omniture

Keputusan interim 2021 Country Garden: pendapatan jualan stabil, aliran tunai mantap, hutang rendah

Country Garden Holdings
2021-08-28 01:22 2536

FOSHAN, China, 28 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 24 Ogos, Country Garden Holdings Company Limited ("Country Garden") (02007.HK) mengeluarkan laporan interim 2021. Dalam separuh pertama tahun 2021, jualan meningkat dengan mantap, nisbah hutang bersih dan kos pembiayaan masing-masing menurun, manakala kedudukan kewangan diperkukuhkan lagi, menunjukkan kekuatan operasi yang kukuh dan keupayaan pengurusan kewangan yang baik daripada pemaju hartanah terkemuka China.

Keputusan interim 2021 Country Garden
Keputusan interim 2021 Country Garden

Sepanjang tempoh pelaporan, Country Garden mencapai jualan berkontrak yang boleh diagihkan kepada pemegang saham Syarikat kira-kira sebanyak RMB303.09 bilion (kira-kira US$46.8 bilion), satu peningkatan 14% berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan meningkat 27% berbanding tahun sebelumnya kepada 234.93 bilion yuan (kira-kira US$36.27 bilion); keuntungan kasar, keuntungan bersih dan keuntungan bersih teras yang boleh diagihkan kepada pemegang saham masing-masing meningkat.

Selain daripada peningkatan yang berterusan dari segi prestasi, kedudukan kewangan Country Garden semakin bertambah baik. Setakat 30 Jun 2021, jumlah liabiliti syarikat mencecah 324.24 bilion yuan, turun lagi berbanding penghujung tahun yang lalu. Antaranya, peratusan liabiliti berfaedah yang perlu dibayar dalam tempoh setahun jatuh kepada 27%. Sambil mengekalkan nisbah leveraj pada kadar yang rendah dalam industri, Country Garden juga terus mengoptimumkan struktur hutangnya. Sehingga akhir tempoh pelaporan, nisbah penggearan bersih syarikat jatuh kepada 49.7%, meneruskan pengekalan nisbahnya di bawah 70%, sesuatu yang telah dicapai oleh Country Garden selama bertahun-tahun secara berturut-turut.

Setakat 30 Jun 2021, baki tunai syarikat yang ada mencecah 186.24 bilion yuan, dengan aliran tunai yang mencukupi. Nisbah aliran tunai kepada hutang jangka pendek ialah 2.1 kali ganda, lalu memastikan pembayaran semula hutang jangka pendek.

Dengan operasi yang baik dan pengurusan kewangan yang stabil, Country Garden meraih pengiktirafan dan sokongan daripada agensi penarafan kredit dan institusi kewangan utama. Ketika ini, baik Moody's mahupun Fitch telah memberi penarafan gred-pelaburan kepada Country Garden manakala pada tahun 2020, Standard & Poor's menaik taraf prospek penarafan Country Garden kepada "positif", salah satu penarafan tertinggi yang diraih oleh sebuah syarikat swasta di China. Menurut Moody's, penarafan penerbit Baa3 Country Garden mencerminkan nama jenama syarikat yang mantap, pempelbagaian geografi yang baik, kecairan yang mantap dan rekod prestasi ketahanan yang kukuh dalam pelbagai kitaran perniagaan selain inventori tanah yang mencukupi, mampu menyokong pertumbuhan perniagaan sepanjang 3-4 tahun akan datang.  

Pengiktirafan dan sokongan ini membolehkan Country Garden mendapat keyakinan daripada lebih ramai pelabur. Semasa separuh pertama tahun 2021, purata kos pinjaman syarikat menurun kepada 5.39%, satu penurunan 17 mata asas dari akhir tahun 2020. Hasilnya, proses pembiayaan yang cekap dan aliran tunai yang mencukupi memberi kebebasan kepada Country Garden untuk mencari projek dan peluang pembangunan yang lebih baik sepanjang tempoh penyesuaian pasaran. Kekuatan operasi yang lebih baik dan keteguhan kewangan menyediakan tulang belakang kepada pertumbuhan syarikat yang berterusan dan baik.

Prestasi unggul Country Garden dalam dua kedudukan perniagaan yang paling berprestij di dunia ini merupakan bukti selanjutnya terhadap kekuatan operasi syarikat yang mantap. Pada 2 Ogos, senarai Fortune Global 500 yang terkini telah dikeluarkan, dengan Country Garden menduduki tempat ke-139 berdasarkan pendapatannya sebanyak US$67.08 bilion. Syarikat ini telah melihat kedudukannya meningkat untuk tahun kelima berturut-turut, mendaki 328 anak tangga daripada kedudukan awalnya ketika ia mula muncul dalam senarai tersebut. Pada bulan Mei, Forbes mengeluarkan senarai Forbes Global 2000 yang mana Country Garden menduduki tempat ke-140, menandakan tahun ke-12nya yang berturut-turut.

En. Mo Bin, Ketua Pegawai Eksekutif Country Garden Holdings , berkata bahawa kesinambungan usaha keseluruhan negara untuk mengawal spekulasi membawa petanda baik untuk kesihatan pasaran hartanah. Industri hartanah di China secara keseluruhannya telah memasuki tahap pembangunan yang baharu. Country Garden percaya bahawa produk dan perkhidmatan yang baik merupakan asas untuk pembangunan yang baik untuk firma tersebut. Atas sebab ini, Country Garden akan meneruskan apa yang telah dilakukan olehnya: melakukan apa yang terbaik demi reputasi syarikat dan mendasarkan setiap keputusan pada apa yang terbaik dari perspektif jangka panjang. Syarikat ini juga akan terus mengambil pendekatan yang mengutamakan pelanggan untuk setiap projek dalam pelan tindakannya, untuk meningkatkan lagi daya saing keseluruhan dalam seluruh kitaran pembangunan dan berusaha untuk membina sebuah syarikat teknologi terpelbagai yang mewujudkan kehidupan yang bahagia untuk dunia ini.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Earnings Earnings projections or forecasts