omniture

Petrolube Oil menyertai 'Omnipreneurship Award 2021' untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar

Petrolube
2021-09-16 02:36 58

·  Anugerah ini bertujuan untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagi proses penapisan semula minyak masak terpakai

·  Pasaran minyak masak Arab Saudi dianggarkan berjumlah 540,000 tan metrik setiap tahun

·  Pertandingan ini akan berlangsung dari 9 September hingga 30 November

JEDDAH, Arab Saudi, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Petrolube Oil telah memperoleh kelayakan untuk menyertai Omnipreneurship Award 2021 global: melalui Cabaran Cabang Kelestariannya. Selepas satu pertandingan yang sengit dengan beberapa buah syarikat mengemukakan cadangan terhadap cabaran perniagaan berserta penyelesaian yang inovatif dan lestari yang dicari-cari, cadangan daripada Petrolube telah dipilih sebagai pemenang. Syarikat-syarikat kini mencari penyelesaian inovatif untuk mengitar semula minyak masak terpakai dengan mengubahnya menjadi pelincir yang lestari terhadap alam sekitar dan boleh dibiodegradasi, selaras dengan standard global.

 

Petrolube akan mengguna pakai teknologi yang menang ini bagi proses penapisan semula minyak terpakai yang canggih untuk digunakan dalam industri lain.  Ini akan menghasilkan suatu produk yang lebih lestari terhadap alam sekitar dan menjimatkan kos.  Anugerah ini juga sejajar dengan Matlamat Kelestarian Wawasan 2030 Arab Saudi dan nilai kelestarian Petrolube sendiri.

Pertandingan ini akan dibuka untuk serahan cadangan bermula 9 September 2021 dan ditutup pada 30 November 2021. Lima peserta akhir akan diumumkan pada bulan Februari 2022 dan setiap satunya akan menerima $20,000. Untuk peringkat akhir, seorang pemenang akan dihadiahkan $1 juta dan bakal menandatangani perjanjian dengan Petrolube bagi membangunkan penyelesaian yang dicadangkan ini seterusnya.

Mengulas tentang pertandingan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Petrolube, Sajid Saeed berkata, "Anugerah ini bertujuan untuk merealisasikan keupayaan minyak untuk dikitar dan digunakan semula sepenuhnya. Penapisan semula minyak adalah mesra alam sekitar. Ia juga bertujuan untuk mencari penggunaan yang positif dengan anggaran 540,000 tan metrik minyak masak yang digunakan di Arab Saudi setiap tahun."

"Petrolube mempunyai reputasi yang tiada tandingan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam industri dan dengan itu, kami bersama-sama rakan kongsi kami, amat berminat untuk mencari teknologi yang inovatif dalam penggunaan semula minyak. Cabaran ini juga mencerminkan komitmen kami terhadap Matlamat Kelestarian Program Transformasi Nasional yang selaras dengan Wawasan Arab Saudi 2030," tambah beliau.

Petrolube Oil menghasilkan lebih 250 jenis produk pelincir yang berbeza dan mengeksport ke 35 buah negara di GCC, Timur Tengah, Afrika dan Asia.

Pada tahun lalu, Tanmiah Food Company (TFC) layak untuk cabaran 2020 dan melalui proses yang sama untuk Anugerah Omnipreneurship. TFC ialah syarikat penternakan Arab Saudi yang terkemuka yang mencari kaedah penyelesaian lestari daripada komuniti global untuk mencipta nilai daripada sisa yang dihasilkan di ladang mereka. Pertandingan ini menghasilkan pendekatan yang berjaya terhadap pengurusan sisa dengan pengenalan penggunaan teknologi baharu.

 

Maklumat latar belakang:  https://www.omnipreneurshipawards.com

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1611888/Petrolube_Omnipreneurship_Award_2021.mp4 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1611878/Omnipreneurship_Awards_2021_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Petrolube
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Awards Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility