omniture

Maersk Container Industry Bekerjasama dengan PBB Menentang Pembaziran Makanan Global

MCI
2013-06-17 21:20 166

TINGLEV, Denmark, 17 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Maersk Container Industry telah menyertai Inisiatif SAVE FOOD oleh PBB bagi membantu menjadikan logistik makanan antarabangsa lebih cekap.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120531/537201 )

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/61920-UN-maersk-container-industry-combat-food-waste

"Makanan tidak patut dibazirkan, tetapi ia masih kerap berlaku, dan kami percaya teknologi kami boleh membantu memperbaiki rantaian logistik makanan," kata Peter K. Nymand, Ketua Pegawai Eksekutif Maersk Container Industry, MCI.

Robert van Otterdijk, ketua pasukan SAVE FOOD, berkata: "Menggunakan teknologi penyejukan yang sesuai bagi memperbaiki keadaan simpanan dan pengangkutan untuk makanan yang dituai boleh memberi impak yang besar untuk mengurangkan kerugian dan pembaziran makanan."

Organisasi makanan PBB, FAO, di mana SAVE FOOD dirancang di bawahnya, menganggarkan bahawa sehingga 50% buah-buahan dan sayur-sayuran seluruh dunia rugi semasa dalam perjalanan dari ladang ke pinggan. Pengangkutan dan pengedaran mungkin menyumbang kepada 5% hingga 20% kerugian itu bergantung pada kawasan-kawasan tertentu di dunia.

Teknologi seperti Star Cool CA dan AV+ digunakan untuk mengawal suhu, kelembapan, aliran udara dan komposisi udara kontena penyejukan. Ini membolehkan tempoh pengangkutan yang lebih lama dan penjagaan yang lebih rapi untuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sebagai sebahagian daripada SAVE FOOD, MCI dan syarikat-syarikat lain dalam industri makanan akan berkongsi kepakaran. SAVE FOOD mengakui faedah yang boleh didapati daripada perkongsian ilmu pengetahuan di seluruh rantaian logistik makanan dengan mengetahui bahawa tindakan dalam satu sambungan rantaian akan memberi kesan kepada sambungan seterusnya.

"Makanan akan terbuang atau terbazir dalam semua sambungan rantaian nilai makanan, termasuk pengangkutan dan pengedaran. Satu cara penambahbaikan adalah berkongsi pengetahuan melalui semua sambungan dalam rantaian nilai makanan,"kata Robert van Otterdijk daripada UN SAVE FOOD.

Fakta:

Dalam perjalanan dari ladang ke pinggan di Eropah atau Amerika Utara sehingga 50% daripada semua buah-buahan dan hasil pertanian telah terbuang. Dalam kes ini pengedaran dan pertanian bertanggungjawab untuk kira-kira 5% daripada kerugian ini.

(Sumber: Laporan FAO "Kehilangan Makanan dan Pembaziran Makanan Global")

FAO:

"Kehilangan makanan dalam negara-negara perindustrian adalah sama tinggi dengan dalam negara-negara membangun, tetapi dalam negara-negara membangun lebih 40% daripada kehilangan makanan berlaku pada peringkat pasca tuaian dan pemprosesan, manakala dalam negara-negara perindustrian, lebih daripada 40% daripada kehilangan makanan berlaku pada peringkat peruncitan dan pengguna."

(Sumber: Laporan FAO "Kehilangan Makanan dan Pembaziran Makanan Global", halaman III.6)

Pautan Kajian: Laporan FAO mengenai Kehilangan Makanan dan Pembaziran Makanan Global: http://www.fao.org/docrep/014/mb060e/mb060e00.pdf

Tip untuk petani: Kaji tanaman anda!

Ini adalah pautan untuk laman Pusat Teknologi Pasca Tuaian UC Davis:

http://postharvest.ucdavis.edu/libraries/publications/

Inisiatif MCI setakat ini:

April 2013: MCI menganjurkan persidangan pakar penyejukan mengenai pengendalian optimum buah-buahan dan sayur-sayuran. Penceramah utama ialah pakar pasca tuaian Marita Cantwell dan Beth Mitcham dari Universiti California, Davis, AS. Nasihat utama dalam hampir semua kes adalah untuk lebih berhati-hati semasa musim tuaian dan selepas itu memastikan kawalan suhu yang tepat.

November 2012: Persatuan pengeksport buah-buahan Chile ASOEX dan MCI menandatangani memorandum persefahaman bagi bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan mengoptimumkan penggunaan teknologi seperti Star Cool Controlled Atmosphere (CA) dan Automated Ventilation (AV+), yang boleh memanjangkan tempoh penghantaran avokado lalu mengurangkan tekanan tuaian musim puncak. Untuk kawasan tropika, CA membolehkan tempoh penghantaran pisang selama 45 hari berbanding kira-kira 25 hari sebelum ini.

Maklumat untuk media dan wartawan:

Sila lihat http://www.mcicontainers.com bagi perpustakaan foto dan klip video serta rakaman syarikat MCI dalam versi Bahasa Cina, Bahasa Inggeris atau Bahasa Denmark:

http://www.mcicontainers.com/AboutUs/Companymovies/Pages/Companymovie-English.aspx

Mengenai MCI:

Maersk Container Industry (MCI) adalah satu-satunya pengeluar besar dunia mesin penyejukan dan kontena penyejukan ("reefer"). MCI mengeluarkan produk untuk pelbagai saluran penghantaran dan syarikat sewaan. Bahagian penyelidikan & pembangunan, jualan dan pentadbiran pusat MCI berada di Denmark.

Dengan kilang reefer baharu bernilai USD170 juta yang bakal beroperasi di Chile, pada awal tahun 2014 MCI akan mempunyai kira-kira 7,000 kakitangan di China, Chile dan Denmark. Menurut ujian bebas pelanggan, reefer Star Cool MCI kini adalah kontena yang paling menjimatkan tenaga di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.mcicontainers.com.

SUMBER  MCI

 

 

Source: MCI
Keywords: Food/Beverages Transportation Corporate Social Responsibility