omniture

CGTN: U.S. tersenarai No.1 dalam laporan kebingkasan COVID-19, melucukan

CGTN
2021-07-19 08:55 127

BEIJING, 19 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Bloomberg menyiarkan Senarai Kedudukan Kebingkasan COVID terkininya, yang hanya mengambil kira beberapa petunjuk sahaja untuk membuat kesimpulan tidak rasional yang tidak masuk akal bahawa A.S. dapat mengatasi semua negara lain bagi menunjukkan kebingkasan yang luar biasa dalam perjuangannya memerangi COVID-19.

Sebagaimana yang disebut oleh jurucakap Kementerian Luar Cina, Zhao Lijian, apa yang digelar sebagai Senarai Kedudukan Kebingkasan Covid ini tidak menghormati sains dan kehidupan, malah ia tiada rasa bersalah menolak penunjuk-pnunjuk seperti bilangan kes yang disahkan dan kematian. Ia juga menganggap sekatan pergerakan, serta dasar pengurusan kuarantin masuk dan keluar sebagai faktor-faktor negatif. Kedudukan yang jelas sekali terpesong ini telah menimbulkan banyak cemuhan daripada warganet.

"Contoh yang baik untuk eksepsionalisme AS," kata Ricard Reeleder, seorang pengguna Twitter.

Laporan berkenaan menyatakan bahawa pelancaran tangkas vaksin RNA pengutus A.S. telah menyebabkan wabak yang paling teruk di dunia. Walau bagaimanapun, pada musim luruh yang lalu, negara manakah dengan kes yang disahkan setiap hari dan jumlah kematian menggerunkan dunia?

How long could U.S. live in a bubble?/CGTN
How long could U.S. live in a bubble?/CGTN

Ramai orang mempersoalkan logik di sebalik kedudukan tersebut:

Seorang pengguna Twitter bernama William Cuming mengulas: "Hebat betul bagaimana, dalam era aplikasi Twitter, kita cenderung untuk lupa dengan mudah sekali. AS, yang menduduki kedudukan No.1, membina bilik mayat sementara ekoran bilangan orang yang maut…namun, ia tersenarai sebagai yang terbaik. Analisis ini benar-benar melemahkan integriti perkhidmatan berita ini."

Kita masih boleh mengimbau kembali hari-hari apabila gagal mengawal pandemik, kerajaan A.S. bersusah payah menyalahkan dan memburuk-burukkan China bagi mengalihkan perhatian, mengabaikan nasihat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan komuniti saintifik global.

Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, komuniti sains berdedikasi terhadap pengesanan asal usul virus tersebut. WHO berkata "sangat mustahil" untuk virus tersebut terlepas dari sebuah makmal. Namun begitu, A.S. enggan percaya dan berulang kali memutarbelitkan kebenaran dan mengubah haluan kerja-kerja penyelidikan tersebut menjadi "kancah politik."

Sedang teori konspirasi kebocoran makmal COVID-19 mendapat satu lagi tekanan dari Barat, bolehkah komuniti saintifik mempertahankan kebenaran terhadapnya?

Kembali mengenai senarai kedudukan tersebut, individu yang tajam daya tanggapannya haruslah membuat pertimbangan yang adil. Senarai kedudukan pro-A.S. Bloomberg pula perlu dilihat seperti yang sepatutnya – sebuah lawak jenaka.

https://news.cgtn.com/news/2021-07-15/U-S-ranks-No-1-on-COVID-19-resilience-report-What-a-joke--11UQxVnU2Ws/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion