omniture

ABILITY Diabetes Global mendaftarkan pesakit ke seribu: Pencapaian Kardinal Diperoleh

Concept Medical Inc.
2021-09-13 18:20 23

TAMPA, Fla., 13 September 2021 /PRNewswire/ -- ABILITY Diabetes Global (Randomized Comparison of Abluminus DES+ Sirolimus-Eluting Stents versus Everolimus-Eluting Stents in Coronary Artery Disease Patients with Diabetes Mellitus Global) dimulakan dengan indeks pendaftaran pesakit pada 11 Jun 2020 di Itali (semasa kemuncak gelombang COVID-19 pertama) oleh P.I. Prof. Antonio Colombo dan kadar pendaftaran adalah stabil dan konsisten sejak itu dengan ribuan pesakit yang didaftarkan dalam masa lebih setahun.

Concept Medical Lights Up NY Times Square to celebrate the enrollment of 1000 patients for ABILITY
Concept Medical Lights Up NY Times Square to celebrate the enrollment of 1000 patients for ABILITY

Walaupun COVID-19 semakin meningkat di seluruh dunia, kadar pendaftaran ini luar biasa memandangkan kemudahan penjagaan kesihatan digunakan untuk menjaga pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital. Walaupun krisis COVID-19 masih melanda kita, Penyakit Kardiovaskular (CVD) kekal sebagai pembunuh nombor satu dan Diabetes terus menjadi komorbiditi utama yang menyumbang kepada Penyakit Arteri Koronari (CAD).

ABILITY Diabetes Global ialah Ujian Terkawal Rawak (RCT) yang terbesar di dunia untuk pesakit CAD dengan diabetes sebagai komorbiditi. RCT ini mengukur keselamatan dan keberkesanan Abluminus DES+ yang dibuat khas dengan Teknologi Envisolusi yang dipatenkan dan telah terbukti berkesan dalam menguruskan lesi CAD proliferatif yang dilihat dalam DM.

Dengan kadar pendaftaran yang memberangsangkan setakat ini, Concept Medical tidak sabar menantikan pelengkapan dan hasil ABILITY Diabetes Global yang menyasarkan lebih 3,000 orang pesakit diabetes di 100 buah pusat kesihatan yang merangkumi lebih 25 buah negara berbanding keluarga XIENCE EES (Abbott Cardiovaskular).

Concept Medical sukacita menjadi sebahagian daripada pencapaian ini hasil daripada sokongan, bimbingan dan pengalaman Prof. Roxana Mehran (Pengerusi), Prof. Marie-Claude Morice (Pengarah Perubatan), Prof. Alexandre Abizaid, Prof. Antonio Colombo & Prof. Shigeru Saito (Penyelidik Utama) dan seluruh jawatankuasa pemandu. Menyumbang kepada pencapaian ini ialah tapak yang menunjukkan penyertaan yang menggalakkan dengan pendaftar terbaik setakat ini - Instituto Dante Pazzanese, Sao Paulo, Brazil (Dr. Chamié), National Heart Foundation Hospital and Research Institute Dhaka, Bangladesh (Prof. Malik), Herzzentrum Segeberger Kliniken, Bad Segberg, Jerman (Dr. Allali) dan banyak lagi. Ini adalah hasil dedikasi dan komitmen semua tapak, penyiasat dan juruteknik tapak dalam mencapai kejayaan ini. Kredit ini turut dipanjangkan kepada Cardiovascular European Research Center (CERC), Mount Sinai and ICAHN School of Medicine atas sumbangan mereka yang berharga dan penyelarasan harian yang berterusan yang amat penting.

Pada ketika ini, apabila ujian ini diteruskan dengan penglibatan yang cemerlang daripada para penyiasat dan penyelarasnya. Prof. Mehran menunjukkan semangat beliau, "Saya disemarakkan oleh perkembangan yang kami peroleh daripada ujian terbesar ini dalam PCI dan Diabetes serta amat bersemangat untuk melihat apa yang boleh kami tawarkan kepada pesakit yang kompleks ini pada masa hadapan dengan perkembangan dalam inovasi PCI."

Prof. Marie-Claude Morice, Ketua Pegawai Eksekutif CERC menyatakan pendapatnya, "Pasukan CERC amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mount Sinai dan pasukan Concept Medical.  Kami amat berbangga mencapai kejayaan penting ini. Kajian ini penting untuk pesakit Diabetes yang menghidap penyakit koronari yang terus dirawat secara suboptimum dengan peranti semasa. Pesakit 'bukan-COVID' tidak boleh diabaikan semasa tempoh pandemik. Terima kasih kepada para penyiasat dan penyelaras kajian yang bermotivasi tinggi kerana kami berjaya mendapatkan persetujuan daripada jawatankuasa etika masing-masing yang membolehkan kami mendaftarkan 1,000 orang pesakit pada kadar yang pantas."

Bagi sebuah syarikat yang berwawasan untuk Memajukan Inovasi, pendaftaran 1,000 orang pesakit ini merupakan satu pencapaian penting ke arah penemuan yang berpotensi dalam industri peranti perubatan. Medical Concept berharap untuk mencapai perkembangan yang pantas dan menambah satu lagi pencapaian sebagai kreditnya.

Tentang Concept Medical Inc. (CMI): 

CMI beribu pejabat di Tampa, Florida dan mempunyai pejabat operasi di Belanda, Singapura dan Brazil serta unit pembuatan di India. CMI mempunyai kepakaran dalam membangunkan sistem penyampaian ubat-ubatan dan mempunyai platform teknologi yang unik dan dipatenkan yang boleh digunakan untuk menyampaikan mana-mana agen ubat-ubatan / farmaseutikal di seluruh permukaan luminal salur darah.

 Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1611910/concept_medical_ny_times_sqaure.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1244676/Concept_Medical_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Concept Medical Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Feature News Releases