omniture

70% daripada Penjual Dalam Talian Asia Tenggara Optimistik Mengenai Pertumbuhan Masa Depan dalam Indeks Keyakinan Perniagaan untuk Perdagangan Digital yang Pertama

Walaupun dengan ketidaktentuan pandemik COVID-19, 750 penjual dalam talian yang ditinjau oleh Lazada dalam separuh pertama tahun 2021 yakin akan prospek mereka dalam tempoh tiga bulan yang akan datang, dan memberikan keseluruhan skor sebanyak 64 pada indeks tersebut.
Penjual fesyen menunjukkan keyakinan yang terbesar. Walaupun 48% mengatakan perniagaan mereka meningkat dalam separuh pertama tahun ini, 75% mengatakan mereka menjangkakan perniagaan akan meningkat lebih daripada 10% dalam suku akan datang.
Lazada Group
2021-08-03 15:37 139

Untuk melihat infografik penemuan, sila klik di sini

SINGAPURA, 3 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Lazada, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengeluarkan penemuan daripada Indeks Keyakinan Perdagangan Digital setengah tahunan pertamanya. Laporan ini, yang pertama seumpamanya dalam industri, adalah tinjauan sentimen perniagaan yang bertujuan untuk memetakan perspektif penjual dalam talian di Asia Tenggara tentang industri perdagangan digital, sambil memberi pencerahan mengenai cabaran dan peluang pada masa yang akan datang.

Indeks Keyakinan ini meninjau 750 penjual di enam pasaran di Asia Tenggara (Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura) pada separuh pertama 2021 (H1 2021). Laporan ini mendedahkan bahawa 52% daripada penjual mengalami tahap pertumbuhan yang tinggi semasa H1 2021, dengan 70% menjangkakan pertumbuhan tambahan melebihi 10% dalam suku ketiga 2021 (Q3 2021). Daripada 70% tersebut, sepertiga (33%) penjual yang ditinjau amat yakin bahawa jumlah jualan mereka akan meningkat melebihi 30% dalam jangka masa yang sama. Hasilnya, keseluruhan indeks mencapai skor yang "optimistik" sebanyak 64, dengan 0 menandakan "sangat pesimistik" dan 100 menandakan "sangat optimistik" pada spektrum ini.

"Kami sangat gembira untuk melancarkan Indeks Keyakinan Perdagangan Digital, yang bertujuan untuk memberi petunjuk mengenai indikator dan sentiment daripada kalangan PKS di Asia Tenggara. Banyak PKS telahpun mengunnakan teknologi baru dan memperolehi keupayaan digital untuk mengubah perniagaan mereka dan menjadikannya kalis di masa depan. Walaupun berada dalam keadaan kesihatan yang mencabar dan yang berterusan, Indeks kami menunjukkan bahawa penjual tetap berdaya tahan dan optimistik terhadap masa hadapan," kata Magnus Ekbom, Ketua Pegawai Strategi Lazada Group.  

Pendorong utama bagi sentimen positif penjual mungkin disumbangkan oleh peralihan yang ketara dalam tabiat penggunaan pengguna di Asia Tenggara dengan kepelbagaian yang besar antara pembelian dalam dan luar talian. Dengan 47% daripada pengguna mengurangkan pembelian luar talian mereka dan 30% meningkatkan perbelanjaan dalam talian mereka dalam tahun 2020, pandemik COVID-19 telah mempercepatkan pengembangan perdagangan digital dan menjadikannya medan pertempuran yang penting untuk penjual yang berhasrat untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Walaupun momentum kukuh pertumbuhan dilaporkan secara umum di semua kategori runcit, penjual daripada kategori elektronik dan pantas bergerak barangan pengguna (FMCG) menjadi penerima terbesar di ekonomi tinggal-di-rumah, dengan 53% melaporkan bahawa perniagaan mereka mencatat pertumbuhan yang kuat pada H1 2021.

Laporan ini juga menemui variasi menarik tentang perasaan penjual mengenai masa depan. Sebagai contoh, penjual daripada segmen fesyen memberi keyakinan yang terbesar. Walaupun 48% mengatakan perniagaan mereka meningkat pada separuh pertama tahun ini, 75% mengatakan bahawa mereka menjangkakan perniagaan akan meningkat dalam suku ketiga 2021, dan hampir 40% daripada mereka menjangkakan bahawa pertumbuhan mereka akan melebihi 30% pada suku yang sama.

"Program vaksinasi telah memberikan kesan yang ketara dan platform ini telah menyaksikan peningkatan fesyen dengan pertumbuhan sebanyak 70%+ dalam suku kedua dari suku pertama dalam beberapa kategori, kebanyakannya pakaian," kata Roshan Raj, Rakan Kongsi Redseer. "Penstriman langsung juga telah memberikan dorongan yang besar kepada ramai penjual, kerana ia mewujudkan persekitaran interaktif bagi pengguna untuk berbelanja. Interaksi antara penjual dan pembeli ialah pemacu penting untuk fesyen kerana segmen ini adalah C2C dan memerlukan elemen yang kuat untuk membina kepercayaan melalui interaksi." Walau bagaimanapun, dengan lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini di Asia Tenggara, Roshan juga menjangkakan bahawa "harapan daripada penjual fesyen mungkin menyaksikan sedikit penyederhanaan dalam masa terdekat."

Membangunkan penawaran yang unik dan berbeza (52%), menggalakkan lebih banyak lalu lintas pengguna (50%), dan kemampuan untuk memanfaatkan wawasan data (23%) telah dikenal pasti oleh penjual dalam tinjauan ini sebagai pendaya utama pertumbuhan perniagaan dalam talian. Dalam persekitaran yang sangat tepu, persaingan dalam kalangan penjual dalam talian tidak lagi berlaku di bawah rangka perang harga yang mudah tetapi telah berkembang untuk mengambil dimensi tambahan di mana penglibatan pelanggan yang didorong oleh teknologi berfungsi sebagai faktor pembeza untuk ramai penjual.

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini. Lazada kini telah menjadi sebahagian dari keperluan seharian pengguna dan kami menyasarkan untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama kumpulan Alibaba yang disokong oleh infrastruktur teknologi terbaik dari Ali Baba.

Latar Belakang Indeks Keyakinan Perdagangan Digital Lazada 

Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (Digital Commerce Confidence Index, DCCI) mengukur keyakinan perniagaan berdasarkan tinjauan yang menanda aras pandangan penjual dalam talian di Asia Tenggara (Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura). Pada separuh pertama 2021, Lazada telah meninjau 750 penjual mengenai prestasi jualan dalam talian semasa mereka dan harapan untuk perniagaan Perdagangan Digital mereka di masa depan. Julat indeks ini dari 0 hingga 100, dengan 0 menandakan "sangat pesimistik" dan 100 menandakan "sangat optimistik" pada spektrum.

Source: Lazada Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Web Site Survey, Polls & Research