omniture

Xinhua Silk Road: Nanning Selatan China perluas ekonomi malam dengan zon penggunaan waktu malam berkelompok

Xinhua Silk Road
2021-09-09 01:29 168

BEIJING, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi Selatan China, memperluaskan sekumpulan kawasan pengelompokan ekonomi waktu malam yang membawakan pelbagai senario untuk penggunaan waktu malam bagi tujuan merancakkan ekonomi tempatan.

Foto menunjukkan pemandangan waktu malam laluan atas Zhuxi di Nanning, selatan China. (Xinhua/Li Xin)
Foto menunjukkan pemandangan waktu malam laluan atas Zhuxi di Nanning, selatan China. (Xinhua/Li Xin)

Bandar tersebut, dicirikan oleh hari yang panas terik pada musim panas dan musim luruh yang panas, terkenal dengan tabiat penduduknya yang keluar dan membeli belah pada waktu malam, dengan tebing Sungai Yongjiang, ibu sungai bandar tersebut, merupakan destinasi yang paling digemari oleh penduduk tempatan dan juga pelancong.

Selepas kerja-kerja pengubahsuaian, tebing Sungai Yongjiang, sebahagian daripada anak sungai daripada arus utama Sungai Mutiara, menjadi tempat yang popular untuk menikmati pemandangan waktu malam, termasuk jambatan rentas sungai yang menyala terang, pertunjukan cahaya 3D pada bangunan bertingkat tinggi sepanjang sungai tersebut serta bot bersiar-siar yang bergemerlapan.

Semasa cuti musim panas, ibu bapa dan pelajar dari dekat dan jauh biasanya bergegas ke Nanning untuk melihat rumah orang tua, arked, tokong dewa bandar, tingkap berlubang dan pintu gerbang peringatan, kesemuanya boleh dilihat di tiga jalan dan dua lorong blok pemuliharaan sejarah di Nanning.

Blok tersebut, miniatur lebih 1,000 tahun sejarah Nanning yang panjang, telah menjadi mercu tanda baharu dan unik bandar tersebut dan tujuh tempat pemandangan indah di dalam blok tersebut seperti teater China dan dewan peringatan Deng Yingchao dibuka kepada orang awam ketika ini.

Tidak jauh dari blok tersebut letaknya jalan makanan Jalan Zhongshan, mercu tanda bagi makanan tradisional Nanning yang mana gerai dan kedai untuk 'escargot', ikan bakar dan mi beras tempatan seringkali sesak dengan pelancong.

Di tempat lain di blok Uptown, satu lagi blok demonstrasi ekonomi malam Nanning, bengkel kilang sutera zaman lalu diubah suai dan sebahagiannya dipelihara untuk mewujudkan blok lawatan yang terdiri daripada taman kreatif, pameran untuk seni persembahan, pawagam tematik, hotel seni, bar muzik, barangan runcit kreatif dan katering cirian.

Di sebelah Sungai Yongjiang, "paru-paru hijau" bandar tersebut - Gunung Qingxiu turut diterangi oleh ekonomi malam yang berkembang pesat. Pelancong juga boleh menikmati budaya negara-negara ASEAN di Fantawild Asian Legend, sebuah taman tema berteknologi tinggi di Nanning.

Kesemua ini merupakan sebahagian daripada program demonstrasi ekonomi malam yang dirancang di bandar tersebut dan menjelang tahun 2022, Nanning berjanji untuk menyiapkan pembinaan 10 program berkenaan untuk melonjakkan lagi ekonomi waktu malamnya.

https://en.imsilkroad.com/p/323657.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Publishing/Information Service Travel