omniture

10,000 penjana hidrogen hijau setiap bulan: upacara pecah tanah pengeluaran besar-besaran pengelektrolisis Enapter di Rhine-Westphalia Utara

Enapter GmbH
2021-09-16 01:10 66

 

Bertindak dan bukannya hanya bercakap.

-  Kampus Enapter membolehkan pengeluaran besar-besaran Pengelektrolisis AEM dan berfungsi sebagai cetakan biru kemudahan pengeluaran Enapter seterusnya di seluruh dunia

-  Pengeluaran pengelektrolisis, penyimpanan gudang dan pejabat serta makmal penyelidikan dan pembangunan yang berkeluasan melebihi 82,000 meter persegi akan dibina menjelang tahun 2023

-  Upacara pecah tanah dengan kenyataan video daripada Prof. Dr. Andreas Pinkwart, Menteri Tenaga Rhine-Westphalia Utara dan Datuk Bandar Saerbeck, Dr. Tobias Lehberg

SAERBECK, Jerman, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi bersih, Enapter (WKN: A255G0) hari ini meraikan upacara pecah tanah bagi kemudahan pengeluaran besar-besaran untuk pengelektrolisis pengeluar hidrogen hijau miliknya. Kampus Enapternya yang berkeluasan 82,000 meter persegi ini akan dibina dalam komuniti iklim Saerbeck di Rhine-Westphalia Utara, Jerman dan dikuasakan sepenuhnya dengan tenaga boleh diperbaharui yang dihasilkan secara tempatan. Enapter sedang berusaha mencapai matlamat awal untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya kepada 10,000 pengelektrosis sebulan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian pengeluaran hidrogen kos rendah.

 

Enapter team breaks the ground for the Enapter Campus
Enapter team breaks the ground for the Enapter Campus

"Bagi mengurangkan kos pengeluaran hidrogen hijau dengan banyak dan mencapai matlamat iklim global, kami kini perlu meningkatkan teknologi sedia ada dengan pantas," kata Ketua Pegawai Eksekutif Enapter, Sebastian-Justus Schmidt dalam ucapan perasmian beliau ketika upacara pecah tanah tersebut. "Keseluruhan DNA kami memberi tumpuan kepada kepentingan penyelidikan, pembangunan dan kemasukan ke pasaran: Kampus ini merupakan sumbangan iklim kami mengikut moto 'Acting, not talking' (Bertindak dan bukannya hanya bercakap). Pengeluaran berskala Pengelektrolisis AEM modular dan padat untuk sebarang saiz projek akan memberi sumbangan yang besar dalam menangani krisis iklim."

Berdasarkan rancangan semasa, Kampus Enapter ini akan menelan kos sekitar €105 juta. Rakan pembinaan, Goldbeck akan membina pada tempo yang besar supaya pengeluaran boleh bermula secara berperingkat pada suku keempat tahun 2022. Penghantaran pelanggan yang pertama daripada pengeluaran besar-besaran dijangka akan bermula pada tahun 2023. Pada masa ini, pembinaan ini dijangka akan mewujudkan sekitar 300 peluang pekerjaan di Saerbeck.

Pengeluaran besar-besaran pengelektrolisis secara automatik akan membolehkan Enapter mengurangkan kos peranti dan seterusnya dengan pantas menjadikan hidrogen hijau berdaya saing dengan bahan api fosil. Pembangunan jentera yang diperlukan untuk pengeluaran besar-besaran telah dibantu oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Inovasi, Digitalisasi dan Tenaga Rhine-Westphalia Utara yang berjumlah kira-kira €9.36 juta.

"Rhine-Westphalia Utara telah mendapat rakan kongsi yang kukuh dengan Enapter untuk mendorong penukaran industri kami yang mesra iklim ke hadapan, menyokong pencapaian matlamat perlindungan iklim dan membawa peluang pekerjaan baharu ke rantau ini," kata Prof. Dr. Andreas Pinkwart, Menteri Ekonomi, Inovasi, Digitalisasi dan Tenaga Rhine-Westphalia Utara.

Enapter telah menyediakan lebih 70 pengamir dan pembangun projek di 40 buah negara dengan pengelektrolisis AEM (Anion Exchange Membrane) miliknya yang dipatenkan, yang standard tetapi fleksibel dalam pelaksanaan untuk pelbagai penggunaan. Bermula dari tahun 2022, Enapter akan menawarkan Pengelektrolisis AEM berskala megawatt yang pertama – AEM Multicore berkontena – yang memberikan 420 tindanan elektrolisis AEMnya.

"Pendekatan dinamik Enapter dalam memerangi pemanasan global amat mengagumkan kami," kata Jan-Hendrik Goldbeck, Ketua Pegawai Eksekutif firma pembinaan yang diterajui keluarga tersebut. "Kami berbangga dan juga gembira dapat bekerjasama dengan mereka dalam pembinaan Kampus Enapter dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pesat pengeluaran pengelektrolisis mereka."
 

Muat turun kit akhbar Enapter di sini. 

Tentang Enapter 

Enapter ialah sebuah syarikat teknologi tenaga yang memenangi anugerah yang menghasilkan penjana hidrogen yang sangat cekap bagi menggantikan bahan api fosil. Teknologi Membran Pertukaran Anion (AEM) miliknya yang dipatenkan dan terbukti, membolehkan pengeluaran besar-besaran pengelektrolisis pasang dan pakai kos rendah untuk hidrogen hijau pada sebarang skala. Sistem modular ini digunakan di 40 buah negara dalam sektor seperti tenaga, mobiliti, industri, pemanasan dan telekomunikasi. Enapter mempunyai pejabat di Itali, Jerman, Thailand dan Rusia.

Ketahui lebih lanjut di https://www.enapter.com/.

Sila hubungi

Martin Jendrischik: mjendrischik@external.enapter.com +49 151 2391 5780

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1625530/Enapter_Campus.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1312105/Enapter_Logo.jpg?p=medium600

Source: Enapter GmbH
Related Stocks:
Dusseldorf:BUF Frankfurt:H2O ISIN:DE000A255G02 LSE:0NPF OTC:SAGRF
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy OTC/SmallCap IRW Utilities Corporate Expansion Corporate Social Responsibility