omniture

Terokai Tamadun Laut China: Dokumentari "Return to Zai Tun" ditayangkan di National Geographic

Quanzhou Radio and TV Station
2021-09-13 20:31 165

QUANZHOU, China, 13 September 2021 /PRNewswire/ -- Filem dokumentari "Return to Zai Tun" ditayangkan di National Geographic mulai 4 September, disiarkan ke 170 negara dan wilayah di seluruh dunia dalam 43 bahasa bagi membongkar kisah Quanzhou, yang telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO melalui sesi ke-44 Jawatankuasa Warisan Dunia sebagai "Emporium Dunia di Song-Yuan China" kebelakangan ini. Dokumentari ini bersama-sama diterbitkan oleh Quanzhou Radio and TV Station serta Fujian Straits TV.

Exploring China’s Ocean Civilization: Documentary “Return to Zai Tun” Is Coming Soon on National Geographic.
Exploring China’s Ocean Civilization: Documentary “Return to Zai Tun” Is Coming Soon on National Geographic.

Kejayaan inskripsi Quanzhou dalam Senarai Warisan Dunia menandakan pencapaian yang bersejarah bagi Jalan Sutera Maritim Timur suatu ketika dahulu, ia dianggap sebagai ingatan kolektif dan kekayaan bersama umat manusia yang diperakui dan dihargai oleh penduduk di seluruh dunia. Dokumentari "Return to Zai Tun" bermula dengan penamaan Quanzhou pada zaman purba dan mengambil suara dan perspektif kala kini untuk menghuraikan mengenai kala lampau dan kala kini Zai Tun serta hubungan sejarahnya.

Sebagai contoh yang luar biasa bagi pelabuhan pusat perdagangan marin dunia dan satu-satunya titik permulaan Jalan Sutera Maritim yang diiktiraf oleh UNESCO, bagaimana Quanzhou muncul daripada sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah bandar pelabuhan laut utama yang makmur? Bagaimana perdagangan laut global jarak jauh menggabungkan kepelbagaian masyarakat dan budaya global dan bagaimana untuk menjadikan kemakmuran silang budaya sebagai suatu kenyataan – apakah daya penggerak yang bersejarah dan gen warisan di sebalik hal ini?

Dokumentari "Return to Zai Tun" akan mengambil peluang untuk menjawab soalan-soalan melalui dua episod berdurasi 90 minit secara keseluruhan. Ia dimulakan dengan jurnal pelayaran timur Jacob de Ancona "The City of Light" untuk menterjemahkan ciri-ciri ketimuran dan pengaruh tamadun marin China dari perspektif global dan mengenali individu yang gemar menempuh cabaran, berani, mesra dan pelbagai yang dilahirkan untuk hidup di laut.

Dokumentari berkenaan diterbitkan dan diperbaiki selama hampir empat tahun bagi memastikan fakta sejarah yang teliti dan tepat daripada dokumentari tersebut sekali gus mempersembahkan beberapa perspektif yang segar. Kru penerbitan melakukan perjalanan ke lebih 20 negara dan wilayah untuk mengumpul dokumen bersejarah mengenai Quanzhou termasuk versi gereja "The Travels of Marco Polo," cetakan pertama "The City of Light" bagi tujuan kajian dan perbandingan.

Atas dasar ini, kru menemubual beberapa orang pakar terkemuka daripada Chinese Academy of Social Sciences dan National Museum of China untuk menjelaskan mengenai kepentingan aktiviti pertukaran maritim awam dalam sejarah yang panjang dan menerobos pengetahuan tradisional. Pasukan penggambaran memperluas pandangan mereka dari Quanzhou dan mengikuti titik peristiwa yang penting sepanjang laluan tersebut bagi mengesan bukti fizikal dan kisah kontemporari, lalu membina sistem kognitif berbilang dimensi dengan Quanzhou sebagai tumpuan utamanya.

Dokumentari berkenaan turut mengambil kesempatan ini untuk membezakan antara semangat kemanusiaan, ketukangan rakyat dengan masyarakat purba untuk memahami mengenai warisan dan pembangunan, inovasi serta integriti. Pelabuhan purba Zai Tun dahulunya merupakan pelabuhan yang terbesar di bahagian timur dan evolusinya masih dapat mencetuskan inspirasi yang tidak terhingga untuk umat manusia hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dokumentari tersebut, sila kunjungi www.docuchina.cn.  

Source: Quanzhou Radio and TV Station
Related Links:
Keywords: Advertising Art Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Travel