omniture

KT SAT sasar Pasaran Eropah dan Afrika dengan Teknologi Hibrid Satelit-5G didemonstrasi di Greece

KT SAT
2021-07-15 09:00 125

- Keputusan demonstrasi 'penghala Hibrid satelit-5g' di Greece akan diumumkan di Satellite Asia 2021-

  •  mengambil bahagian dalam acara dalam talian Satellite Asia 2021 yang diadakan pada 14~26hb, 12 Julai
  •  Demonstrasi teknologi penghantaran Satelit-5G kali pertama di Greece bersama Hellas Sat, penyedia perkhidmatan satelit global
  •  rangkaian satelit dijangka menjadi penyelesaian utama untuk angkut balik bergerak, memerlukan kesinambungan dalam sambungan rangkaian

SEOUL, Korea Selatan, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- KT SAT (www.ktsat.com) mengumumkan pada 14 Julai bahawa ia mengambil bahagian dalam Satellite Asia 2021, salah satu acara komunikasi Satelit yang terbesar di rantau Asia-Pasifik.

KT SAT merancang untuk memperkenalkan teknologi penghantaran penghala hibridnya di acara ini sebagai operator satelit bertaraf global.

Berlangsung mulai 14 hingga 16 Julai 2021, Satellite Asia 2021 yang dirangkumkan dalam 'Asia Tech x Singapore(AT x SG)' akan terus berlangsung secara maya kali ini. 'Asia Tech x Singapore(AT x SG)' ialah acara teknologi khas Asia yang mana teknologi bersilang dengan masyarakat dan ekonomi digital. KT SAT akan membuat pembentangan dengan topik "Masa depan komunikasi Satelit yang dilihat melalui penyelesaian penghala hibrid" pada 15 Julai.

Dalam sesi tersebut, KT SAT akan memperkenalkan pelbagai keadaan penggunaan dan ciri-ciri teknikal teknologi penghantaran penghala Hibrid. Penghala hibrid KT SAT ialah teknologi yang mendayakan komunikasi data yang andal berbanding perkhidmatan 5G asal menerusi protokol dengan menghubungkan rangkaian-rangkaian yang berbeza. Ia dapat menawarkan rangkaian yang lancar melalui satelit walaupun sekiranya berlaku pemutusan rangkaian 5G. Ia boleh diaplikasikan untuk pelbagai bidang seperti mobiliti, Kerajaan dan ketenteraan yang mana rangkaian yang konsisten lebih diutamakan berbanding yang lain.

Tahun lalu, KT SAT memperkenalkan teknologi penghantaran Satelit-5G dalam pameran ini. KT SAT ditonjolkan dengan penghala hibrid yang dibangunkan bersama KT. Tahun ini, KT SAT bersiap sedia untuk kandungan yang dinaik taraf dengan demonstrasi luar negara penghala Hibrid bagi membuktikan bahawa penyelesaian tersebut merupakan satu perkhidmatan global dengan kualiti yang luar biasa.

Demi menjayakan sesi pembentangan ini, KT SAT mengadakan demonstrasi teknologi penghantaran satelit-5G di Greece menggunakan penghala hibrid dan HellasSat-3 dengan HellasSat. Ini merupakan demonstrasi kali pertama penghala Hibrid di luar negara dan keputusan ujiannya akan dibuka kepada orang ramai di Satellite Asia 2021.

Dalam demonstrasi ini, teknologi Perisian KT diaplikasikan kepada penghala hibrid. Teknologi penghantaran hibrid berupaya untuk digunakan sebagai perkhidmatan global dengan ditawarkan sebagai NaaS (Rangkaian-sebagai-satu-Perkhidmatan). Teknologi ini dapat diaplikasikan untuk pelbagai keadaan awan seperti Awan awam, MEC (Pengkomputeran Pinggir Mudah Alih). Ramai peserta daripada pihak kerajaan menunjukkan minat mereka yang tinggi terhadap demonstrasi tersebut, berkongsi pendapat mengenai peranan komunikasi satelit dalam era rangkaian 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif KT SAT Kyung Min D. Song berkata "Ia merupakan peluang untuk menunjukkan kepakaran teknikal KT SAT dalam komunikasi satelit-5G di luar negara dan kami akan terus memajukan komunikasi melalui teknologi inovatif yang baharu."

Ketua Pegawai Eksekutif Hellas Sat Christodoulos Protopapa berkata, "Kami melihat penyelesaian penghala hibrid akan menjadi penyelesaian rangkaian generasi seterusnya yang menyasarkan khususnya Pasaran Eropah dan Afrika daripada demonstrasi ini. Kami berharap agar penghala hibrid dapat diaplikasikan bukan sahaja untuk rangkaian 5G tetapi juga untuk sebarang jenis satelit daripada GEO hinggalah LEO agar ia dapat digunakan dalam pelbagai bidang dalam tempoh terdekat."

Source: KT SAT
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Expansion Trade show news