omniture

CGTN: Senarai kedudukan COVID-19 Bloomberg melambangkan 'perniagaan diutamakan, manusia dikemudiankan

CGTN
2021-07-17 01:06 519

BEIJING, 17 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, agensi berita A.S. Bloomberg menyiarkan Senarai Kedudukan Kebingkasan Covid bagi bulan Jun. Amerika Syarikat tersenarai di kedudukan pertama.

Bloomberg's COVID-19 ranking epitomizes 'business first, humans last'
Bloomberg's COVID-19 ranking epitomizes 'business first, humans last'

Bloomberg menjelaskan bahawa A.S. "menonjolkan senario keadaan yang terbaik bagi vaksinasi yang tinggi, wabak yang semakin berkurang, kapasiti penerbangan hampir pulih sepenuhnya dan sedikit sekatan pergerakan terhadap individu yang diberi vaksin." Normalisasi, keupayaan untuk "memutar balik masa dan kembali ke waktu sebelum pandemik," dikatakan sebagai perkara yang paling penting.

CGTN First Voice mengkaji metrik yang digunakan oleh Bloomberg untuk menyenaraikan negara-negara dan mendapati bahawa ia mempunyai sifat berat sebelah pro-perniagaan yang sangat kuat. Daripada 12 komponen, hanya empat yang mengukur "Kualiti Hidup" dan dua daripadanya boleh dikira sebagai mengukur aktiviti ekonomi. Dengan cara ini, A.S. memiliki jumlah kematian akibat COVID-19 yang tertinggi di dunia dan lebih daripada 600,000 nyawa rakyat Amerika yang terkorban hampir tidak dimasukkan ke dalam senarai kedudukan tersebut.

Metrik kedudukan tersebut melihat sekatan pergerakan sebagai satu kelemahan. Dua metrik tambahan dalam pusingan ini yang membuatkan A.S. melonjakkan kedudukannya ke tempat pertama ialah "kemudahan serta pergerakan masuk dan keluar dari suatu tempat" dan "sejauh mana perjalanan udara telah pulih." Terdapat sejumlah empat komponen yang mengukur kepantasan menamatkan sekatan pergerakan akibat COVID-19, menganggapnya seolah-olah menamatkan sekatan pergerakan merupakan "satu idea yang sentiasa baik dan tidak diragukan." Tempat-tempat yang masih melaksanakan sekataran pergerakan untuk memerangi pandemik ini dipandang serong.

"Pastikan ekonomi rancak; tidak ada perkara lain yang penting," tulis CGTN First Voice. "Senarai Kedudukan Kebingkasan COVID Bloomberg menyokong dasar pentadbiran terdahulu."

Di Amerika Syarikat, kepentingan korporat sentiasa menjadi keutamaan yang tinggi dalam politik dan penggubalan dasar. Metrik Bloomberg mencerminkan keutamaan sama yang diikuti oleh kerajaan A.S. sejak bermulanya wabak ini.

A.S. telah menyaksikan kemunculan semula kes-kes COVID-19 ekoran varian Delta sangat cepat merebak. Bilangan kes masih meningkat dengan kepantasan sebanyak lebih daripada 30,000 kes setiap hari. Beratus-ratus orang masih maut ekoran virus ini di A.S. ABC melaporkan bahawa 30 peratus golongan dewasa di A.S. tidak mendapat vaksin untuk melawan COVID-19 dan tidak merancang untuk mengambilnya.

"Ia menyokong penghapusan halangan berkaitan wabak untuk menjalankan perniagaan," simpul CGTN First Voice, "dan senarai kedudukan ini memusnahkan kredibiliti Bloomberg."

https://news.cgtn.com/news/2021-07-15/Bloomberg-s-COVID-19-ranking-epitomizes-business-first-humans-last--11Ut7LjJxYc/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion