk meraih kejayaan awal dan mereplikasikannya secara besar-besaran.

"Kami telah belajar daripada pengalaman pengendali Cina bahawa kejayaan 5GtoB bergantung kepada tiga faktor," kata Ding. "Pertama, memilih industri yang tepat. Operator harus memilih industri sasaran dengan melihat kepada empat faktor: permintaan, kemampuan, kebolehulangan dan kebolehlaksanaan teknikal. Kedua, menakrifkan skop penawaran anda. Operator boleh bertindak sebagai penyedia rangkaian yang menawarkan perkhidmatan ketersambungan. Mereka juga boleh bertindak sebagai penyedia perkhidmatan awan, ataupun penyepadu sistem yang menyediakan perkhidmatan integrasi hujung-ke-hujung. Peranan yang berbeza memerlukan set kemahiran berbeza dan menghasilkan nilai perniagaan yang berbeza. Ketiga, mereka bentuk model perniagaan yang inovatif. Ini merupakan kunci untuk mereplikasi kejayaan 5GtoB secara meluas."

Semasa berlakunya pandemik, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk jalur lebar rumah dan hal ini telah mengetengahkan kelebihan 5G FWA yang mendayakan penggunaan pesat dan O&M tanpa sentuh. Operator Timur Tengah telah mencapai kejayaan komersial yang luar biasa dengan mengambil FWA sebagai keadaan penggunaan penting 5G.

Lebih daripada perniagaan: Huawei terus berinovasi untuk mendorong kemampanan seluruh industri 

 "Kejayaan 5G terlebih dahulu memerlukan rangkaian 5G yang memberi pengalaman pengguna terbaik dan ini dapat membimbing dari segi bagaimana kami berinovasi di Huawei," kata Ding. Huawei telah melancarkan MIMO Besar-besaran yang paling ringan dan paling berkuasa dalam industri ini yang menggunakan tenaga yang sedikit. Ia dapat dibawa dan dipasang hanya oleh satu orang sahaja yang dapat mempercepatkan penggunaan rangkaian. Dengan Sambung-Silang Optik (OXC) Huawei, satu sub-rak boleh menggantikan sembilan kabinet yang biasa diperlukan. Ia mempunyai kapasiti empat kali ganda lebih besar, tetapi menggunakan 95% kurang kuasa. Penyelesaian 5G Super Uplink Huawei menggabungkan kelebihan 2.1 GHz dan 3.5 GHz untuk meningkatkan kapasiti paut naik dan liputan dalaman. Penyelesaian ini menyediakan kadar paut naik puncak lebih 450 Mbit/s, lalu membolehkan ratusan pengguna untuk menyiarkan secara langsung Maraton Xiamen dalam 4K pada bulan April menggunakan telefon pintar 5G mereka.

Bagi menyokong model pembangunan mesra alam dan keneutralan karbon, menurut Ding, Huawei terus berinovasi pada tiga peringkat: peralatan, tapak dan rangkaian. Pada peringkat peralatan, Huawei menggunakan komponen dengan kecekapan kuasa yang lebih tinggi untuk menjadikan platform perkakasan lebih cekap tenaga. Pada peringkat tapak pula, penyelesaian tapak Huawei yang dipermudah membantu operator mengurangkan penggunaan tenaga serta menjimatkan tenaga elektrik dan sewa. Pada peringkat rangkaian, Huawei melancarkan penyelesaian penjimatan kuasa berbilang jalur dan berbilang RAT. Penyelesaian ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga dalam rangkaian tanpa wayar tanpa menjejaskan prestasi rangkaian. Dengan penyelesaian yang inovatif daripada Huawei, peralatan 5G yang berfungsi dalam jalur rendah dan tinggi dapat berkongsi kabinet dan hasilnya, sedikit tenaga digunakan. Apabila melibatkan penjimatan kuasa peralatan berbilang jalur, matlamat Huawei adalah untuk menjadikan 'satu tambah satu bersamaan dengan kurang daripada satu' (penambahan peralatan dapat memberi penjimatan kuasa).

Berkolaborasi untuk mencipta ekosistem dan memajukan 5G demi masa depan yang lebih baik

Menyimpulkan ucapan dasar beliau, Ding menegaskan bahawa pembangunan 5G memerlukan inovasi yang berterusan. Dalam 5GtoB, umpamanya, standard 5G perlu diselaraskan dengan standard industri pada kadar yang lebih pantas dan 5G harus disepadukan ke dalam proses pengeluaran teras perusahaan bagi membantunya menuju digital dan pintar. Dalam masa yang sama, sinergi antara 5G, awan dan pengkomputeran akan memperluaskan lagi sempadan perniagaan operator, lalu mewujudkan ruang untuk mencapai pertumbuhan baharu. Inovasi 5G merupakan satu proses yang berterusan. Huawei percaya bahawa inovasi akan menerangi masa depan.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news