omniture

Implan MitraClip di Hospital Apollo menyelamatkan seorang petani berusia 41 tahun yang menunggu 91 hari untuk pemindahan jantung

Apollo Hospitals
2021-08-05 15:14 45

"1 daripada 5 orang pesakit mungkin boleh dikeluarkan daripada senarai pemindahan jantung jika mereka mempunyai akses kepada terapi ini" - kata Dr. Sai Satish 

CHENNAI, India, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Hospital Apollo, kumpulan penjagaan kesihatan Asia yang terkemuka dan paling dipercayai, hari ini mengumumkan kejayaan implan MitraClip ke atas seorang petani lelaki berusia 41 tahun yang telah menunggu selama lebih tiga bulan di hospital berbeza untuk menjalani pemindahan jantung. Pesakit tersebut telah kembali sihat beberapa hari selepas prosedur tersebut malah mungkin tidak perlu menjalani pemindahan jantung.

MitraClip implant at Apollo Hospitals saves 41-year-old farmer who waited 91 days for heart transplant
MitraClip implant at Apollo Hospitals saves 41-year-old farmer who waited 91 days for heart transplant

Cik Preetha Reddy, Naib Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Hospital Apollo berkata, "Sebagai salah satu daripada beberapa buah hospital di India yang diiktiraf untuk menjalankan prosedur MitraClip , kemampuan menyelamatkan nyawa pesakit yang sedang menunggu untuk pemindahan jantung memberi peluang kepada kami menawarkan harapan kepada lebih ramai pesakit. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa penggunaan MitraClip sebagai perantara pemindahan jantung adalah selamat dan boleh memperbaiki kehidupan serta mengeluarkan nama pesakit daripada senarai pemindahan jantung. Kami berbangga kerana telah menunjukkan pencapaian ini di Hospital Apollo melalui kes seorang pesakit lelaki berusia 41 tahun yang sedang menunggu pemindahan jantung selama lebih tiga bulan. Kejayaan kes ini telah memperbaharui komitmen kami untuk membawa inovasi perubatan yang canggih dan revolusioner ini kepada mereka yang paling memerlukan."

Dr. Sai Satish, Pakar Kardiologi Intervensional Kanan Hospital Apollo berkata, "MitraClip ialah prosedur yang diterima di seluruh dunia untuk pesakit yang mengalami kegagalan jantung. Kami telah melakukan prosedur ini pada pesakit selama tiga tahun kini dan telah melihat hasil yang menakjubkan dalam kualiti kehidupan yang dikembalikan kepada mereka. Pengalaman kami dalam domain ini telah membolehkan kami meraih pelbagai pencapaian termasuk melakukan implan MitraClip kepada empat orang pesakit berturut-turut dalam masa hanya sehari. Hari ini, kami berada pada kedudukan strategik; 70% daripada kesemua MitraClip di India setakat ini telah dijalankan di Hospital Apollo dan kami hanya ingin melihat pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan."

Dua kertas saintifik pertama tentang MitraClip India telah diterbitkan daripada Hospital Apollo. Dr. Sai Satish terlibat dalam penulisan garis panduan APAC untuk implan MitraClip. Program latihan MitraClip pertama di Asia yang merangkumi teori dan empat kes selama dua hari dijalankan di Hospital Apollo yang mengukuhkan kedudukannya sebagai Pusat Kecemerlangan Kardiologi Intervensional.

Sila hubungi: 

Saurabh Bose
saurabh_bose@apollohospitals.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1588137/mitraclip_apollo_hospitals.jpg?p=medium600

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1310950/Apollo_Hospitals_Logo.jpg?p=medium600

Source: Apollo Hospitals
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services