omniture

Ujian PANTAS COVID-19 Joysbio kesan varian SARS-COV-2 BAHARU

Dengan lebih 100 juta ujian dijual di Eropah, JOYSBIO menghantar berjuta-juta ujian ke Asia Tenggara
JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd.
2021-07-22 21:56 202

TIANJIN, China, 22 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Joysbio, salah satu pengeluar yang terkemuka di dunia bagi kit ujian pantas aliran lateral telah membuktikan bahawa ujian antigen SARS-CoV-2 (COVID-19) mereka dapat mengesan varian baharu termasuk varian Delta yang melanda dunia. Dengan lebih 100 juta ujian dijual di Eropah sahaja, Joysbio merupakan sumber yang dipercayai untuk kit ujian COVID pantas baik untuk kegunaan peribadi mahupun profesional. Ujian ini mampu mengesan varian-varian SARS-COV-2 termasuk B.1.1.7 (Alfa), B.1.351 (Beta), B.1.617.2 (Delta) dan P.1 (Gamma). Maklumat lanjut disediakan di https://en.joysbio.com/covid-19-antigen-rapid-test-kit/.

"Pasukan Joysbio bekerja keras untuk memastikan agar ujian kami dapat mengesan setiap varian baharu apabila ia muncul," kata Rick Zhang, Pengarah Pembangunan Perniagaan untuk Joysbio. "Malangnya, virus ini tidak menunjukkan penurunan dalam kadar penularannya di sebahagian besar kawasan di dunia. Lebih lama ia dibiarkan menular dalam populasi global, lebih banyak varian yang akan dikenal pasti oleh kami. Joysbio akan terus berinovasi agar doktor dan individu mengetahui sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 agar ia dapat dirawat dengan baik."

Varian SARS-CoV-2 yang baharu mencetuskan masalah untuk sistem perubatan. Contohnya, varian Delta adalah lebih mudah berjangkit berbanding strain lain dan boleh mengakibatkan 'wabak bersifat hiperlokal', menurut satu artikel daripada Yale Medicine. (https://www.yalemedicine.org/news/5-things-to-know-delta-variant-covid)

Kemampuan untuk mengesan varian Delta serta strain SARS-CoV-2 yang lain membolehkan doktor untuk merawat penyakit tersebut lebih awal, berbanding menunggu gejala-gejala khusus-COVID yang lebih teruk untuk muncul.

Individu persendirian akan mengetahui mereka dijangkiti COVID-19 dalam masa 30 minit yang menggalakkan kuarantin kendiri dan langkah-langkah perlindungan yang betul lebih awal dan dengan harapan agar dapat mencegah penularan virus ini.

"Matlamat Joysbio adalah untuk memastikan agar setiap ahli profesional rawatan kesihatan dan individu mengetahui status COVID-19 mereka seawal mungkin," kata Zhang. "Dengan menyediakan ujian pantas COVID-19 ke tempat-tempat seperti sekolah dan ruang kerja, kami berharap agar dapat membantu mencegah penularan virus yang membawa maut ini." 

Ujian Joysbio adalah sangat tepat. "Menurut analisis klinikal dengan 492 sampel yang dijalankan di Itali, kepekaan pengesanan ialah 98.13% manakala kespesifikan ialah 99.22%." (https://en.joysbio.com/covid-19-antigen-rapid-test-kit/) Paras ketepatan ini membolehkan kakitangan perubatan dapat bertenang kerana mengetahui keputusan yang mereka lihat adalah tepat.

Memandangkan ujian tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menunjukkan keputusan, ia sangat sesuai untuk bilik doktor di mana pesakit boleh menunggu untuk mendapatkan diagnosis dan bukannya keluar dari bilik doktor dan mungkin menjangkiti orang lain sambil tertanya-tanya sama ada mereka dijangkiti COVID-19.

JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd. ialah sebuah syarikat bioteknologi Cina berfokuskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang membangunkan, mengeluarkan dan membekalkan kit ujian pantas diagnostik in-vitro (IVD) perubatan yang berkualiti tinggi serta kit reagen tersuai revolusioner ke seluruh pelosok dunia. Ketika ini, JOYSBIO ialah salah satu pengeluar kit ujian pantas yang terbesar dengan kapasiti pengeluaran harian mencecah lebih daripada 1.5 juta ujian.

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut mengenai topik ini, sila hubungi Rick Zhang di +8615697159377 atau emel di bd@joysbio.com.

Source: JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals