omniture

China Media Group dan media ASEAN jalin kerjasama untuk tingkatkan pembangunan serantau

CCTV+
2021-07-15 16:52 119

BEIJING, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Rabu, China Media Group (CMG) dan media ASEAN memulakan satu kerjasama yang telahpun terjalin untuk menggalakkan komunikasi bersama di Forum Rakan Kongsi Media ASEAN 2021.

Anggota-anggota bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bersama yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan-rakan kongsi media CMG dan ASEAN dalam era pasca-pandemik dan memupuk kemakmuran serantau yang lebih luas.

Kenyataan Bersama berhubung Pengukuhan Kerjasama Media ASEAN-China
Kenyataan Bersama berhubung Pengukuhan Kerjasama Media ASEAN-China

Forum tersebut dianjurkan oleh CMG. Ia menghimpunkan sekitar 100 tetamu daripada 33 organisasi di China dan 14 negara asing yang menghadiri acara ini sendiri atau secara dalam talian.

Shen Haixiong, Presiden dan Ketua Sidang Pengarang CMG, menyampaikan ucapan alu-aluan. Menyedari bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 hubungan dialog antara China dan ASEAN, Shen berkata bahawa media telah memainkan peranan yang tiada galang ganti dalam menggalakkan kemajuan hubungan China-ASEAN yang mantap dan berkekalan.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CMG dan organisasi-organisasi media dari negara-negara ASEAN terlibat dalam pertukaran dan kerjasama berbilang dimensi serta pelbagai peringkat yang menggalakkan persefahaman dan kepercayaan bersama dengan berkesan antara penduduk kami," kata beliau.

Berdasarkan hubungan yang mantap ini, Shen turut menyatakan hasrat beliau untuk memperdalam kerjasama praktikal antara rakan-rakan kongsi CMG dan ASEAN.

"Kami berharap dapat memanfaatkan pencapaian yang membuahkan hasil ini untuk memperkayakan inti pati kerjasama kami. Kami juga berharap dapat melihat lebih banyak organisasi media dari negara-negara ASEAN menyertai kami untuk menceritakan kisah China, kisah ASEAN dan kisah mengenai pertukaran serta kerjasama China-ASEAN dengan cara yang benar dan tepat," kata Shen.

Martin Andanar, Setiausaha Pejabat Operasi Komunikasi Presiden Filipina, berkata bahawa China Media Group dan CCTV Video News Agency telah menjadi rakan-rakan media mereka yang andal. Beliau berkata bahawa forum tersebut "sentiasa mewujudkan laluan yang lebih pelbagai antara negara-negara yang mengambil bahagian untuk memperdalam pengetahuan dan pemahaman mereka serta untuk menggalakkan jalinan kerjasama media di tengah-tengah pandemik COVID-19."

Alex Yeow Wai Siaw, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group di Malaysia, menegaskan bahawa kemajuan bersama di seluruh rantau ini meletakkan asas untuk masa depan rantau ini dalam dunia yang saling bergantung pada masa kini. Yeow berkata: "Malaysia dan China sentiasa berkongsi hubungan yang erat, membolehkan media kedua-dua pihak untuk berkongsi pengetahuan yang bermanfaat demi pembelajaran bersama."

Tham Loke Kheng, Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp dari Singapura, menyebut dalam ucapan beliau bahawa kerjasama tersebut "merupakan kunci untuk memacu inovasi dan pertumbuhan buat penggiat media di seluruh Asia. Di sinilah kami dapat mencari peluang untuk berkembang maju bersama-sama." Beliau percaya bahawa perkongsian yang kreatif merupakan kunci untuk menyerlahkan masa depan yang memberi harapan kepada industri media di ASEAN dan China.

Chen Dehai, Ketua Setiausaha ASEAN-China Centre, turut menyatakan keyakinan beliau mengenai masa depan kerjasama media ASEAN-China dan menyebut dalam ucapan beliau, "Ketika ini, hubungan ASEAN-China berada di titik permulaan baharu yang bersejarah dengan prospek yang jauh lebih luas," seraya menambah, "Potensi yang besar akan wujud untuk kerjasama media antara kedua-dua pihak."

Di bawah mekanisme perkongsian baharu, CCTV+ melancarkan program untuk rakan-rakan kongsi ASEAN yang dikenali sebagai AgriToday, yang menumpukan teknologi pertanian China yang terkemuka di dunia dan menawarkan anggota-anggota dengan maklumat industri yang terkini serta rakaman video. Sebuah majlis penandatanganan telahpun diadakan antara CCTV+, Vietnam News Agency dan TV Luar Bandar Vietnam Voice of Vietnam. Majlis pelancaran untuk Lancang-Mekong Mobile Cinema 2021 dan dokumentari Amazing Southeast Asia turut diadakan dalam forum ini. Projek-projek ini bertujuan untuk menggalakkan komunikasi antara budaya yang lebih mantap dalam kalangan penduduk Cina dan ASEAN.

Forum ini diakhiri dengan perbincangan panel dalam talian yang menyaksikan wakil-wakil media Cina dan ASEAN berbincang berkisarkan tema "Kerjasama Media & Pembangunan Serantau." Ahli-ahli panel membincangkan mengenai topik-topik tertentu seperti memerangi berita palsu dan berat sebelah dalam media.

Source: CCTV+
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television Contracts Trade show news