omniture

Asia School of Business Melancarkan Pertandingan Keusahawanan ASB101K Sulung

Wang tunai bernilai MYR101,000 untuk pemenang hadiah utama dengan faedah-faedah tambahan daripada Microsoft dan rakan-rakan kongsi tambahan untuk finalis
Asia School of Business
2021-07-29 09:36 145

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Julai, 2021 /PRNewswire/ -- Pusat Innovasi dan Keusahawanan Air Asia (The AirAsia Innovation and Entrepreneurship Centre) di Asia School of Business (IEC@ASB) melancarkan Pertandingan Keusahawanan ASB101K sulung. Bertujuan untuk membina ekosistem keusahawanan yang dinamik di Asia Tenggara (SEA), pendaftaran kini dibuka kepada pasukan pelajar pengajian tinggi dan syarikat pemula peringkat awal dari seluruh rantau ini. Selain daripada mendapat pendedahan mengenai bimbingan dan 'bootcamp' yang disampaikan oleh mentor daripada ASB dan syarikat pemula rantau ini serta ekosistem VC, pasukan-pasukan akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah MYR 262,000 dan faedah-faedah tambahan daripada rakan kongsi pertandingan termasuk Microsoft.

Mulakan cita-cita anda dan sertai Pertandingan ASB 101K.
Mulakan cita-cita anda dan sertai Pertandingan ASB 101K.

Mengikuti jejak langkah Pertandingan Keusahawanan MIT100K yang telah diadakan sejak tahun 1989 (peserta-peserta terdahulu yang terkenal termasuk HubSpot yang kini didagangkan secara terbuka dan Akamai antara banyak lagi yang lain), ASB101K turut berusaha untuk memulakan usaha niaga yang menawarkan penyelesaian boleh diskala berpandukan teknologi yang inovatif dalam bidang Pertanian, Pendidikan, Persekitaran, Kewangan, Rawatan Kesihatan, ICT dan sektor-sektor lain.

Dibahagikan kepada dua trek, ASB101K mengalu-alukan pasukan pelajar daripada pelbagai bidang di sebarang peringkat pengajian daripada institusi pengajian tinggi di seluruh SEA untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan tersebut melalui Student Track (Trek Pelajar). Sementera itu, syarikat pemula peringkat awal yang didaftarkan di mana-mana di SEA selepas 1 Januari 2019 layak mengambil bahagian di bawah Start-Up Track (Trek Syarikat Pemula).

Pertandingan ini akan memberi ganjaran kepada penyelesaian perniagaan yang paling boleh diskala, mampan dan inovatif yang dapat menangani masalah perniagaan sebenar yang berhubung dengan pasaran sasarannya. Pemenang-pemenang trek masing-masing akan diberi ganjaran sebanyak MYR101,000 bagi setiap pemenang. Di samping itu, terdapat faedah tambahan untuk Pasukan Peserta Separuh Akhir, daripada rakan kongsi pertandingan.

"Di IEC@ASB, visi kami adalah untuk menjadi penasihat keusahawanan dan keusahawanan dalaman yang utama di Malaysia dan selanjutnya. Kami tahu bahawa kejayaan untuk mana-mana usaha niaga bukanlah sesuatu yang diberikan; walau bagaimanapun, peluang untuk berkembang maju dalam tempoh jangka panjang adalah jauh lebih besar dengan ekosistem keusahawanan yang mantap dan dinamik. Kami berhasrat untuk menjadi bahagian penting dalam ekosistem keusahawanan ini dan atas sebab inilah kami amat berbangga untuk melancarkan pertandingan ini," kata Prof. Loredana Padurean, Dekan Bersekutu dan Pengarah Fakulti untuk Pembelajaran Tindakan serta Innovation and Entrepreneurship Center di Asia School of Business.

Pertandingan ini melibatkan tiga pusingan. Dalam Pusingan 1 (Ringkasan Eksekutif), sejumlah 100 pasukan akan disenarai pendek. Pada penghujung Pusingan 2 (Model Perniagaan), 24 peserta akhir akan mara ke Pusingan 3 (Pembentangan). Dua pusingan terakhir akan dimulakan dengan 'boot camp' bagi membantu pasukan-pasukan yang mengambil bahagian mengukuhkan model perniagaan mereka dan meningkatkan kemahiran pembentangan atau pic masing-masing.

Ekoran pandemik ini, pusingan awal akan diadakan secara maya sementara lokasi Pusingan 3 masih belum ditentukan, bergantung pada keadaan ketika itu. ASB berharap agar pusingan akhir pertandingan ini akan diadakan secara langsung agar peserta-peserta dapat memanfaatkan perkarangan kampus mereka yang canggih di Kuala Lumpur.

"Dalam melahirkan pemimpin yang bersedia menghadapi masa depan untuk Asia, penekanan kami adalah untuk membangunkan kemahiran pintar dan tajam (Smart and Sharp Skills) dalam kalangan peserta melalui 'bootcamp'. Bagi memupuk ekosistem tersebut selanjutnya, kami juga akan melibatkan pelajar kami, fakulti, alumni, rakan kongsi dan pelabur di tahap-tahap yang berbeza dalam seluruh pertandingan ini," tambah Subramonia Sarma, Pengarah Kanan Pembelajaran Tindakan dan Innovasi di Asia School of Business.

Melalui perkongsian Microsoft dengan ASB101K, peserta-peserta separuh akhir akan menerima baucar pensijilan yang sah sehingga enam bulan selepas pertandingan daripada syarikat gergasi teknologi berkenaan. Baucar daripada Microsoft ini akan memberi peluang kepada peserta-peserta separuh akhir untuk menerima program pensijilan yang bernilai sehingga USD$180 dalam bidang Kecerdasan Buatan dan Analitik Data.

K Raman, Pengarah Urusan di Microsoft Malaysia mengulas, "Inovasi digital penting untuk mana-mana ekonomi, mendorong impak yang sangat besar kepada semua. Kami gembira dapat bekerjasama dengan ASB101K Asia School of Business, memperkasa pemimpin masa depan dengan kemahiran dan sumber yang mereka perlukan untuk berjaya. Kami berharap dapat menjadi saksi bagi kemunculan generasi baharu syarikat pemula dan usahawan."

Pendaftaran untuk ASB101K dan penyerahan Pusingan 1 dibuka mulai sekarang hingga 1 September 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai ASB101K atau untuk mendaftar, kunjungi https://asb101k.com/.

Latar Belakang Asia School of Business

Asia School of Business (ASB) ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama MIT Sloan School of Management untuk menjadi sekolah perniagaan global yang utama, hab pengetahuan dan pembelajaran yang diterapkan dengan kepakaran serantau, pandangan dan perspektif Asia serta ekonomi baru muncul.

Program ijazah dan pendidikan eksekutif ASB telahpun diiktiraf di seluruh dunia kerana menerajui jalan dalam pendidikan pengurusan. Melalui kurikulum berasaskan Pembelajaran Tindakannya yang memenangi anugerah, dengan kerjasama komuniti korporat dan pelajar dari seluruh dunia, ASB komited untuk membangunkan pemimpin yang bersifat transformatif dan berprinsip yang akan menyumbang ke arah memajukan dunia baru muncul dan selanjutnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Asia School of Business, kunjungi laman sesawang mereka di https://asb.edu.my/, atau semak halaman LinkedInInstagram dan Facebook.

Latar Belakang Innovation and Entrepreneurship Center di Asia School of Business (IEC@ASB)

Innovation and Entrepreneurship Center (IEC) diwujudkan dengan kepercayaan bahawa setiap orang dapat menjadi penginovasi dan usahawan dengan alat, bimbingan dan intervensi yang tepat. Pusat untuk inovasi dan keusahawanan ini menyediakan program-program inovasi dan keusahawanan kepada pelanggan ASB, rakan kongsi korporat, universiti, pertubuhan bukan untung dan pertubuhan belia kesemuanya sambil mengurus FabLabKL, salah satu ruang reka cipta yang pertama di Malaysia.

Source: Asia School of Business
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Future Events