omniture

Risen Energy menang kedudukan gangsa EcoVadis atas komitmen terhadap pembangunan mesra alam dan mampan

Risen Energy Co., Ltd
2021-09-15 03:01 140

NINGBO, China, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Risen Energy menerima kedudukan gangsa daripada EcoVadis yang berpangkalan di Perancis atas prestasi unggulnya. Syarikat ini telah lama komited terhadap pembangunan mampan sebagai prinsip panduan untuk usaha tanggungjawab sosialnya dan dalam masa yang sama turut terlibat secara aktif dalam pewujudan ekosistem mesra alam dan mampan bertaraf global, lalu menetapkan penanda aras untuk tahap pembangunan industri yang seterusnya.

EcoVadis ialah sistem pensijilan antarabangsa dengan kredibiliti tinggi yang diterima secara meluas dan diiktiraf oleh Fortune Global 500 serta oleh kesemua pelanggan multinasional dan bertaraf tinggi Risen Energy. Pensijilan ini, direka khas untuk platform sistem yang dibina oleh organisasi-organisasi pengurusan rantaian bekalan antarabangsa, meliputi kesemua program tadbir urus korporat dalam operasi perniagaan kecuali untuk kualiti dan membuat penilaian yang sistematik dari segi struktur, persekitaran, tenaga buruh dan hak asasi manusia keseluruhan, integriti perniagaan dan perolehan yang mampan.

Menjadikan kemampanan sebahagian daripada strategi keseluruhan

Risen Energy tekal mencapai tanda aras kemampanan menerusi barisan produknya yang memperoleh TÜV, CE, UL, GS, ROHS, REACH, PAHS dan pensijilan antarabangsa yang lain. Baru-baru ini, syarikat ini telah dianugerahkan pensijilan jejak karbon di Perancis dan pensijilan perlindungan kebakaran di Itali. Risen Energy telah mengoptimumkan jejak karbonnya dengan ketara dan terus mengurangkan emisi karbon bermula daripada pengeluaran dan perolehan kepada kitaran hayat penuh sekali gus mengekalkan kecekapan dan hasil yang tinggi. Di samping itu, syarikat ini menyertai United Nations Global Compact pada tahun ini, mencapai pematuhan menerusi syarat-syaratnya yang ketat untuk pengurusan dalaman dan komitmen terhadap pembangunan mampan.

Pengeluaran hijau dan mesra alam

Risen Energy sentiasa melaksanakan pengeluaran yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bagi mencapai kemampanan. Memanfaatkan kepimpinannya dari segi teknologi dan produk, syarikat ini sering terlibat dalam projek pembinaan dan projek bumbung bersepadu fotovolta yang dapat memudahkan penjimatan tenaga dan pengurangan emisi. Risen Energy juga terus mengoptimumkan penggunaan sumber dalamannya melalui sekumpulan langkah, termasuk bekalan air diseragamkan, penaiktarafan teknologi dan kawalan emisi gas rumah hijau, sebagai sebahagian daripada konsensus global yang semakin berkembang terhadap keperluan untuk beralih kepada tenaga mesra alam.

Risen Energy turut menetapkan matlamat kawalan pencemaran emisi terpiawai 100% dalam usaha untuk terlibat dalam pengurusan saintifik bahan pencemar dan bahan buangan. Bahan buangan peroleh semula akan dilupuskan secara kolektif oleh pembekal khusus untuk kitar semula mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Dengan memastikan agar tidak terlepas apa-apa perincian dari segi pengendalian bahan buangan yang betul dan sentiasa mematuhi modus operandi pembangunan mampan, Risen Energy berjaya membina sebuah syarikat yang mesra alam.

Mengutamakan orang ramai bagi melindungi hak dan kepentingan mereka

Risen Energy telah menjadikan perancangan jangka panjang untuk operasi yang sistematik dan diseragamkan sebagai matlamat penting sejak penubuhannya dan telah membangunkan garis panduan pengurusan am berbilang sistem berdasarkan kepada standard pensijilan antarabangsa, dalam usaha untuk memaksimumkan perlindungan terhadap kesihatan dan keselamatan kakitangannya. Garis panduan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, anti-diskriminasi, anti-gangguan, anti-buruh paksa, dengan tegas tidak menggunakan buruh kanak-kanak, melindungi hak perhimpunan bebas dan rundingan kolektif, melindungi privasi kakitangannya, membuat pengaturan waktu kerja yang munasabah dan mewujudkan peraturan dan dasar yang ketat untuk melindungi hak dan kepentingan sah pekerjanya.

Bagi menggalakkan lagi kemajuan dalaman dan mewujudkan budaya korporat yang merekrut dan mengekalkan pekerja yang paling berbakat dan bermotivasi, syarikat ini telah menubuhkan sistem insentif kebajikan yang menangani isu yang paling menjadi perhatian pekerjanya dan dalam masa yang sama menyediakan persekitaran yang menyeronokkan dan mudah dinavigasi di tempat kerja. Dengan tumpuan untuk memberi inspirasi kepada setiap pekerja agar sentiasa ingin melakukan yang terbaik, Risen Energy menawarkan peluang untuk pembangunan profesional sekali gus memupuk motivasi tenaga kerjanya melalui program latihan dalaman berkala dan kajian semula nama jawatan yang kerap dengan pandangan yang berterusan terhadap kemajuan kerjaya.

Pengurusan berasaskan pematuhan, berpandukan integriti

Risen Energy membina sistem korporat yang berpandukan kata-kata motivasi "janji harus ditepati dan tindakan haruslah tegas" sekali gus mengharapkan kakitangannya untuk "mengejar kecemerlangan dengan integriti". Syarikat ini telah mewujudkan set garis panduan yang merupakan sebahagian daripada program latihan yang diperlukan untuk setiap pengambilan baharu. Khususnya, Risen Energy sentiasa menekankan bahawa apa yang diajar dalam program tersebut bertujuan untuk hanya memenuhi kriteria minimum tatakelakuan dan etika perniagaan yang boleh diterima dan semua orang diharapkan dapat bekerjasama untuk membentuk dan menjalani set standard yang lebih tinggi yang dilaksanakan sepenuhnya dalam seluruh lembaga, membina kepercayaan serta menyampaikan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada pasaran.

Jejak hijau demi perolehan mampan

Risen Energy mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan bahan terlarang dan bahan kimia dengan bersungguh-sungguh, yang memerlukan semua pembekal bahan mentah mereka menyediakan sijil ujian RoHS dan REACH untuk produk mereka dan bagi memastikan produk akhir mereka telah diuji oleh pihak ketiga yang berwibawa, memastikan agar ia sama sekali tidak membahayakan tubuh manusia dan alam sekitar. Syarikat ini menyesuaikan arahan pempakejan terprogram untuk produk-produk yang berbeza dalam usaha untuk mengurangkan kehilangan bahan pembungkusan dan meningkatkan kadar kitar semula dalam proses yang seragam bagi pempakejan, pemuatan dan pemunggahan, pengangkutan dan penceraian.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards