omniture

Medwish.com Lancar Rancangan Penghantaran Percuma Global untuk Hantar Peralatan Perubatan ke Hospital

Jiangsu Medwish Network Technology Co. Ltd
2021-09-08 14:09 132

SHANGHAI, 8 September 2021 /PRNewswire/ -- Medwish.com, pasaran peralatan perubatan B2B dalam talian, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan penghantaran percuma untuk lebih daripada 10,000 produk perubatan dalam 14 sub-kategori penuhnya yang meliputi katil hospital, monitor pesakit, penebula pemampat, pemekat oksigen, Sistem Diagnostik Ultrabunyi, inkubator goncang, pengusung hidraulik, ventilator perubatan, Kamera NIR 4K, defibrilator dan sebagainya.

Medwish Hospital Turnkey Projects
Medwish Hospital Turnkey Projects

Kadar pengangkutan antarabangsa semakin meningkat semasa berlakunya pandemik COVID-19 dengan peningkatan 500% di kebanyakan negara berbanding tahun lalu. Eksport peranti perubatan menjadi sangat sukar ekoran kenaikan kadar pengangkutan antarabangsa. Banyak rancangan perolehan kejuruteraan hospital disekat lantaran kadar pengangkutan yang tinggi. Beberapa bulan akan datang pada tahun 2021 akan menyaksikan impak yang serius ke atas eksport peralatan disebabkan oleh kenaikan kadar pengangkutan antarabangsa.

Medwish.com, pasaran B2B perubatan global yang profesional bertekad untuk memimpin lebih 400 pengeluar peralatan perubatan di Jiangsu untuk menyertai platform Medwish bagi melaksanakan promosi penghantaran percuma mulai bulan September hingga Disember sebagai respons kepada kenaikan kos penghantaran antarabangsa yang mendadak.

Dalam menghadapi epidemik luar negara dan kenaikan kadar pengangkutan antarabangsa, Medwish.com berganding bahu dengan rakan-rakan kongsinya dan bersedia untuk mengetepikan kepentingan jangka pendek mereka untuk menghantar peranti perubatan kepada dunia secepat mungkin bagi memerangi epidemik ini. Dalam masa yang sama, pelanggan global akan merasakan bahawa di Zhangjiagang, sebahagian daripada bandar Suzhou di wilayah Jiangsu, terdapat platform perubatan yang bersedia untuk membina hubungan antara negara-negara pada kadar pengangkutan yang tinggi.

"Promosi dijangka bermula pada 1 September dan berlangsung selama 120 hari hingga 31 Disember 2021. Jumlah transaksi di medwish.com akan melebihi sekurang-kurangnya 200 juta dolar AS (1.3 bilion Yuan). Dijangkakan bahawa 1200 kontena setinggi 40 kaki akan dihantar, yang bernilai kira-kira 18 juta dolar AS (kira-kira 120 juta Yuan). Sekiranya terdapat lebih banyak pembekal dan pelanggan, lebih banyak kejayaan akan dapat dicapai," kata Fola Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Medwish.com.

Latar Belakang Medwish.com

Platform "MEDWISH" (www.medwish.com) ialah pasaran B2B global yang memfokuskan kepada pembekalan dan perolehan peralatan serta peranti perubatan. Pasukan Medwish bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan global yang terkemuka dalam bidang-bidang termasuk logistik, insurans, pembiayaan, pelepasan kastam, pembayaran antarabangsa, dsb. Pasaran perubatan menghapuskan kesukaran membeli belah sehenti oleh pembeli global dengan mengintegrasikan saluran rantaian bekalan global yang berkualiti tinggi dan pembeli Medwish.com sebahagian besarnya datangnya daripada hospital yang baru dibina dan ejen luar negara.

Laman Sesawang: www.medwish.com

Source: Jiangsu Medwish Network Technology Co. Ltd
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet New products/services