omniture

Popsical Umum Pengembangan di Vietnam

Popsical
2021-07-22 10:00 125

Syarikat Pemula Karaoke Strim-Awam Terkemuka Bakal Buka Pejabat di Vietnam

SINGAPURA, 22 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Popsical, dikendalikan oleh Charaku Pte. Ltd., syarikat pemula karaoke strim awan yang terkemuka di Singapura dan Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat berkenaan telah diberi lesen muzik oleh Vietnam Center for Protection of Music Copyright (VCPMC) di Vietnam dan akan membuka pejabat ketiganya di Bandar Raya Ho Chi Minh. Pejabat baharu tersebut dijangka beroperasi pada bulan September 2021 dengan rancangan untuk memperluas operasinya dalam pasaran-pasaran lain di seluruh Asia Tenggara dan seterusnya Amerika Utara

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, Popsical telah menjadi penyedia perkhidmatan Karaoke strim-awan berlesen penuh yang paling popular di Singapura.

"Sepanjang pandemik ini, kami dapat melihat perubahan tingkah laku pengguna untuk meluangkan masa yang lebih berkualiti di rumah dan audiens menginginkan bentuk hiburan rumah yang baharu," kata Faruq Marican, Ketua Pegawai Eksekutif di Popsical. "Kami bersiap sedia untuk mencapai pertumbuhan pesat di seluruh rantau ini dan saya teruja dengan pengembangan yang seterusnya. Karaoke merupakan sebahagian daripada budaya arus perdana di seluruh Asia dan kami mempunyai peluang yang besar untuk menghubungkan peminat Karaoke di seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://popsical.com/.

Latar Belakang Popsical:

Popsical ialah syarikat pemula Karaoke strim-awan yang beribu pejabat di Singapura. Ia ditubuhkan pada tahun 2016 oleh tiga peminat karaoke yang berazam untuk merevolusikan pengalaman karaoke. Popsical Remix dapat menampung keperluan orang ramai dan bertujuan untuk menerobos sempadan pengalaman menyanyi yang luar biasa untuk semua orang.

Source: Popsical
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Music Corporate Expansion