omniture

Tablet Yishen Yangxin Anshen Yiling Pharmaceutical Diberi Sijil Ubat

Yiling Pharmaceutical
2021-09-09 02:36 150

SHIJIAZHUANG, China, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Yiling Pharmaceutical mengumumkan bahawa ubat yang baru dihasilkan olehnya Tablet Yishen Yangxin Anshen telah diberikan sijil ubat rasmi oleh Pentadbiran Produk Perubatan Negara (NMPA) China.

Dengan fungsi-fungsi untuk menguatkan buah pinggang, menyihatkan jantung dan menenangkan minda, ubat ini menawarkan rawatan baharu untuk insomnia dengan simptom-simptom tidak dapat tidur, mimpi yang kerap semasa tidur, palpitasi, kelesuan, mudah lupa, pening, rasa sakit dan lemah pada pinggang dan lutut, dsb.

Kajian farmakodinamik telahpun mengesahkan bahawa ubat ini dapat memberi kesan penenang dan hipnotik serta memainkan peranan kawal atur yang sistematik dalam memperbaiki tidur dengan melindungi neuron otak pada bahagian hipokampus, merencatkan pengaktifan paksi hipotalamus-pituitari-adrenal (HPA), memperbaiki keadaan tekanan dan dalam masa yang sama ia juga dapat memperbaiki ingatan dan melawan keletihan.

Keputusan daripada percubaan klinikal rawak, dwibuta, dikawal-selari-plasebo dan berbilang pusat ke atas ubat tersebut menunjukkan bahawa ubat berkenaan dapat mengurangkan simptom-simptom yang berkaitan dengan insomnia seperti kesukaran untuk tidur, kemudahan untuk bangun tidur, bangun awal dan waktu tidur yang singkat, dsb dengan ketara. Selain itu, tiada tidak balas mudarat yang ditemui.

Berita menunjukkan bahawa dibangunkan secara bebas oleh Yiling Pharmaceutical, Tablet ini merupakan TCM paten inovatif ke-12 oleh syarikat ini dengan hak harta intelek sepenuhnya. 12 TCM paten yang inovatif ini meliputi rawatan penyakit kardio-serebrovaskular, diabetes, penyakit pernafasan, tumor, penyakit neurologi dan penyakit urinari, yang mewujudkan kelebihan portfolio produk yang tersendiri.

Source: Yiling Pharmaceutical
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals