omniture

Aplikasi super gaya hidup Traveloka perluas penawaran Khidmat Kewangan dan bekerjasama dengan Bank Negara Indonesia untuk 'Nombor Kad Maya' PayLater pertama Asia Tenggara

Traveloka
2021-09-17 09:00 122
  • 'Nombor Kad Maya' membenarkan pengguna Traveloka berurus niaga di platform e-dagang di luar ekosistem Traveloka dan memperkenalkan pilihan kaedah bayaran ansuran yang menggunakan had kredit PayLater pengguna.
  • Sebagai perintis bagi kaedah bayaran PayLater di Indonesia, 'Nombor Kad Maya' Traveloka PayLater merupakan satu lagi contoh cita-cita Traveloka untuk menyediakan pilihan bayaran yang selamat dan lancar kepada pengguna yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan dan membolehkan mereka mengurus kewangan mereka dengan lebih baik. 

SINGAPURA, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- Traveloka, aplikasi super gaya hidup Asia Tenggara, mengumumkan pelancaran 'Nombor Kad Maya' TravelokaPayLater hari ini. Dibangunkan dengan kerjasama salah satu institusi kewangan yang terbesar di Indonesia yang diselia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan (OJK) dan Bank Indonesia, PT Bank Negara Indonesia (Persero) Tbk (BNI), kaedah bayaran yang inovatif membolehkan pengguna Traveloka PayLater membeli sekarang dan membayar kemudian di platforom e-dagang sokongan di luar ekosistem Traveloka menggunakan 'Nombor Kad Maya'.

Traveloka, yang mempelopori produk PayLater di Indonesia, berkata 'Nombor Kad Maya' PayLater didatangkan dengan nombor 16-digit, tarikh luput kad dan Nilai Pengesahan Kad (CVV), serupa dengan kad kredit. Secara tradisi, transaksi e-dagang memerlukan kad kredit atau perkhidmatan pembayaran perbankan lain, mengecualikan individu yang tidak dan kurang mendapat perkhidmatan perbankan yang tidak berupaya untuk mendapat penarafan kredit. Dengan 'Nombor Kad Maya', pengguna kini dapat menggunakan kredit PayLater mereka yang ditentukan pada aplikasi Traveloka dan membuat urus niaga dalam talian dengan pilihan kaedah bayaran ansuran – bermula dengan kadar faedah serendah 2.25% setahun – di pelbagai platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, JD.ID, Bukalapak dan Tokopedia. Pengguna dapat menggabungkan dan mengurus akaun PayLater mereka melalui aplikasi, mendayakan pengurusan kewangan yang bertanggungjawab.

Caesar Indra, Presiden, Traveloka, berkata, "Satu matlamat penawaran perkhidmatan kewangan kami adalah sentiasa untuk memajukan rangkuman kewangan, bermula dengan pasaran asal kami, Indonesia. 'Nombor Kad Maya' Traveloka PayLater baharu kami merupakan satu lanjutan yang dijangkakan daripada penawaran PayLater kami yang telahpun mendayakan berjuta-juta pengguna kami mengakses kredit dan memenuhi aspirasi gaya hidup mereka. Kami percaya kejayaan inovatif ini bukan sahaja akan menyediakan kaedah bayaran yang selamat dan mudah kepada pengguna kami, bahkan turut mengisi jurang dengan menyediakan akses kredit kepada pengguna yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan dalam pasaran terbesar kami."

Perkhidmatan kewangan Traveloka berperanan sebagai pendorong yang hebat untuk pengguna memenuhi keperluan dan aspirasi gaya hidup mereka. Pelancaran 'Nombor Kad Maya' Traveloka PayLater merupakan satu demonstrasi fokus jenama ini terhadap perkhidmatan dan produk kewangan, di samping mengukuhkan komitmen syarikat terhadap rangkuman kewangan. Sejak Traveloka melancarkan PayLater pada tahun 2018, syarikat ini telah menyaksikan jumlah pengguna meningkat 7.5 kali ganda, memperlihatkan permintaan mantap terhadap perkhidmatan kewangan sedemikian.

"Kami dapat melihat permintaan yang mantap dan semakin meningkat daripada pengguna di seluruh wilayah ini terhadap penyelesaian teknologi kewangan yang dapat membantu meningkatkan akses pengguna kepada perkhidmatan kewangan yang terus dipercepatkan semasa pandemik COVID-19. Kedudukan kami sebagai aplikasi super gaya hidup Asia Tenggara menempatkan kami di kedudukan unik untuk memanfaatkan pertumbuhan ini dan akan terus memacu inovasi yang penting dalam bidang perkhidmatan kewangan," tambah Caesar.

BNI turut menyatakan sokongannya untuk inovasi yang terkini ini. "'Nombor Kad Maya' ialah kaedah bayaran termaju yang membenarkan pengguna berurus niaga secara dalam talian dengan cara yang mudah. Ciri ini membolehkan pengguna menikmati cara yang mudah dan selamat untuk melakukan urus niaga dalam talian dengan menggunakan nombor kad maya yang unik berbanding nombor kad kredit biasa," jelas CorinaLeyla Karnalies, Pengarah Perniagaan Pengguna, BNI.

Menurut Corina, 'Nombor Kad Maya' menawarkan banyak faedah yang dapat dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat atau rakan-rakan korporat. Satu cirinya ialah penyediaan 'Nombor Kad Maya' yang berbeza untuk setiap urus niaga dalam talian yang menambah lapisan perlindungan tambahan, meminimumkan risiko penipuan dan penggunaan yang tidak dibenarkan. Corina turut menekankan bahawa 'Nombor Kad Maya' dikeluarkan dan dihantar secara elektronik pada waktu sebenar dan tanpa bayaran tambahan.

"Di samping itu, rakan-rakan korporat boleh mendapat manfaat daripada keselamatan tambahan kerana ia menyediakan pemberitahuan waktu sebenar yang disepadukan dengan emel. Rakan-rakan korporat juga dapat mengakses laporan penggunaan komprehensif yang menjadikannya lebih mudah untuk menjalankan proses penyesuaian. Dalam masa terdekat, pengguna PayLater yang lain juga dapat menikmati faedah ini," simpul Corina.

'Nombor Kad Maya' juga didatangkan dengan lapisan keselamatan tambahan berbanding dengan kad kredit biasa. Pengguna perlu mengaktifkan 'Nombor Kad Maya' di aplikasi Traveloka sebelum ia dapat digunakan. Sebaik sahaja diaktifkan, 'Nombor Kad Maya' boleh digunakan selama 15 minit dan mencegah penggunaan yang tidak dibenarkan.

Semasa pelancaran, kaedah bayaran 'Nombor Kad Maya' hanya akan disediakan untuk pengguna Traveloka PayLater terpilih di Indonesia, dengan had penggunaan selaras dengan had kredit PayLater mereka. Ini akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna pada peringkat selanjutnya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.traveloka.com/en-id/travelokapay/paylater di bahagian 'Memohon Nombor Maya'.

Latar Belakang Traveloka

Traveloka, aplikasi super gaya hidup Asia Tenggara memberi akses kepada pengguna untuk menemui dan membeli pelbagai jenis produk perjalanan, perkhidmatan tempatan dan perkhidmatan kewangan. Portfolio produk komprehensif Traveloka termasuk perkhidmatan tempahan pengangkutan seperti tiket penerbangan, bas, kereta api, sewa kereta, pemindahan lapangan terbang serta akses kepada inventori penginapan yang terbesar di Asia Tenggara termasuk hotel, pangsapuri, rumah tamu, inapan keluarga, pusat peranginan dan vila, menjadikan Traveloka sebagai platform tempahan dengan seleksi penginapan dan pakej yang paling luas.

Traveloka juga merupakan pengusaha yang penting dalam kategori perkhidmatan tempatan, menawarkan tempahan untuk pelbagai jenis tempat tarikan tempatan, aktiviti, klinik kesihatan dan kecantikan, direktori masakan serta penghantaran makanan. Traveloka juga menawarkan produk pembiayaan, pembayaran dan insurans bagi membantu pengguna Asia Tenggara memenuhi aspirasi gaya hidup mereka. Traveloka menyediakan khidmat pelanggan 24/7 dalam bahasa tempatan serta lebih daripada 40 kaedah bayaran tempatan yang berbeza. Aplikasi super gaya hidup Traveloka telah dimuat turun sebanyak lebih daripada 60 juta kali, lalu menjadikannya sebagai aplikasi tempahan perjalanan dan gaya hidup yang paling popular di rantau Asia Tenggara.

Latar Belakang BNI

PT Bank Negara Indonesia (Persero) Tbk, atau BNI, ditubuhkan pada 5 Julai 1946 dan merupakan bank milik negara pertama yang ditubuhkan susulan kemerdekaan Indonesia. Menurut Peraturan Kerajaan dalam UU No. 2/1946, BNI beroperasi sebagai sebuah bank pusat dan bank komersial sebelum akhirnya menjadi bank komersial pada tahun 1955.

BNI mempunyai 2,312 outlet domestik yang tersebar merentas 34 wilayah dan 420 kabupaten/bandar setakat Separuh Pertama tahun 2021 serta 8 outlet luar negara yang tersebar merentas pelbagai negara. BNI juga mempunyai 23 Pusat Kredit Sederhana (SKM), 27 Pusat Kredit Kecil (SKC) dan 36 Pusat Pinjaman Pengguna & Runcit (LNC).

Kini, BNI mempunyai 17,013 ATM yang tersebar merentas 34 wilayah dan 521 kabupaten/bandar termasuk 6 (enam) ATM di Hong Kong dan 2 di Singapura. Transaksi kad debit dengan logo GPN, Link, ATM Bersama dan Prima juga boleh diproses oleh rangkaian ATM. Sebagai sebuah syarikat induk, BNI memiliki empat subsidiari: BNI Multifinance (pembiayaan), BNI Life (insurans) dan BNI Remittance (kiriman wang).

 

Source: Traveloka
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts New products/services Financial Technology