omniture

Kerangka untuk Membina Chengdu menjadi Bandar Acara Sukan Terkenal di Dunia

Chengdu
2021-09-14 00:13 193

CHENGDU, China, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada malam 9 September 2021, Kerangka untuk Membina Chengdu menjadi Bandar Acara Sukan Terkenal di Dunia dilancarkan di China-Europe Center, Chengdu. Kerajaan Chengdu, bersama-sama banyak institusi sukan yang terkenal di peringkat antarabangsa, rakan media dan syarikat sukan yang terkenal di peringkat tempatan, mempersembahkan pelan tindakan yang hebat untuk Membina Chengdu menjadi Bandar Acara Sukan Terkenal di Dunia kepada dunia. Pada masa akan datang, Chengdu akan dikhususkan untuk membina sistem yang dapat mencapai ke arah matlamatnya, mengintegrasikan sukan dalam kehidupan rakyat sekali gus memberi peranan yang lebih baik kepada sukan bagi menggalakkan pertumbuhan bandar ini.


Pada jam 8 malam, acara tersebut dimulakan secara rasmi. Datuk Bandar Chengdu, Wang Fengchao menyampaikan ucapan tulus ikhlas dan sambutan yang mesra kepada semua tetamu melalui klip video yang mempersembahkan pencapaian oleh Chengu dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan prospek untuk masa depan.

Kemudian, timbalan datuk bandar Chengdu, Liu Xuguang membuat tafsiran mengenai kandungan Kerangka tersebut. Chengdu dijangka akan menjadi Bandar Acara Sukan yang Terkenal di Dunia menjelang tahun 2025, Bandar Sukan Terkenal di Dunia menjelang tahun 2030 dan Bandar Terkenal di Dunia untuk didiami menjelang tahun 2035. Dalam pada itu, Liu menyatakan bahawa, sepanjang tempoh ini, banyak peluang yang akan muncul. Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk membangunkan perniagaan dan industri sukan untuk turut serta dan berkongsi pengetahuan mereka tatkala Chengdu membangun, dengan komunikasi dan kerjasama pada standard yang lebih tinggi.

Berpuluh-puluh organisasi dan institusi sukan yang terkenal di peringkat antarabangsa mengambil bahagian dalam acara tersebut. City Football Group, Wanda Sports dan Zhongao Sports masing-masing menyampaikan ucapan dasar mereka, serta memberi nasihat mereka kepada Chengdu. Selain itu, wakil-wakil daripada 7 organisasi antarabangsa termasuk PGA Tour, Eurosport, Australian Open dan La Liga bersama-sama organisasi media, mengambil bahagian dalam acara dalam talian, menceritakan kisah dan pengalaman mereka mengenai Chengdu.

Ketika tetamu menekan butang, tempat permainan untuk FIFU Universiade 2021 seperti Dongan Lake Sports Park, Fenghuang Mountain Sports Park dan mercu tanda bandar Menara Berkembar dinyalakan secara serentak. Organisasi-organisasi sukan dari kawasan-kawasan berbeza di seluruh dunia turut mengambil bahagian untuk menyalakan bandar tersebut. Bayern Mucich, Juventus, PGA Tour dan WSF mempersembahkan hasrat mereka untuk Chengdu menerusi pertunjukan cahaya di Menara Berkembar.

Source: Chengdu
Keywords: Sports Travel