MONZA, Itali, 13 September 2021 /PRNewswire/ --
Heineken® kembali menyertai F1 Heineken Gran Premio d'Italia 2021 dengan persembahan utama daripada seorang DJ dan penerbit Rusia, Nina Kraviz di Heineken® Greener Bar di Milan. Memulakan acara perlumbaan F1® sepanjang hari Sabtu dan Ahad serta menamatkan acara ini pada Minggu Rekaan Milan, sebuah acara persembahan peribadi yang menakjubkan yang turut distrimkan secara langsung kepada jutaan peminat untuk menontonnya di rumah.
Anfisa Letyago, DJ Itali membuat persembahan pembukaan secara langsung dari bar yang terletak di pusat bandar Milan sebelum Nina Kraviz tampil di atas pentas untuk sebuah persembahan eksklusif yang memukau. Persembahan utama ini telah distrimkan secara langsung melalui platform penstriman EDM, Beatport, halaman Facebook F1 dan Red Bull Racing Honda serta saluran media sosial milik Nina Kraviz sendiri.
Mengulas tentang persembahannya di Heineken® Greener Bar di Milan, Nina Kraviz berkata: "Saya suka mengadakan persembahan di Itali, minat para peminat Itali sangat unik dan istimewa. Saya juga merupakan peminat setia F1, oleh itu saya amat teruja dengan persembahahan ini di Heineken® Greener Bar sebelum bermulanya semua aksi perlumbaan pada hujung minggu ini!"
Anfisa Letyago berkata: "Saya amat gembira dapat membuat persembahan di negara kelahiran saya untuk acara ini bersama-sama dengan Heineken® dan Beatport! Saya tidak sabar untuk melakukan persembahan ini iaitu yang pertama setelah beberapa lama, di negara yang indah ini di hadapan para peminat Itali yang bertenaga dan bersemangat- sudah tentu semuanya dilakukan dengan mematuhi panduan Covid!"
Heineken Greener Bar merupakan ruang bar lestari yang menunjukkan cara jenama bir antarabangsa mengambil tindakan untuk mengurangkan sisa, air, pelepasan dan penggunaan tenaga melalui inovasi dan kerjasama dengan rakan sukan permotoran termasuk Formula 1, Formula E dan Red Bull Advanced Technologies.
Konsep ini telah dilancarkan secara global di E-Prix Heineken® di London pada 22 Julai 2021 serta bar ini akan dilancarkan di seluruh acara dan platform sukan permotoran pada masa hadapan. Persembahan ini dianjurkan dengan mematuhi peraturan covid oleh kerajaan tempatan dengan memastikan langkah-langkah kapasiti acara dan penjarakan sosial.
Penstriman langsung acara ini akan tersedia untuk ditonton di saluran Beatport serta YouTube dan Facebook Nina hingga akhir tahun ini. Persembahan Anfisa akan distrimkan secara langsung di saluran Beatport pada hari Khamis, 16 September 2021 jam 20:00 CET.
MAKLUMAT
Saluran penstriman:
Perkhidmatan penstriman EDM Beatport melalui Facebook, YouTube dan Twitch
F1 Facebook
Red Bull Racing Honda Facebook
Nina Kraviz YouTube, Facebook dan Instagram
Anfisa Letyago YouTube, Facebook dan Instagram
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1623463/heineken__greener_bar.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1623464/heineken__greener_bar.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1623465/heineken__greener_bar.jpg?p=medium600