omniture

Geberit Manfaatkan Inovasi Capai Masa Depan Lebih Mesra Alam dalam Persekitaran Binaan SEA

Inovasi utama Geberit, SuperTube, direka untuk menjimatkan ruang untuk masa depan lestari dalam bangunan pencakar langit
Geberit North and South East Asia
2021-09-01 12:45 135

SINGAPURA, 1 September 2021 /PRNewswire/ -- Geberit Group, peneraju pasaran Eropah bagi sistem saliran mesra alam, menonjolkan SuperTube, inovasi perintis mereka untuk mewujudkan keseimbangan antara seni bina dan reka bentuk yang mesra alam.

SuperTube Geberit ialah pencapaian daripada pengalaman dan penyelidikan selama bertahun-tahun, digabungkan dengan reka bentuk pintar untuk mencapai bangunan yang lebih mampan terutamanya di Asia Tenggara (SEA) yang mana ruang adalah terhad.

Aktiviti bangunan mesra alam untuk pasaran pencakar langit di seluruh Asia Tenggara dijangka meningkat dengan ketara. Pelbagai faktor seperti peraturan kerajaan yang baharu dan tekanan alam sekitar telah mencetuskan perubahan dari segi permintaan pelanggan dan pasaran yang mengutamakan bangunan yang lestari di rantau SEA.

Satu contoh yang mantap mengenai hal ini ialah sasaran yang ditetapkan oleh Singapura pada bulan Februari 2021 yang mana negara berkenaan menyasarkan untuk menjadikan 80% daripada bangunannya mesra alam menjelang tahun 2030 melalui Rancangan Induk Bangunan Mesra Alam Singapura (SGBMP). Dengan rancangan ini, Singapura memberi insentif kepada pelabur untuk beralih kepada mesra alam bukan sahaja untuk tujuan pematuhan, tetapi juga untuk tujuan komersial. Negara-negara SEA yang lain seperti VietnamIndonesia dan Filipina juga menunjukkan keadaan yang serupa yang mana kini terdapat peningkatan permintaan terhadap bangunan pencakar langit yang lebih mesra alam.

Salah satu cabaran terbesar dalam mencipta bangunan pencakar langit yang mampan ialah penggunaan ruang. Faktor penting dalam mencapai keseimbangan antara reka bentuk, kecekapan dan kelestarian terletak pada sistem saliran yang cekap. SuperTube Geberit didatangkan dengan penambahbaikan yang besar terhadap kaedah konvensional, bagi membolehkan bangunan mengurangkan dengan ketara jumlah ruang dan bahan mentah untuk sistem saliran.

"Ruang kediaman serta ruang komersial mengalami kekurangan bekalan dan mahal baik untuk pemegang kepentingan mahupun persekitaran kita. Dengan ruang yang terhad, orang ramai perlu menjadi fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan utiliti dan rekaan. Atas sebab inilah sistem saliran yang dioptimumkan secara hidraulik merupakan penyelesaian berpotensi untuk meminimumkan dengan ketara ruang yang diperlukan untuk projek-projek pencakar langit. Teknologi SuperTube Geberit menawarkan penyelesaian menjimatkan ruang yang ringkas dan benar-benar inovatif untuk sistem saliran dalam bangunan pencakar langit – dari tingkat atas hinggalah ruang bawah tanah," kata Pengarah Urusan Geberit, Simon Wong.

Kunci kepada teknologi SuperTube Geberit terdapat dalam pengoptimuman aliran sistem paip mereka, yang dirancang dengan cara agar pemasangan paip pengudaraan secara selari tidak lagi diperlukan. Tidak seperti saliran konvensional, paip SuperTube tidak memerlukan cerun/kecerunan pada sistem perpaipan mendatar mereka. Gabungan ciri-ciri ini menghasilkan perpaipan yang jauh lebih sedikit yang bererti penjimatan bahan binaan serta ruang. Secara asasnya, SuperTube Geberit mewujudkan ruang kehidupan yang lebih dapat digunakan dengan menambah kawasan lantai bersih dan ketinggian bilik yang memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam projek bangunan pencakar langit dari sudut pandangan komersial.

Dari perspektif kemampanan, pelaksanan teknologi SuperTube Geberit dalam projek-projek bangunan pencakar langit membolehkan bangunan untuk memenuhi kehendak kemampanan yang semakin meningkat yang ditetapkan oleh kerajaan dan pasaran serta persekitaran itu sendiri. Dengan menggunakan sedikit bahan mentah, plastik kitar semula (HDPE) dan proses pemasangan yang lebih mudah, projek-projek yang melaksanakan sistem SuperTube memberi penjimatan dan dalam masa yang sama memenuhi matlamat kemampanan.

Kunjungi laman sesawang rasmi kami untuk maklumat lanjut mengenai SuperTube Geberit.

Latar Belakang Geberit

Geberit Group yang beroperasi di seluruh dunia merupakan peneraju Eropah dalam bidang sistem dan teknologi bilik mandi. Geberit beroperasi dengan kehadiran tempatan yang kukuh di kebanyakan negara Eropah, menyediakan nilai tambahan unik apabila melibatkan teknologi sanitari dan seramik bilik mandi. Jaringan pengeluarannya mencakupi 29 kemudahan pengeluaran, yang mana 6 daripadanya terletak di luar negara. Kumpulan ini beribu pejabat di Rapperswil-Jona, Switzerland. Dengan sekitar 12,000 kakitangan kira-kira di 50 negara, Geberit menjana jualan sebanyak CHF 3.0 bilion pada tahun 2020. Saham Geberit disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan telah dimasukkan ke dalam SMI (Swiss Market Index) sejak tahun 2012.

Source: Geberit North and South East Asia
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Environmental Policy