omniture

CGTN: Bagaimana ahli-ahli Parti Komunis China tafsirkan rahsia kejayaan Parti

CGTN
2021-07-01 04:24 496

BEIJING, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ -- "Selagi saya masih bernyawa, saya akan terus berdiri di atas podium ini dan memberi apa sahaja yang saya ada kepada pelajar-pelajar saya. Saya tidak akan menyesal," kata Zhang Guimei yang menyertai Parti Komunis China (CPC) pada tahun 1998 dan telah menumpukan seluruh kerjaya beliau dengan memberi pendidikan percuma kepada kanak-kanak perempuan di kawasan luar bandar yang terpencil di Wilayah Yunnan, barat daya China.

Beliau membuat kenyataan tersebut pada hari Selasa bagi pihak penerima anugerah Pingat 1 Julai, iaitu penghormatan tertinggi dalam Parti tersebut, di Dewan Besar Rakyat di Beijing.

Ketika dunia meneroka teori-teori akademik yang dapat menjelaskan mengenai kejayaan jangka panjang CPC, satu jawapan diberikan oleh ahli-ahlinya.

Aspirasi asal CPC tidak berubah 

"Penerima-penerima merupakan wira biasa yang memenuhi kewajipan mereka dan memberi sumbangan secara senyap," kata Presiden Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat apabila menyampaikan ucapan di upacara penganugerahan Pingat 1 Julai.

Penerima-penerima Pingat 1 Julai merangkumkan prinsip asas Komunis Cina, iaitu meletakkan rakyat sebagai keutamaan tertinggi di hati mereka dan berkhidmat sepenuh hati kepada rakyat, tambah beliau.

Sejak penubuhannya seabad yang lalu, CPC sentiasa berpegang kepada misi penubuhannya iaitu untuk mencari kebahagiaan demi rakyat dan rejuvenasi untuk bangsa Cina dan ini telah diamalkan dengan teguh oleh ahli-ahlinya.

Kisah-kisah ahli-ahli Parti yang luar biasa sebagai penerima anugerah Pingat 1 Julai menerangkan dengan jelas agar berpegang teguh kepada aspirasi asal dan misi penubuhan Parti dan lebih banyak contoh berhubung hal ini dapat ditemui dengan mudah dalam pembangunan China di bawah kepimpinan CPC.

Dalam perjuangan China memerangi wabak COVID-19, lebih daripada 39 juta ahli CPC memerangi virus tersebut di barisan hadapan dan lebih daripada 13 juta ahli menawarkan khidmat mereka secara sukarela. Hampir 400 ahli CPC telah mempertahankan nyawa dan keselamatan orang lain dengan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.

Dalam kempen pembasmian kemiskinan China, dari tahun 2013 hingga 2020, lebih daripada 3 juta ahli Parti dipilih dan dihantar sebagai setiausaha Parti pertama dan ahli pasukan kerja penduduk bagi melaksanakan projek-projek yang disasarkan di seluruh negara.

Melalui usaha yang berterusan, 98.99 juta penduduk luar bandar miskin selebihnya kesemuanya telah dibebaskan daripada belenggu kemiskinan menjelang penghujung tahun 2020.

Generasi-generasi ahli-ahli CPC telah gigih berjuang demi kemerdekaan dan pembebasan negara, demi kesejahteraan dan kekuatan negara serta demi kebahagiaan rakyat, kata Xi.

Komitmen politik CPC: Rakyat diutamakan 

Tahun 2021 melambangkan ulang tahun keseratus penubuhan CPC dan sepanjang tahun-tahun tersebut, CPC kekal komited terhadap falsafah pembangunan bertumpukan rakyat dan berkhidmat kepada rakyat merupakan misi utama Parti ini apabila ia ditubuhkan pada tahun 1921.

Dalam ucapan beliau di upacara penganugerahan pada hari Selasa, Xi menegaskan bahawa ahli-ahli CPC harus meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu, bekerja untuk berkhidmat kepada rakyat, memenuhi keperluan mereka dan sentiasa erat dengan mereka.

"Rakyat" sentiasa menjadi kata kunci dalam ucapan Xi. "Rakyat merupakan pencipta sejarah; mereka merupakan kekuatan asas yang menentukan Parti kita dan masa depan negara," kata beliau dan pembangunan China sejajar dengan falsafah ini.

Pencapaian makroekonomi China turut diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyatnya. Sehingga tahun 2020, sistem keselamatan sosial telah melindungi lebih daripada 1.3 bilion penduduk.

Sedang China memulakan perjalanan baharu untuk membina sepenuhnya sebuah negara sosialis moden, Xi dalam ucapan beliau menyeru ahli-ahli dan pegawai-pegawai CPC agar melangkah maju dengan berani menuju matlamat seratus tahun kedua serta impian Cina bagi mencapai rejuvenasi negara.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-29/CPC-holds-ceremony-to-honor-outstanding-Party-members--11tUUiGwBOM/index.html 

 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Domestic policy Survey, Polls & Research