omniture

TripleLift Memperluas Jejak Global Dengan Operasi Perniagaan Baharu Di Asia Pasifik

TripleLift
2021-08-05 19:47 27

Inovator teknologi pengiklanan ini akan memanfaatkan pengalaman Henry Shelley dari The Trade Desk bagi mengetuai rantau APAC

SINGAPURA, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- TripleLift, salah sebuah syarikat teknologi pengiklanan yang paling pesat berkembang di dunia, hari ini mengumumkan pengembangan bagi operasi Asia Pasifik (APAC) mereka dengan melantik Henry Shelley sebagai Pengarah Urusan yang berpangkalan di Singapura. Kejayaannya di Australia yang menyaksikan syarikat ini bekerjasama dengan 70% daripada 50 penerbit comScore terbaik telah mendorong pengembangan TripleLift di APAC .

"Sebagai sebuah rantau yang menempatkan beberapa pasaran iklan digital terbesar dan paling pesat berkembang, Asia Pasifik menawarkan peluang yang besar kepada para penerbit dan pengiklan untuk memanfaatkan kuasa programatik bagi mencapai objektif perniagaan mereka," kata Jacqueline Quantrell, Ketua Pegawai Hasil, TripleLift. "Dengan rangkaian format iklan kami yang mapan, peningkatan pelaburan dalam teknologi baharu dan Henry menerajui kepemimpinan perniagaan kami di APAC, kami bersedia untuk membantu lebih ramai para penerbit mengembangkan bahagian belanjawan mereka serta membantu para pengiklan mencapai khalayak sasaran mereka."

Dalam masa dua tahun yang singkat, TripleLift telah meningkatkan kerjasama dengan penerbit APAC/Australia pada kadar melebihi 250%. Format pengiklanan TripleLift yang pelbagai telah menjadi bahagian yang utama dalam strategi pendapatan programatik bagi kebanyakan penerbit tersebut. Sejak pelancaran pertukaran pengiklanan asli yang pertama dalam industri pada tahun 2014, TripleLift telah memperluas pasaran dan tawarannya dengan merangkumi paparan dan video. Terutamanya, penyelesaian Video Berjenama dari TripleLift mendorong sebanyak 4 kali ganda lebih penglibatan berbanding format 'outstream' standard seperti yang diukur berdasarkan tempoh masa yang digunakan.

Shelley membawa pengalaman yang luas bagi mempercepat perniagaan pelanggan dan memperluas operasi syarikat di seluruh wilayah termasuk London, Australia dan Singapura. Terbaharu, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar The Trade Desk dan menerajui perluasan syarikat ini di seluruh Asia Tenggara. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Akaun Global di Amnet Programmatic Experts (Dentsu Aegis Network) dan memegang beberapa jawatan di Columbus Agency and Latitude.

"Pengiklanan asli programatik kini merupakan asas yang penting dan kekal dalam perancangan media di seluruh rantau APAC. Ia telah pun terbukti. Format iklan yang menarik memperkayakan pengalaman orang ramai dengan jenama. Ia meningkatkan prestasi para pengiklan, penerbit dan penyiar," kata Henry Shelley, Pengarah Urusan, TripleLift.  "TripleLift dengan cepat mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan niaga yang dipercayai di Australia dan dengan pengambilalihan syarikat ini - salah satu urus niaga terbesar dalam sejarah teknologi pengiklanan - pengembangan di pasaran utama di seluruh APAC sedang berlaku dengan pantas. Saya amat teruja untuk menerajui fasa pertumbuhan TripleLift seterusnya di APAC yang membantu membentuk masa depan pengiklanan digital dan menjadikan pengiklanan berfungsi dengan lebih baik untuk semua orang di rantau ini."

TripleLift pertama kali melancarkan produk programatik natif pada 7 tahun yang lalu bagi membantu para penerbit bersaing dengan platform media besar yang meraih bahagian belanjawan iklan yang tidak seimbang dan semakin meningkat serta menekan penerbit di seluruh rangkaian web terbuka sepanjang proses tersebut. Sejak itu, syarikat tersebut mengembangkan portfolio produknya bagi menyokong setiap format iklan yang boleh diurus niaga secara programatik daripada paparan hingga kepada TV Terhubung. Hari ini, 75% daripada para penerbit TripleLift berurus niaga pada pelbagai format iklan dan 73% daripada mereka menawarkan inventori video pada platform tersebut.

Pengumuman ini dibuat setelah TripleLift mencapai perbelanjaan pengiklanan seumur hidup yang mengatasi jumlah $1.5 bilion melalui platformnya pada bulan lepas, menandakan peningkatan perbelanjaan sebanyak 50% sejak laporan terakhir yang dibuat kurang dari setahun yang lalu.  Selain itu, pengambilalihan terbarunya oleh Vista Equity Partners bernilai $1.4B mempercepat pertumbuhan dan pelaburan global dalam inovasi teknologi dan produknya.

Dapatkan maklumat lanjut tentang cara TripleLift membentuk masa depan pengiklanan di triplelift.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1476042/TripleLift_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: TripleLift
Keywords: Advertising Computer/Electronics Corporate Expansion Personnel announcements