omniture

IMA Lancar Kempen Iklan Global Tonjolkan Permintaan untuk Ahli Profesional Perakaunan Bertauliah

Institute of Management Accountants (IMA)
2021-09-17 12:14 131

SINGAPURA, 16 September 2021 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), persatuan akauntan dan ahli profesional kewangan dalam perniagaan, melancarkan kempen pengiklanan global dan bersepadu yang baharu bagi menyokong program pensijilan U.S. CMA® (Certified Management Accountant). Kempen berbilang saluran ini dibangunkan dengan kerjasama The Gate | New York, sebuah agensi pengiklanan dan syarikat perkhidmatan pemasaran antarabangsa, buat tahun keenam berturut-turut.

IMA's Advertisement for the U.S. CMA (Certified Management Accountant) certification
IMA's Advertisement for the U.S. CMA (Certified Management Accountant) certification

Iklan-iklan ini menekankan bahawa U.S. CMA "membawa segala perbezaan" dan peningkatan permintaan terhadap ahli profesional yang dapat menukarkan data menjadi pemahaman strategik. Kempen tahun ini membawa nada lucu dari segi sejauh mana yang akan dilakukan oleh perekrut, pasukan kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk mendapatkan kakitangan perakaunan dan kewangan yang terbaik, terutamanya individu yang memiliki CMA. Pesanan yang disampaikan ialah ahli profesional kewangan dan perakaunan yang memiliki CMA akan sentiasa mendapat permintaan.

Iklan-iklan ini boleh diakses di sini:

"Ketika ini kita sedang melihat kepada pasaran pekerjaan yang genting di tengah-tengah ekonomi yang sedang pulih daripada pandemik COVID-19," kata Jeff Thomson, CMA (U.S.), CSCA, CAE, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IMA. "Pengurus yang mengambil pekerja mencari bakat kewangan dan perakaunan dengan kebolehan untuk melihat di sebalik nombor dan memperoleh pemahaman yang tidak didapati oleh orang lain dan jawatan kosong yang semakin bertambah menunjukkan bahawa mereka tidak menjumpai bakat ini dengan mudah. U.S. CMA melengkapkan ahli profesional untuk mengisi kekosongan jawatan ini dan atas sebab inilah kempen ini memfokuskan kepada nilai premium yang semakin meningkat dengan pesat terhadap bakat kewangan bertauliah dan sejauh mana U.S. CMA dapat memberi dorongan yang besar terhadap kebolehpasaran dan prospek kerjaya seseorang."

CMA menerapkan 12 bidang amalan yang paling penting kepada ahli profesional bertauliah dalam perakaunan pengurusan, termasuk perancangan dan analisis, pengurusan prestasi dan pengurusan risiko. Matlamat pensijilan ini adalah untuk membolehkan ahli profesional kewangan dan perakaunan menyumbang dengan aktif terhadap strategi organisasi sebagai rakan niaga, diperlengkapi dengan data yang mendorong pembuatan keputusan. Ini bermakna CMA berkedudukan baik untuk membuat lonjakan daripada jawatan kewangan yang lebih tradisional dan peringkat rendah kepada kedudukan kepimpinan yang strategik.

"CMA mendapat permintaan yang tinggi, syarikat-syarikat sering bersaing untuk mendapatkannya," kata David Bernstein, Ketua Pegawai Kreatif, The Gate. "Maka, menerusi kempen ini, kami dapat menunjukkan sejauh mana rakan sekerja, pelanggan, Ketua Pegawai Kewangan dan perekrut akan berusaha untuk bekerja dengan mereka."

Kempen ini akan merangkumi iklan digital dan televisyen, kempen perhubungan awam serentak dan promosi di laman sesawang serta saluran sosial IMA.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)

IMA® ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program U.S. CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan sebagai Badan Profesional Tahunan sebanyak dua kali oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan kira-kira 140,000 ahli dalam 150 negara dan 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.imanet.org.

Latar Belakang The Gate | New York

The Gate, New York ialah agensi pengiklanan khidmat penuh. Kami mengambil lonjakan yang lebih besar dengan sedikit langkah dengan menggabungkan strategi, kreatif, media dan teknologi bagi memastikan tiada apa yang menjadi penghalang. Justeru itu, apabila anda menemui The Gate, anda dapat mengatasi halangan. Pendekatan ini telah membawa kepada program komunikasi yang berjaya untuk pelanggan dalam bidang kewangan, barangan pengguna, kemewahan, insurans, tenaga dan banyak lagi. The Gate mengurus pengiklanan pelanggan bernilai lebih $250 juta dan mempunyai jaringan pejabat di New York, San Francisco, London, Edinburgh dan Shanghai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi us.thegateworldwide.com.

 

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Education Higher Education Accounting news, issues Contracts