omniture

CGTN pilih 200 Pencabar Media Terbaik di seluruh dunia

CGTN
2021-07-23 01:01 206

BEIJING, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Setelah pencarian bakat global selama tiga bulan lamanya dilakukan yang mencakupi 130 negara serta wilayah dan menyaksikan ribuan penyertaan dalam talian sejak April 2021, pada hari Selasa, CGTN mengumumkan senarai calon 200 Terbaik untuk pusingan kedua kempen Pencabar Media (Media Challengers). Berserta pengumuman mengenai 200 Terbaik Global, 30 hakim profesional dari serata dunia termasuk pakar dan ilmuwan dalam bidang media, eksekutif-eksekutif daripada organisasi-organisasi media yang terkenal serta ramai pemimpin pendapat dan pemimpin industri yang popular turut membuat penampilan.

Melancarkan misi mereka untuk mencari wartawan kamera generasi seterusnya, CGTN mengalu-alukan penyampai berita, DJ, penyiar fail media digital, individu berpengaruh media sosial dan pencerita yang bercita-cita tinggi dari seluruh dunia untuk menghantar video berdurasi tiga minit yang memaparkan mengapa mereka perlu dipertimbangkan untuk mendapat peluang sekali seumur hidup ini bagi menjadi wajah dan suara CGTN yang seterusnya.

Menerima jumlah penyerahan video yang sangat banyak yang berjumlah lebih 100 jam serta mewakili pelbagai latar belakang dan kepakaran pencipta kandungan global, panel yang terdiri daripada 40 hakim profesional daripada industri media dan hiburan melihat pusingan pertama penyerahan dalam 12 uji bakat untuk menyenarai pendek kumpulan tersebut kepada hanya 200.

200 Terbaik kini akan mengambil bahagian dalam pusingan cabaran video seterusnya yang menonjolkan kemahiran bercerita, menyunting dan menyampaikan yang unik. Paling penting, mereka akan diminta untuk menunjukkan kebolehan mereka untuk menarik perhatian penonton dengan berkongsi idea-idea baharu dengan personaliti mereka yang dinamik.

Dilancarkan pada 8 April 2021, kempen Pencabar Media ini bertujuan untuk mencari ahli profesional media berita yang berbakat dan cerah masa depannya dari serata dunia. Pencabar Media yang disenarai pendek akan berpeluang untuk menerima latihan dan sumber multimedia profesional dan menyertai pangkalan data bakat rasmi CGTN untuk menjadi wartawan sepenuh masa atau separuh masa bagi menceritakan kisah-kisah terus dari barisan hadapan. Pada penghujung pertandingan tersebut, pemenang-pemenang juga boleh menerima tawaran untuk melapor di ibu pejabat Beijing CGTN atau tiga pusat penerbitan serantau iaitu di Washington, D.C., London dan Nairobi.

Sedang Cabaran tersebut diteruskan, video yang seterusnya daripada Pencabar Media 200 Terbaik boleh ditonton di lima platform rakan kongsi utama di seluruh dunia termasuk Weibo, Bilibili, Yangshipin, Facebook, YouTube, LinkedIn dan Variety China. 

https://news.cgtn.com/news/2021-07-20/CGTN-selects-Top-200-Media-Challengers-globally-122GhNacl6o/index.html 

CGTN pilih 200 Pencabar Media Terbaik di seluruh dunia
CGTN pilih 200 Pencabar Media Terbaik di seluruh dunia

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Radio Television Corporate Expansion